TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
LawakSiot!


October 18, 2010 1:45:00 AM

aku tension nih... sbb esok test... subjek penting lak tuh....

dah tuh ngan terbatuk2 dan sesema nih...

arh... lemas....

so, ilang kan tension anda baca nih....

memang konfom lawak...



********************


Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara. Setelah pulang ke Malaysia, ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris. Dia pun mula bertanya kepada anaknya…

Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?

Anak : De Buk. (The book)

Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?

Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang. Setiap benda dlm Bahasa Melayu bila diterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada ‘De’ dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan. Keesokan harinya, si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.

Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap ‘kambing makan rumput’ dlm bahasa Inggeris.

Ayah : Senang jer…. Dekam demak derum .

Rakan : #%$!?



*********


Tijah ingin break dengan bf omputihnya dengan mengutuskan sepucuk surat yang berbunyi seperti di bawah ini.


Hi,

My motive write this letter to give know you something. I want to cut connection us. I saw you play wood 3 in front my eyes. So, I break connection to pull my body from this love. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. I don’t trust you again. You are really crocodile land! I don’t want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water. I don’t want banana to fruit two times.

Safe walk.

with true,

Tijah.



**************

(lawak zaman ict)

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia -

Selamat dtg ke dunia IT.


Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850


Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantuan….


Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza


Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.


Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331


Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan

Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :

03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :

anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?


Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?


Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.


Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family


Operator : Itu bukan idea yang bagus encik


Pelanggan : kenapa pulak?


Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah

tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal


Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?


Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza


Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?


Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul

“Popular Hokkien Dishes”dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.


Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg

saya pesan tadi?


Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang

berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00


Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.


Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad

Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak

RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk

tunggakan bayaran bulan rumah encik.


Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum

penghantar pizza sampai , ke rumah saya.


Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun

encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public

Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00


Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash

kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?


Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama

dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai

pakcik.


Pelanggan : APA ????


Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun

2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?


Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod

org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!


Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah

lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab

bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.


Pelanggan : (Terdiamm….)


Operator : Ada nak tambah yang lain encik?


Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2

botol coca cola kan?


Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga

mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko…..


Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!


Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang

komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada

website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah

kotak pizza yang encik pesan… terima kasih kerana telah menghubungi

Pizza Hot….



(p/s ; ada kenangan ngan E tentang cerita Pizza Hut yg diatas nih.. )


*********************

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarn ya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka. Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia , Eropah , Iraq dan sebagainya". "Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu. Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?". Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya. ..".


*****************

Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!". Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataan nya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!". Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE' s that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you." Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!



********************

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.

Hassan: cerita ape?

Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?

Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.

Hassan : memburu.

Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.

Hassan : hutan.

Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.

Hassan : berak.

Ahmad : aku berlari ke semak.

Hassan :semak.

Ahmad : aku pun berak.

Hassan : berak.

Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.

Hassan : lagi.

Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.

Hassan : dulu.

Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.

Hassan : ada.

Ahmad : aku pun tertanya-tanya.

Hassan : tanya.

Ahmad : siapa makan tahi aku? Hassan : aku....


*************************

Ada sepasang suami isteri (orang mat salleh) depa baru je kawin. So pegi hanimun kat afrika selatannn. Depa nih sewa hotel murah je nak budget duit. Depa nih bukan kaya sangat kayap je lebih dah tu masa dah nak malam dan naik katil dah. Baju dah bukak abis dah. Lampu dah tutup abihhhss. Si suami dia cakap kat bini dia nih dalam bahasa omputeh la tapi dialihkan bahasa bunyi dia cam nih,

“Sayang, kita nak make love nih, sayang dah ready ke nak dapat anak?”

Si bini pun cakap, “Not yet la bebehhh! Abang beli la protection. I tak sanggup nak dapat anak lagi nih. Si suami pun pakai baju balik, “Ok yang rehatla jap abang pegi beli condom jap yeee..”

So tinggal la bini dia kat hotel. Bini dia plak agaknya terlalu letih, tertidurrrr!

Sisuami lak pegi la carik kondom. So sampai la kat satu gerai kecik nih dia nampak banyak kondom. So dia nampak la kondom warna putih. Dia tanyala, “Nih kondom warna putih nih berapa harga?” Orang Afrika yang jual pun jawab, “Sepuloh sen satu keping”

Dah tu dia nampak warna hitam, “Hitam nih pun menarik gak. Berapa harga sekeping” Orang Afrika pun jawab “Dua puloh sen sekeping”. Dah tu dia nampak warna purple, “Wah.. nih hebat.. berapa sekeping?”. Si jurujual Afrika jawab, “Yang nih mahal sikit 25 sen sekeping”

Dah tu si suami pun nak keluarkan dompet tup-tup tak ada dalam poket. “Alamakkk tertinggal lak kat hotel”. Dah tu dia meraba-raba la poket seluar mana tau kut ada syiling. So nasib baik la ada 20 sen maka terpaksa la dia amik kondom warna hitammm. So member pun jalan la balik ke hotel.

Dalam pada masa sisuami nih berjalan ke hotel, si bini tengah nyenyak tido kat hotel ada pencuri Afrika (negro) seludup masuk bilik. Niat nak merompak tapi bila nampak bini mat saleh nih tak jadik lak. So dia pun tukar tune nak rogol bini mat saleh tu plak. So tengah syok dia buat keje si bini pun agaknya terlalu mamai si bini pun naik syokkk tambah lak bilik gelap. Si bini ingat si suami dia.

“Abang… best laaa….” si negro pun dah selesai ngan bini omputeh nih dia pun seludup la keluar ikut tingkap si bini sambung balik tidooooo! Dah tu si suami dia balik so member pun dan ready ngan kondom hitamnya mainla ngan bini dia nih. Si bini pun naik syok lagi skali.

Sepuluh bulan kemudian..

Si bini cakap, “Abang, cam ner nih leh mengandung nihhhh. Dah nak terberanak dah nih.” Si suami lak cakap, “Cam ner nak buat yang, abang beli kondom murahhhh. Sebab tu bocorrr.” So si bini pun selamat beranak kan anakk tapi kulit anak omputeh nih lain sikit la hitam berkilat.

Sepuluh tahun kemudian…

Si anak bertanya kat bapak dia, “Daddy, kenapa kulit saya hitammmmm berkilat?” Si bapak dengan selamba je menjawab “Syukur la nakkkkk, kalo bapak ada lagi 5sen… ko dah jadik kaler PURPLE dah nak oiiiiii!”



****************

Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi... .bip... bip... .bip... . Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set... ." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.

panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp... "

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni... ?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya... "kertas apa yang terjuntai kat celah tu... ?"

Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer... ."Oh saya baru terima Fax... ... "


****************


sekian saja untuk malam nih... moga ter- release tension anda...

8 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)