TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
santau?


October 6, 2010 4:05:00 PM


ari nih punya tajuk. adalah seperti diatas... kenapa cerita sal santau lak nih??? sapa yg kena santau pulak...releks bro... x da sapa2 pon yang terkena.... cuma topik aku ngan member aku dok sembang tadi, adalah pasal nih....knp aku sangat highlightkan santau nih??? kebetulan aku berada d perak sekarang... dan x dapat dinafikan, pada masa dulu perak sangat terkenal dengan ilmu santau...

*********

baru2 nih, kawan aku (bukan budak umah), mengadu baju2 yang sidai (jemur) kat luar ilang... tiba2, baju tuh d pulangkan kembali selepas beberapa ari... x suspek ka??? kenapa owg nak curi, nak bg balik... ibarat berak, pastuh bg tau , "eh, saya la yg berak tuh!" (erk, da kena mengena ka ngan berak???) :P

so, yang lain2 cakap... "jangan pakai lagi baju tuh...." takot owg ubat2 kan la....

setahu aku, santau lebih kepada makanan.,... tapi, sebagai manusia (kursusnya pompuan) kena lak alert ngan benda2 cam nih..... tapi, santau nih pon da banyak jenis,...santau angin la dll...1 benda yang owg2 selalu pesan, kalo kita oder air panas, rasa ngan jari (bahagian bawah gelas)... kalo sejuk, ada la santau dalam minuman tuh.... kalo kita order air sejuk pulak, rasa ngan jari... kalo panas, ada la santau jugak dalam minuman tuh....

kenapa owg takot dan nak elak sangat dari santau nih??
  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

dan tanda2 kena santau adalah....
  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
(sumber dari ; penawar.com)

************

aku nak tambah skit... petua mak aku.... kalo lepas basuh baju, time bilas tuh selawat 3 x... insyallah, owg x da nak tergerak ati wat something kat baju kita... macam tuh gak bila kita kuar umah, baca ayat kursi..... nak makan pon sama.....

walaupon dunia serba moden, internet d ujung jari, tapi masih ada setengah2 individu yang mengamalkan perkara2 kurafat macam nih....

semoga kita semua selamat dari dengki kianat manusia tersebut.....(amin)

"Wahai orang-orang beriman (untuk bersykur kepada Allah) ingatlah serta sebutah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbilah kamu kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah (ALLAH) yang mencucuri Rahmat atasmu dan MalaikatNya (yang turut berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang (iman dan taat). Dan adalah IA sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman(di dunia dan akhiriat). - (Al Ahzab: 41-42-43)."




p/s : lepas update nih, rasa macam nak mintak kerja jadi ustazah plak... kehkehkeh...lawak ja... :P



6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)