TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
yang namanya pompuan,kena baca nih!


October 10, 2010 11:11:00 AM

aku da baca artikel nih kat harian metro.... perempuan wajib baca nih!


Menghidap kanser payudara ketika mengandung? Aduhai... kanser payudara itu sendiri menakutkan, inikan pula mendapatnya ketika mengandung. Apa akan terjadi pada anak dalam kandungan? Adakah kanser itu akan merebak kepada anak? Bolehkah pesakit menerima rawatan?


Kes kanser payudara di negara kita semakin bertambah iaitu daripada 4,048 orang pada 2000 kepada 6,991 kes (2004) dan 8,632 kes (2008) yang mewakili 13 peratus daripada keseluruhan kes kanser di seluruh negara.

Sehingga 2008, jumlah terkumpul pesakit kanser payudara ialah 65,416 orang berbanding 26,000 pada 2006. Angka ini membimbangkan kerana umur pesakit semakin muda.


Bagaimanapun, tiada catatan untuk kes kanser payudara ketika hamil. Menurut Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr Matin Mellor Abdullah, sepanjang kariernya, dia hanya menerima dua kes seperti ini.

Ia boleh dianggap kes terpencil dan kerana itu pesakit diberi perhatian khusus. Biasanya ketika hamil, payudara wanita mengalami banyak perubahan dan menjadikannya sukar mengesan benjolan kecil.

Benarkah pendapat mengatakan kanser payudara lebih cepat merebak ketika hamil kerana ketika ini banyak perubahan hormon berlaku?

Menurut Dr Matin, ketika hamil payudara wanita menjadi lebih besar (bengkak) kerana pertambahan aliran darah.

“Secara teorinya, sel kanser lebih cepat berkembang dan merebak kerana ada bekalan darah. Namun yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kehamilan tidak mempengaruhi kadar perkembangan penyakit. Ini bermakna mengandung atau tidak, perkembangan kanser adalah sama.

“Bahkan sel kanser juga tidak merebak kepada janin (bayi dalam kandungan). Ini kerana adanya halangan fizikal yang memisahkan darah janin dan ibu. Jadi anggapan bahawa janin juga mendapat kanser adalah tidak benar,” katanya.

Bagaimana ia dikesan? Cara terbaik ialah berjumpa doktor untuk pemeriksaan pranatal secara tetap. Selain pemeriksaan biasa (tekanan darah, ujian air kencing dan paras gula dalam darah), anda boleh meminta doktor melakukan pemeriksaan untuk kanser payudara.

Pada masa sama anda perlu melakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan supaya sebarang perubahan atau keganjilan dapat dikesan.

Jika tidak pernah memeriksa payudara sendiri, anda tidak mungkin sedar seandainya berlaku perubahan atau ketidaknormalan.

Jika anda berasakan ada benjolan atau was-was mengenainya, segera beritahu doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan seperti biopsi (pengambilan tisu payudara untuk diuji) atau ujian imbasan bunyi.

Sehingga kini tiada bukti menunjukkan kanser payudara membahayakan janin. Yang boleh membahayakan janin ialah rawatan untuk kanser payudara; dan ia juga tertakluk kepada tahap kanser berkenaan. Ini sebabnya pengesanan awal kanser payudara sangat penting.

Meskipun kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita di negara kita, masih ada yang kurang pasti mengenai tandanya. Antara tanda kanser payudara yang boleh diperhatikan ialah:

  • Benjolan atau pengerasan pada atau berdekatan payudara atau di bawah ketiak

  • Banyak benjolan kecil yang mungkin dirasa seperti kacang

  • Berlaku perubahan saiz atau bentuk payudara

  • Ada lelehan jernih atau berdarah daripada puting susu

  • Ada perubahan pada kulit payudara anda, sama ada menjadi berlekuk, berkedut, bersisik atau radang

  • Kulit payudara atau puting menjadi merah

    Pilihan rawatan

    “Jika terbukti pesakit menghidap kanser payudara, doktor akan mencadangkan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan peringkat kehamilan. Jika kehamilan masih dalam trimester pertama (tiga bulan pertama), garis panduan rawatan mengesyorkan supaya kandungan itu digugurkan.

    “Ini bagi membolehkan ibu menjalani rawatan kanser payudara dengan segera; iaitu pembedahan diikuti kemoterapi dan radioterapi jika perlu.

    “Pada trimester pertama, pesakit tidak boleh diberi kemoterapi kerana banyak perkembangan organ janin berlaku dan kemoterapi akan menjejaskan proses berkenaan.

    “Bagaimanapun, jika kandungan memasuki trimester kedua atau ketiga, pesakit tidak perlu menggugurkan kandungan dan boleh diberi rawatan kemoterapi. Ketika ini janin mempunyai daya ketahanan terhadap ubat kemoterapi,” katanya.

    Menurutnya, pembedahan (pembuangan kanser atau payudara) boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan.

    Atau doktor mencadangkan pesakit menjalani pembedahan dulu dan menangguhkan kemoterapi sehingga tiba waktu sesuai.

    Keperluan radioterapi bergantung kepada keadaan pesakit. Jika saiz ketumbuhan (benjolan) sangat besar iaitu garis pusat melebihi lima sentimeter atau membabitkan banyak nodus limfa, pesakit perlu menjalani rawatan radioterapi. Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan selepas pesakit melahirkan anak.

    “Apa yang diterangkan adalah garis panduan rawatan kanser payudara ketika hamil. Pesakit berhak membuat keputusan kerana naluri keibuan dan keinginan mempunyai anak sangat kuat sehingga ada wanita sanggup melalui pelbagai kepayahan, termasuk mengambil tindakan berisiko.

    “Saranan menggugurkan kandungan jika kanser dikesan pada trimester pertama adalah bagi membolehkan wanita segera mendapat rawatan dan boleh mengandung lagi selepas rawatan tamat.

    “Bagaimanapun, banyak perkara perlu dipertimbangkan, terutama jika kehamilan itu yang pertama dan si ibu pula agak berusia,” katanya.

    Kesan sampingan kemoterapi memang tidak dapat dielak, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat. Pesakit tidak perlu bimbang kerana ubat mengawal dan mengurangkan kesan sampingan kemoterapi adalah selamat dan tidak memberi kesan kepada janin.

    Tindak balas pesakit hamil terhadap ubat dan kadar penyembuhan penyakit sama seperti pesakit yang tidak hamil. Malah jika dibandingkan pesakit tua dan muda pada peringkat kanser sama, faktor umur tidak mempengaruhi kadar penyembuhan penyakit dan tindak balas terhadap ubat.

    Bolehkah pesakit mengandung lagi?

    Ya. Pesakit masih berpeluang mempunyai anak selepas menjalani rawatan kanser payudara. Kemoterapi hanya memusnahkan telur yang mengalami ovulasi (proses kematangan dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma) dan tidak menjejaskan telur yang masih tersimpan dalam ovari.

    Bilakah waktu ideal untuk mengandung semula?

    “Tiada tempoh ideal. Secara teorinya, pesakit disaran menunggu lima tahun kerana 70 hingga 80 peratus kes kanser yang berulang berlaku dalam tiga tahun pertama selepas rawatan.

    “Risiko kanser berulang selepas lima tahun adalah rendah iaitu hanya 10 peratus, tetapi saranan ini kurang praktikal dan biasanya doktor memberitahu pesakit boleh mengandung lagi selepas enam atau tujuh bulan tamat rawatan.

    “Terpulang kepada pesakit untuk membuat keputusan. Tiada had atau batasan masa untuk pesakit mengandung lagi. Cuma pesakit perlu tahu sama ada dia termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi, khususnya jika kanser itu membabitkan nodus limfa. Bagi kes begini, risiko mendapat kanser payudara ketika mengandung kali kedua juga tinggi,” katanya.

    Selepas bersalin, pesakit masih boleh memberi bayinya susu badan melalui payudara yang sihat. Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan tidak menyusukan bayi jika masih menjalani rawatan kemoterapi kerana ubat kemoterapi boleh berpindah kepada bayi menerusi susu badan.

    Bagaimana suami boleh membantu?

    Teringat kata-kata suami pesakit kanser payudara beberapa tahun lalu: “Kehilangan payudaranya (isteri) tidak penting bagi saya. Yang penting ialah saya mahu menjaganya, supaya dia selamat dan sihat... saya mahu bersamanya hingga akhir hayat.”

    Kata-kata ini umpama ubat keramat bagi isterinya yang bimbang penyakit itu akan memudarkan kasih sayang suami; kerana itu dia mendiamkan diri walaupun sedar ada ‘keganjilan’ pada payudaranya.

    Selain rawatan (pembedahan, kemoterapi dan radioterapi jika perlu); pesakit sangat memerlukan sokongan ahli keluarga, terutama suami.

    Sesetengah suami, terutama yang masih muda, tidak tahu apa perlu mereka lakukan untuk mengurangkan kerisauan isteri. Antara perkara yang boleh mereka lakukan ialah:

  • Bantu isteri untuk lebih peka mengenai keadaan payudaranya; kepentingan untuk memeriksa sendiri payudara setiap bulan bagi membolehkan dia mengesan jika ada sebarang kelainan

  • Pastikan isteri menepati temujanji untuk pemeriksaan kesihatannya. Lebih baik jika mereka dapat menemani untuk menjalani ujian dan ketika mengambil keputusan ujian

  • Yakinkan isteri jika kanser payudara dikesan awal, doktor hanya perlu membuang ketulan dan bukan keseluruhan payudara

  • Beritahu isteri bahawa mereka selaku suami serta anak, ahli keluarga dan rakan akan sentiasa di sisinya serta memberi sokongan sepanjang masa

  • Terangkan kepada isteri bahawa mereka akan membantunya dan tetap bersamanya ketika susah, pembedahan, kemoterapi dan radioterapi

  • Beritahu isteri bahawa ahli keluarga dan kawan sedia membantu untuk menjaga anak

  • Sentiasa beritahu isteri yang mereka tetap menyayanginya, walaupun pada ketika dia kelihatan sangat sakit, pucat dan tidak bermaya (waktu yang isteri berasa dia tidak cantik); terutama sepanjang tempoh rawatan

  • Yakinkan isteri bahawa pada tempoh ini mereka sama-sama masih boleh berbincang mengenai seks atau melakukan hubungan intim; jika dia mahu

  • Beritahu isteri mengenai keadaan dan pelan kewangan mereka; bagaimana mereka akan menguruskan keluarga walaupun kos rawatan sangat mahal

  • Tunjukkan pada isteri senarai orang yang boleh memberi bantuan bagi tugas tertentu dan siapa yang boleh dihubungi apabila perlu.

    Sokongan tambahan

    Kehilangan sebelah payudara memberi kesan besar terhadap seseorang wanita, tidak kira berapa pun usia mereka. Kos pembedahan pembentukan semula payudara bukan murah tetapi pesakit kurang berkemampuan tidak perlu risau kerana ada peruntukan sebanyak RM4.3 juta setahun bagi Skim Pembekalan Prostesis Luaran Payudara dan Coli Khas bagi mengurangkan beban kewangan dan emosi pesakit.

    Skim ini diurus Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama hospital kerajaan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

    Antara kriteria pesakit yang layak memohon bantuan daripada skim ini ialah pendapatan isi rumah kurang RM5,000 sebulan; mendapat rawatan di hospital kerajaan dan doktor hospital berkenaan mengesahkan penyakit pemohon dan permohonan diperakukan oleh pegawai kerja sosial yang bertugas di hospital kerajaan.

    Pada masa sama, BCWA menawarkan prostesis sementara dalam pelbagai saiz sebelum pesakit bersedia menjalani pembedahan untuk ‘dipasang’ prostesis silikon.

    Prostesis sementara ini hanya perlu dimasukkan ke dalam baju dalam untuk memberi bentuk payudara. Tekstur prostesis sementara yang lembut dan ringan ini memberi kelegaan kepada pesakit yang masih berasa rengsa pada bahagian dibedah atau diberikan radioterapi.

    Bagaimanapun, prostesis sementara ini tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang kerana ia mudah hilang bentuk dan oleh kerana terlalu ringan, ia tidak dapat membantu mengimbangkan postur badan yang lama-kelamaan boleh menimbulkan masalah sakit belakang.

    Bagi yang tidak mampu memiliki prostesis silikon, boleh memilih prostesis fiber, resin atau gabungan kedua-duanya pada harga lebih murah.



  • sumber ; harian metro.com

    2 ♥ Comment

    Terima kasih kerana sudi membaca =)