TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
PerkaraYangAkuBuatSebelumExam


April 4, 2011 1:01:00 PM


jika ada owang yang bertanyakan aku soalan cepu perak tuh, tanpa berfikir pendek lagi terus aku beri jawapannya - TIDAK! sampai bila-bila pon jawapan aku tetap 'tidak'.. sebab aku adalah makhluk yang sangat takot ngan peperiksaan atau nama saintefiknya, exam..

ini kerana, tiap kali munculnya exam, aku menjadi sawan siput babi... dimana pening-pening pijat, demam penyu, atau pon pengsan merata jalan. pernah terjadi ketika aku mengambil peperiksaan percubaan SPM. waktu tuh paper agama islam. bukak ja muka surat yang pertama terus pengsan tak sedar diri.

bila aku dah meningkat dewasa, aku mula demam-demam penyu dan pening-pening pijat time nak exam... heran btoi.. ada owg cakap, aku gemuruh @ lemah semangat... dem!

tapi, entry kali nih bukan nak cerita tentang demam-demam atau pening-pening aku tuh, tapi tentang 'Perkara yang Aku Buat Sebelum Exam'...


Pertama : Khatam Jadual Exam


teliti jadual exam setiap subjek.. nak hafal, lagi bagus.... list-down-kan subjek yang mana yang susah nak dibawa.. so, subjek tuh kena pulun lebih skit...
kalo nak lebih bagus, rebus air nya dan minum 3 hari, 3 malam.. konform! (masuk hospital)


Kedua : Jadual Ulangkaji



jadual ulangkaji biasanya berpandukan jadual exam.. biasanya aku akan ikut subjek mana dulu nak exam, so, subjek itu yang akan diulangkaji. waktu nih kena pilih bab-bab yang rasanya nak skor dalam final...

jadual ini mesti la flesible... tak da la kita nak ikut sangat rules yang kita wat tuh... contohnya, patut start study pukul 10, bole ja nak start 11.. sapa nak marah? setakat bapak jiran mak tiri kucin tuh, takkan marah la... tapi, make sure la, pastuh ganti balik masa yang kita tinggal tuh....

lagi satu, aku adalah sowg yang study ikut mood... kadang-kadang, besok nak exam pon tak dak mood nak study.... aku pentingkan masa yang berkualiti... tak guna kuantiti masa yang banyak, tapi habuk pon tarak...amma!


Ketiga : Kemas Tempat Study


untuk semester nih, aku dapat balik rumah.. dan kebetulan, next week ayah aku operate mata dia.. so, alang-alang tuh aku study kat umah... disebabkan jarang balik umah, bilik aku macam tongkang pecah..

aku sebenarnya tak suka owang masuk bilik aku, walaupon ahli keluarga aku sendiri. coz banyak barang-barang dari zaman tok nadum ada kat bilik aku nih... even nak kemas pon, aku tarak kasi... bila sekali balik, memang la sangat berdebu dan berselerak tarak...



nih adalah ruangan rak yang menempatkan buku dari sekolah menengah sampai la sekarang. koleksi majalah remaja, novel-novel semua aku tempat kan kat sini... dibawah sekali tuh, ada tersimpan diari zaman skola menengah dulu.. hihihi....


bilik aku, takdak meja! harap maklum... di rumah sewa aku ada beli meja kecil... sejak pindah skolah asrama, aku da buang meja kat dalam bilik aku nih.. rasa menyemakkan... jadi, tempat study aku adalah - diatas katil.. (kroooohhhhhh)



Keempat : Disconnect & Quit



aku nih pantang btoi kalo tengok beruk band menyala ijau (line tengah bagus) atau, lampu wifi berkelip-kelip... rasa nak ja connect intenet... bila da connect intenet tau-tau ja la... memang takkan study punya la... kalo bukak facebook tuh, pantang ja dapat notification, terus nak balas ja.... dats way, aku malas nak bukak ruangan chat kat fesbuk... macam tuh jugak Yahoo messenger... tak da maknanya setakat letak status macam nih "buzy-don't disturb me" -akan ada makhluk yang tak reti baca yang akan buzz...



kalo tak connect intenet pon, mesti bukak winamp dengar lagu... pastuh dapat pulak lagu "bole pandang-pandang..." alahai! konform tak jadi study nya.... aku bukan lah addicted sangat ngan game, tapi kalo aku da start main game zombies Vs plant, memang tak kan behenti...tak yah makan pon tak pa..

so, kesimpulan kat sini? tutup la laptop sekarang... muhahahahaha...



p/s ; tak nak exam, boleh dak?

9 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)