TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Maafkan Aku, Wahai Tuan Ku


May 19, 2011 9:19:00 PM

hidupku seekor kucing terbiar. dari satu tempat hinggalah ke satu tempat aku merantau mencari seorang tuan yang layak denganku. satu hari, aku berjumpa seorang tuan. beliau sangat baik hati. menjaga kesihatanku dengan baik. lama-lama, aku jatuh cinta dengan tuan aku tersebut.

hubungan kami tenang sehingga la suatu hari tuan aku terpaksa pergi ke tempat yang lebih jauh. aku risaukan pemergiannya. aku tak nak dia pergi.. jadi,aku merayu-rayu memohon supaya tuan aku tuh membatalkan pemergiannya. tapi, seperti yang diagak, tuan aku tetap dengan pendiriannya. aku disisihkan...

satu hari, aku cuba bermanja dengan tuan ku itu. aku sedar aku tidak punya masa dengan tuan aku lagi.
tapi, aku di jerkah oleh tuan aku.

"pergi kau dari sini!!"

"tapi kenapa?"

"aku perlukan kebebasan!! "

"aku tidak pernah mengongkong kamu, wahai tuan ku. setiap kali kau keluar lewat malam bersama teman-temanmu, aku biarkan saja. bila kamu bersama keluargamu, aku biarkan juga... dimana aku mengongkong kamu, wahai tuan ku?"

kau keluar! kau keluar!"



aku keluar dengan liangan air mata... "terima kasih..."
sekurang-kurangnya engkau pernah membahagiakan aku.....

selepas sebulan, ketika aku berjalan-jalan mencari makanan, aku ditegur oleh tuan aku. erk, maksud aku, bekas tuan aku.

"sehat kah kamu?"

"oke.."

selepas itu, setiap malam beliau akan datang ke tempat aku untuk bertanyakan soal kesihatan ku.
lama-lama aku tetanya, untuk apa?

"kenapa engkau cari aku lagi? bukankah engkau telah membuangku?"

"salahkah aku bertanyakan soal kesihatan mu? engkau pernah menjadi kesayangan aku dulu.."

"itu dulu... "

"aku banyak sakitkan hati engkau.. maafkan aku..."

"aku merayu, wahai tuan ku... jangan la cari aku lagi... aku mahu melupakan engkau. soal kesihatanku, pandai-pandai lah aku menjaga diriku.... jika aku mati pada hari esok, itu ajalku... tolonglah, aku perlu lupakan kau..."


aku terus blah dari situ...aku sempat lihat beliau tertunduk...

maafkan aku... aku tak boleh terima engkau lagi... walaupun aku sayangkan kau....

13 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)