TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Masalah Aku


May 26, 2011 4:30:00 AM
AWAS : entry ini panjang dan mungkin membosankan.

aku ada masalah. oke. ini serius! (gaya ming-ming dalam wonderpets)


Punca :
Dua tahun lepas (1 November 2009), rumah aku dimasuki oleh seorang lelaki. secara spesifiknya, masuk bilik aku pada jam 5.10 pagi waktu malaysia. ketika tuh aku sedang tidor dan bilik aku gelap segelap-gelapnya. sebelum kejadian, aku lebih suka tidur dalam suasana gelap kerana lampu mentol tuh agak menyakitkan mata.

Jangan tanya aku apa niat lelaki tuh masuk rumah. sebab aku pon nak tanya benda yang sama. banyak-banyak rumah, kenapa bilik aku jadi mangsa.

lelaki tuh masuk melalui tingkap.. aku memang tak pernah bukak tingkap bilik, sebab tak suka. Tingkap rumah aku jenis tinted, so kalo bukak orang boleh nampak aku tengah buat apa. Last aku bukak time ayah aku buang aircorn lama. Itu last! seingat aku, itu!

Aku tak tau pukul berapa dia masuk sebenarnya. Aku cuma rasa kehadiran dia sedang berdiri depan aku jam 5.10 pagi. Aku terbangun dan nampak lembaga hitam. Aku ingat hantu, jadi aku baca ayat kursi.

Aku tak tau kenapa, aku baca ayat kursi sambil tutup mata. Badan aku mengigil waktu tuh. Aku bukak mata waktu aku dengar nafas orang tuh dekat dengan aku.

"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!"

tuh ja mampu aku jerit... aku tak terfikir nak jerit mintak tolong atau nak amek kayu katok orang tuh. aku tak terfikir langsung. Orang tuh hanya buat isyarat tutup mulut.

Aku tetap menjerit. Waktu aku jerit, aku terpikir, ini mimpi ka? kenapa suara aku macam tak berapa keluar? Macam mana orang boleh masuk bilik aku? Ini rancangan 'wakenabeb' ka atau 'amekkaw?'

setelah dia nampak aku menjerit macam orang gila, dia terus selak langsir. terpapang depan mata aku, tingkap terbuka luas.

waktu tuh aku terpikir, berapa lama dia ada dalam bilik aku?

aku bangun, cuba carik kekuatan diri. Bukak lampu bilik. Pegi ruang tamu. kejut tok aku.

Ya Allah, tok aku tak sedar apa kot... masa tuh sumpah aku rasa nak lari tempat lain. Tok aku ingat aku mimpi. lepas tunjuk kat dia, baru dia percaya. Selepas tuh, beransur-ansur jiran aku bangun. 5 pagi. dalam berapa minit ja.


Fakta :

# Ayah aku datang pukul 7 pagi. waktu tuh aku sangat marah. anda tentu faham perasaan aku.

# Aku tinggal bertiga (aku dan abang aku) tinggal ngan tok aku. -- mak ayah berpisah. waktu kejadian, abang aku masih di Shah Alam. Kalo kena ngan abang aku, lenyai orang tuh.

# Report polis dibuat jam 8.00 pagi hari tersebut

# 1 November 2009 -- adalah reasel untuk konvokesyen sijil aku

# 30 Oktober 2009, aku baru terima gaji (waktu tuh keja kat pasaraya) dalam walet aku ada RM400 cash, dan beg tersebut berada di sebelah lelaki tersebut.. beg aku langsung tak disentuh

# Lelaki tersebut mengunakan tong cat yang diterbalik kan dan panjat tong cat itu untuk naik atas ke bilik aku. (tong cat kepunyaan jiran aku)

# polis tidak datang kerumah aku untuk melihat tempat kejadian. aku assume, polis hanya layan BILA dah mati dan kena rogol sahaja


KESAN :

1. Sekeliling

tamparan bila berada di kampung adalah mulut orang kampung. kalo di bandar, mulut orang bandar.. kehkehkeh. Orang kampung mengatakan benda yang tak baik.. dah la orang masuk bilik, kutuk lagi.. Alhamdullilah la..
Aku bukan terdesak sangat atau tersangat sangap sampai nak bukak tingkap sendiri bagi orang masuk bilik. Huh!

aku behenti keja. sebab aku keja shift. kadang--kadang shift sampai malam. Mula-mula dulu supervisor aku sangat marah. lepas tuh dia mula faham.


2. Aku

aku trauma 2 bulan. trauma seorang diri. sendiri memulihkan diri sendiri.

aku tak tido dalam bilik selama 2 bulan. walaupon tak tidor dalam bilik, aku bukak lampu bilik. aku tidor kat luar, tapi tak tidor. aku hanya tidor lepas subuh. bila aku dengar moto-moto pakcik-pakcik lebai pegi masjid. baru aku rasa orang dah bangun.

aku try untuk tido, tapi aku terbangun bila dengar something. bunyi angin, bunyi ranting jatuh, bunyi kucing. untuk mengelakkan aku takot, aku bukak tivi sampai pagi. sangat menyeksakan.

waktu tuh aku rasa aku dah gila. tak siuman. tiap-tiap malam nages sebab nak tido tapi tak boleh tido.. bila takot tuh menguasai diri, paham-paham ja la.
sampai bila malam, aku nak pegi toilet pon tak berani.


MASALAH :
itu 2 tahun yang lalu, tapi kesan-kesan tuh masih ada. selepas 2 bulan dari tempoh kejadian, aku sambung belajar. malam pertama aku kat tempat lain, aku tidor dengar sedapnya.

aku tak da masalah kalo kat rumah sewa, sebab biasanya kat rumah sewa tido ngan member-member. kalo budak-budak tuh tutup lampu pon, aku tak kesah. suka ada la... pukul 10 malam, da lesap tido.

lain bila sampai rumah, bila malam aku tak tau nak buat apa. tak boleh tido. kalo tido mesti bangun. memang aku terpikir benda tuh, sebab aku taknak orang masuk lagi buat kali ke-2. walaupon aku tau, kali nih tingkap bilik aku lebih selamat berbanding dulu, tapi takot tuh masih ada.

kalo abg aku balik rumah, aku boleh tido. mungkin aku rasa selamat bila ada lelaki kat rumah.. aura tuh penting ya.. walaupon abang aku tak buat apa, tapi memang kehadiran lelaki nih bermakna dalam hidup wanita. ahaks!

aku pernah terpikir nak kawen. jangan gelak oi! aku tak tau nak wat apa lagi. at least ada teman aku dan boleh selamat aku kalo ada hal-hal macam nih. tapi niat tuh terpaksa dipendam disebabkan aku tak mempunyai calon.. kahkahkah.

cuti aku tinggal lagi sebulan. selepas sebulan, aku akan praktikal selama 6 bulan. maknanya aku berada di rumah sampai hujung tahun nih. aku takot kalo-kalo aku buat peragai nih.

aku mintak tolong, kalo ada sapa-sapa yang amek bidang perubatan, psikatari atau ada adik beradik, atau ada kawan-kawan, atau belajar engineering, nak tolong pon, aku alu-alukan. tolong lah aku, apa aku nak buat ngan diri aku yang tak boleh tido malam. takkan selama--lamanya macam nih?

sila la tulis cadangan serta nasihat anda di ruangan komen dibawah. tak kira lah cadangan dari ayat-ayat suci al-quran atau apa-apa saja yang dapat bantu aku. aku akan lekat entry nih selama 2 minggu. Terima kasih. =)



Insomnia is difficulty getting to sleep or staying asleep, or having nonrefreshing sleep for at least 1 month.

p/s : taniah pada lelaki tersebut sebab boleh buat aku trauma selama nih. ayah aku pon tak tau aku tak boleh tido malam. even mak aku pon tak tau. hanya abang aku saja. plus, aku pernah rasa nak pergi jumpa doktor sakit jiwa. tapi tak jadi pegi.

Labels:

19 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)