TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Perjalanan Lagenda Budak Setan


May 11, 2011 2:52:00 AM


semua orang tau kan, cerita lagenda budak setan... tak tau pon mesti pernah dengar kan? cerita nih adaptasi dari sebuah novel, Lagenda Budak Setan... tapi ramai tak tau, novel nih ada sambungannya... rupanya, ada 3 buah buku yang berkaitan ngan cerita nih....



1. Lagenda Budak Setan

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?



2. Katerina

Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga. . . yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka. . . aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat ilahi. . . setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau mungkin untuk sementara.

Bagai tak terpijak kakinya di bumi, bagaikan langit jatuh menghempap diri. . . dugaan tiada terperi dengan pemergian Ayu menemui ilahi. Katerina hadir lagi, dengan sisa cinta suci yang tiada berbelah bagi, mewarnakan semula pelangi cinta Kasyah yang telah mati. Mungkin di persada indah akhirnya, antara Kasyah dan Katerina, atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan? Penuh debaran, bersilih cabaran. . . yang datang dan yang pergi. . . semuanya mengusutkan keadaan. Kejelitaan Zahirah mengocak damai. . . kerakusan Hisyam semakin menghancurkan. . . Namun segalanya ditangan Tuhan! Akan tumbangkah pohon cemara ke bumi. . . atau menguntum bunga cinta di kaki pelangi?


3. Kasyah - Lagenda Berakhir

Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam.

Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?



sumber dari Ahadiat Akashah


p/s : ada orang nak belikan kat aku tak? heee

12 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)