TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Pompuan dan Isu


May 16, 2011 8:57:00 PM

sekarang nih banyak betei isu-isu yang berkaitan dengan islam. benda dah simple, sengaja nak rumitkan keadaan. dan selalu-selalunya isu perempuan la... kadang-kadang nak tergelak pon ada. macam nak ja aku tanya,
"kat sekolah dulu tak amek islamic education ka?"
antara isu-isu islamic pompuan yang selalu buat orang pening adalah :

1. Isu Bertudung

oke. kes nih sampai bila-bila pon takkan abes dan takkan diam. kononnya, kalo pakai selendang hijab tuh hanya nak berfesyen dan bukan atas niat sebenar. oi? sejak bila pulak Islam tuh menghalang berfesyen? aku nak tergelak sangat-sangat bila orang cakap macam nih. Dekat Lubnan, kat Afghanistan dan berapa banyak lagi negara-negara Islam tuh pakai selendang jenis hijab.

well, aku lebih sokong kalo orang yang pakai selendang hijab. know what, selendang tuh tebal dan besar. sebab tuh la bebelit-belit kat kepala. itu lagi baik dari tudung kat malaysia nih sekarang. tudung bawal tahu? tudung bawal nih pulak ada banyak jenis. bawal satu la, bawal dua, bawal tiga... tuh tak termasuk ada batu-batu lagi.. batu pulak tengok pada ke-original-an dia pulak.

lagi kualiti kain tudung bawal tuh, lagi tinggi harganya dan lagi jarang. so, salah ka kalo orang nak pakai selendang hijab? itu tak masuk bab pakai tudung terasa hipokrit.

*aku pon pakai jugak tudung bawal tuh... tapi jenis murah - Rm 20. pon agak jarang


2. Fesyen

"tuh pakai jubah moden tuh... nak berfesyen ja lah tuh!"

apa la orang kita? kalo lah fesyen itu menjerus kepada islam, tak salah kan? biar Islam tuh jadi fesyen. bagi aku, tak salah kalo kita berfesyen, selagi tak melanggar syarak. menutup aurat.

Islam jugak tak melarang perempuan bermekap. bahkan, Islam suka pada kecantikan. kenapa nak pertikaikan benda-benda cam nih? haish...



3. Sanggul Tinggi <---famous!

Soalan : Dr , sekarang ini menjadi trend wanita menyimpan sanggul tinggi. Begitu juga ramai wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat tetapi berwarna. Tidakkah wanita hanya patut berwarna gelap? Apakah muka itu boleh jadi aurat? Apakah hukum dalam perkara-perkara seperti ini? Ada yang kata semua itu haram, tidak penuh syarat pakaian Islam dan ada pula yang kata boleh. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?
Jawapan Dr. Asri:
Asas dalam membuat reka fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak bertujuan menarik nafsu atau meransang lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.

Adapun sanggul; terdapat hadis Nabi s.a.w. di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub?" Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai sanggul yang besar. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merongkaikannya ketika mandi wajib.

Maka wanita boleh untuk bersanggul, membuka wajah mereka dan berpakaian berwarna. Asas yang penting yang mesti dijaga hendaklah penampilan mereka tidak memperlihatkan seakan mereka wanita yang kurang baik, atau ‘memburu lelaki’ atau apa yang boleh menimbulkan sangkaan pada kebiasaannya. Warna dan jenis pakaian dinilai berdasarkan kepada anggapan sesebuah masyarakat juga. Di samping ketetapan syarak, apa yang menjadi persepsi sesebuah masyarakat mengenai sesuai fesyen hendaklah diambil kira. Ini berdasarkan ayat tadi: (maksud) ; “cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu”.

senang cerita, kalo beli sanggul palsu, atau segaja letak sanggul tinggi-tinggi bagi menarik perhatian memang lah HARAM. tapi kalo setakat ikat toncang tinggi tuh, tak lah...
nak tau lagi? boleh tanya Ustaz di, Tanyalah Ustaz... ustaz tuh pon sampai tak larat nak jawab soalan nih dah. nak usya belog Ustaz Noramin pon bole...

ini saja yang aku boleh kongsikan. yang lain carik la sendiri, dan tanya la ustaz-ustaz yang berkenaan. aku juga masih belajar. kalo ada salah, sila tegur diruangan komen dibawah. terima kasih.
14 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)