TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Dan Azam Aku Pon Berubah


June 23, 2011 1:20:00 AM

selepas baca yassin tadi, aku duduk termenung tingkap. hujan. cekgu aku pernah cakap, doa yang dimakbulkan antaranya adalah ketika hujan. rahmat.

aku tanya diri aku. pesen menolog la nih.. keh keh keh. "apa yang hang nak dalam hidup" dan "apa yang hang kejar dalam hidup?" aku termenung lagi... betul, aku masih muda. banyak benda lagi aku nak buat sebenarnya. aku amek pen, dan bukak diary aku.


1. Praktikal

ini kali kedua aku praktikal... kurang dari tempoh 2 minggu lagi...praktikal memang wajib, tapi aku akan make sure company tuh akan offer aku keja dalam tempoh sebulan. aku bagus dalam keja oke.. *puji sikit*.. ini adalah back-up keja aku jika aku abes study (lagi satu tahun setengah)...at least aku ada keja nak buat. tapi aku belom prefer nak stay kat kedah, walaupon kedah tanah tumpah darahku. aku teringin sangat nak stay sarawak, sebenarnya. :)


2. Henpon Baru

aku nak sangat henpon baru. mungkin disebabkan kecuaian aku tertinggal henpon di trolly shopping complex buat aku trauma nak pakai henpon cantek-cantek. henpon samsung nih, aku beli dengan duit hasil aku keja dulu (keja ditempat praktikal lama aku) sumpah, aku sangat rindu henpon tuh... aku nages berminggu-minggu. keluarga aku bukan kaya sangat sampai ada 2, 3 henpon dalam tangan. dekat 2 minggu aku tak pakai henpon, dan akhirnya aku beli henpon baru dan nombor baru yang berharga 90 hinggit. second hand ja... itu pon duit pebelanjaan aku nak
masuk poly... beli senyap-senyap.. takot ayah marah. tahun lepas ayah aku beli henpon lagi kat aku.


*ini henpon yang hilang tuh.... sedih..*



*ini henpon yang aku pakai sekarang...henpon nih satu ja tak besh.. kamera tak kualiti langsung..kehkehkeh*



3. Kereta Sendiri

disebabkan aku bakal dapat lesen D berapa bulan akan datang *riak*, aku simpan angan-angan nak miliki kereta sendiri... aku boleh mimpi ja nak pakai Merc, BMW or apa lagi la pesen keta mahal kat dunia nih. aku tak nak target tinggi-tinggi. tak dapat, sakit. *belajar dari kesilapan*. dulu aku minat sangat Sartia Neo... sekarang aku rasa macam dah tak nak lagi... aku tengok Myvi baru nih... auto + gps, 55 k... haish... aku tau nati aku tak da duit.. kalo aku dapat elaun praktikal (dengar-dengar macam dapat) aku nak simpan duit tuh... nati abes belajar, aku keluarkan keta aku sendiri. berangan je lebih! ceh!


4. Degree

sebelum nih aku was-was nak buat degree atau nak kawen. mungkin aku terlalu pikir pasai kawen sangat.. padan muka..! aku start merangkak dari bawah. start sijil (2 tahun), diploma (3 tahun), dan insyallah lepas nih degree (paling lama 4 tahun). tapi kadang-kadang aku sendiri takut... mampukah aku buat degree... aku pon bukan pandai sangat..tapi abang aku pernah cakap :

"kita tak tau limit kita kat mana... kadang-kadang kita rasa macam dah tak boleh go on... tapi bila kita buat... boleh... pastuh kita naik lagi satu step... kita cakap, kita tak boleh buat.. padahal kita boleh..."


5. Kerja

kalau aku tak dapat sambung degree, aku mungkin akan keja dulu. time tuh, aku keluarkan duit beli kereta. tapi kalau aku keja kat area kl, aku rasa tak perlu aku pakai kereta. kos sara hidup tinggi. naik LRT sardin sudah!
dan kalau boleh, aku nak keja bidang yang aku belajar sekarang.. nati aku tak tau buat keja pulak.


6. Rumah

selepas aku dah kaya dan banyak duit hasil kerja *perasan!*, aku nak beli rumah. etceli, rumah tuh aku nak simpan untuk masa tua aku... mana lak tau, tak kawen-kawen sampai ke sudah... anak pon tak dak... tak ke merempat aku nanti? aku nak buat satu tempat khas untuk kucing-kucing. aku nak bela kucing banyak-banyak. nati tak da la bosan. boleh main ngan kucing. plus, kucing nih paham manusia....tapi kalo dah banyak, berak merata... erk, mampus tuh.... :P


lepas tuh, aku terselak impian aku sebelum nih...


"kawen sebelum umur 24"


*amek maker. hitamkan.*

tutup diary. tido.

Labels: ,

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)