TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Hujung Bulan


June 30, 2011 4:54:00 PM

Hari nih gaji kan? Dah kena buat muka comel lagi cun pangkat 17 kat bapak aku dah nih. Mintak pau duit sikit. Al maklum la, duit aku belom masuk lagi. Hujung-hujung bulan nih menyampah betei bila barang-barang aku dah habes. Time aku tak da duit pulak tuh.

Aku dah planning baik punya, besok nak keluar... Benda yang aku nak beli ialah :


1. Shampoo

Macam kat kedai biasa tak da pulak shampoo. Bukan, tempat aku susah nak dapat perapi. Tak suka pakai shampoo saja... Haish, bila la rambut aku nak panjang? Tuh la, asyik potong ja aku. Putus cinta ja potong rambut. Kecian betei rambut aku tuh.

"Jangan risau baby, lepas nih ai takkan potong yu lagi! haha"




2. Garnier Foam



Aku nih penguna Garnier Light sejati. Walaupon tak berapa nak 'light' la sangat. Tapi syok pakai garnier nih... Tambah-tambah bila nampak muka Lisa Surihani iklan kat tibi. Tapi sekarang Heliza Helmi yang duta Garnier. Tak kesah la... Janji comel. Yang aku tau, waktu Fasha sanda jadi Duta Garnier, aku boikot Garnier! kah kah kah!



3. Eyeliner Pensil

Aku dah ada eyeliner liquid. Jadi nak tambah koleksi lagi. Eyeliner nih penting bagi mengelakkan mata pucat, kesuraman akibat kurang tidur dan terlebih tido. Macam saya! Tapi benda nih macam option ja... Kalau tak beli pon, nati bila aku dapat duit nati aku beli jugak.



4. Mc'd


Kalau tanya aku, berapa lama tak pegi Mc'd, rasanya 2 bulan lebih kot. Kali terakhir waktu aku melepak dengan member kelas aku, jam 4 pagi di Mc'd Rawang. Pagi-pagi buta, Mcd Breakfirst la jawabnya.

Sumpah, aku rindu gila nak makan Mc Flurry! Sedapnya! Yang letak oreo tuh!! My feberet, okee!!!




Lagi satu, aku sangat-sangat teringin nak makan GCB nih. Ni semua disebabkan budak cendawan yang hari-hari ajak aku makan benda alah nih. Tak testing lagi. Kena beli gak nih! Nampak sedak!




4. Nasik Goreng Cina


Kalau kat alor star nih, aku jarang sangat keluar makan kat kedai-kedai. Abang aku banyak ajak restoran yang jenis fast food. Tapi, ada satu kedai nih, dari start aku form 3 dulu, sampai sekarang memang kalo mai situ tak sah lah kalo tak pesan nasik goreng cina dia. Dekat food court City Plaza.

"keh keh keh. Apa barang makan kat food court? "

kata abang aku... Cis!

Aku macam boleh bau wanginya ayam goreng dalam nasik tuh, plus, wangi bawang goreng.
Bawang goreng?! Suka bawang goreng!!!



#Lapar dah... Dah la posa hari nih.. =..="#



p/s : sapa nak teman aku besok?

Labels:

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)