TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Masa Aku Tingkatan 3


June 27, 2011 2:34:00 AM

boleh baca kisah aku # Masa Aku Darjah 5 # disini

hari nih nak imbas balik zaman-zaman dulu aku, sewaktu ditingkatan 3. ada apa dengan tingkatan 3? ekceli, waktu nih aku sangat admire sangat pada seseorang.

first time dalam sejarah, aku dilantik menjadi Penolong Ketua Kelas 3 Digital. (Digital tuh kelas A--- sekolah aku suka letak nama kelas pelik-pelik sikit)... budak yang aku minat tuh pulak, dilantik Ketua Kelas. namanya Ahmad (bukan nama sebenar)

urm.. aku pon tak tau apa yang beshnya tentang budak nih.... dia baru ja masuk kelas aku nih, tapi suka tengok dia... pendiam... *konun* lak kan?

lama-lama, kami jadi rapat. disebabkan jawatan tuh, banyak hal yang buat kami sentiasa bersama. Ahmad nih, ada seorang kawan, namanya Ali (bukan nama sebenar)... Ali nih macam annoying sikit... suka sangat kacau aku bila nak balik rumah... macam-macam alasan aku bagi dia tau...

bila kita dah admire kat seseorang , apa saja pasal dia, kita nak tau, kan? besday dia... mak bapak dia... cita-cita dia... menda lagi ntah...

satu hari, aku pergi kedai... ternampak jual key-chain yang ada tarikh besday tuh....aku nih kumpul la duit, beli keychin tuh... letak dalam kotak dan balut cantek-cantek. pastuh terpikir pulak... macam mana nak bagi? aku tak da keberanian tuh.

jadi aku suruh kawan aku, Mira (bukan nama sebenar) bagi keychin tuh. bila Ahmad dapat ja keychain tuh, dia tak tanya pon sapa yang bagi. dia ingat Mira yang bagi kot. dan beberapa lagi hadiah aku bagi pada Ahamd melalui Mira.

tiba-tiba satu hari, aku nampak Mira dan Ahmad sembang baik berdua di depan papan hitam kelas. sumpah jelos!! aku tanya Mira, dia cakap tak da apa la... dan akhirnya, dia bagi tau aku jugak... Mira nih salah sorang dari kawan baik aku dulu...

"Ahmad suka kat aku.... hadiah-hadiah yang hang bagi kat dia tuh, semua dia ingat aku yang bagi..."

aku, terkelu tak tau nak cakap apa. selama berapa bulan, aku tak tegur dengan 2 orang tuh. terus pindah duduk belakang kelas. PMR nak dekat lagi mau buat pasal...

selepas PMR selesai, aku dengar Mira kapel dengan Amir... betapa pilunya hati Ahmad. padan muka! kah kah kah...

tapi, rupanya Mira kapel dengan Amir, bagi membuktikan yang dia tak da perasaan pon kat Ahmad. Amir hanya la sandaran... (hahahaha!) seriusly, aku sangat-sangat jelos dengan Mira... dia cantek dan pandai... semua orang suka dia...

aku? hanya lah perempuan hitam yang boleh admire seseorang dalam hati.

disebabkan ke-frust-an tuh, aku pindah ke sekolah teknik masa form 4... dan Mira pindah ke sekolah asrama penuh.


#tragis kan? sebab tuh sampai sekarang, aku TAK pernah rasa aku cantek, comel, ciut, miut (seangkatan dengannya) #



p/s : bila sekarang aku jumpa Ahmad, rasa nak lempang laju-laju pulak... tersengeh-sengeh.. heh!


Labels:

17 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)