TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Nak Raya!


June 2, 2011 9:55:00 PM

sekarang nih mesti kaum-kaum perempuan dah sebuk tempah baju. sibuk beli kain ela. dah tau baju kaler apa nak pakai time raya. menyusun la pat lima pasang baju. makcik-makcik tukang jahit pulak, time-time sekarang la paling buzy. waktu tuh la mengadu domba,
"tak cukup tangan la..."

lelaki? heh... releks ja... baju raya pon beli. kalo tak da baju raya pon sudah. pakai baju raya tahun lepas, ye dak?
abang aku tuh, rasanya baju melayu dia dah empat tahun kot.

pompuan cuba tak da baju raya, mau nages tak keluar rumah time raya... hahaha (aku pernah) aku terpikir nak baju kaler apa tahun nih? tak mau dah kaler purple. asyik purple, biru... banyak dah... pink? aiyark!

*tahun lepas punya baju*


tadi dok belek-belek kalender. raya tahun nih dijangka pada 30 dan 31 haribulan. means ada lagi dua bulan lagi untuk puasa.

puasa? erk! aku tak ganti lagi kot! aku tengah-tengah conggak nak ganti start pada besok hari. perkara yang menguji ketahanan nafsu adalah berpuasa pada bukan bulan puasa. huih~ waktu tuh, tengok budak-budak makan ais pop pon teringin.

jom la kita berpuasa besok. besok da satu rejab kot.... hihihihi


sekadar perkongsian ;



Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :

    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :

    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

  4. Hari Haid dan Nifas.

  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :


    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
sumber : jais





Labels:

19 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)