TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Semoga Ini Entry Jiwa Terakhir


June 21, 2011 11:03:00 PM

betul iklan yang aku selalu dengar kat radio : 'manusia boleh berubah dengan beberapa perkataan'.. disebabkan terlalu bodoh mengeluarkan perkataan tuh, aku dan dia jugak sakit.... sebak, bila aku terbaca balik masej-masej lama... dunia indah hanya sekejap. ingat tuh.. aku selalu anggap dunia nih ibarat cerita dongeng... puteri akan jumpa putera idamannya, dan jatuh cinta seterusnya bernikah....

umur ja dah 22... peragai macam budak-budak! disebabkan ketidakmatangan nih la, aku gagal lagi dalam hubungan. sampai bila pon aku akan terus gagal... sekali pon, dia telah memaafkan aku, aku tetap tak maafkan diri aku... terluka akibat perbuatan sendiri, lagi sakit rupanya...

orang kata lagi, lepas hujan ada pelangi... pelangi pon sementara ja kan? malam nih, aku nak nages puas-puas... aku da penat nages sepanjang 5 hari nih.... tak sangka, banyak jugak air mata aku... besok, aku bangun, aku tak nak ingat apa-apa lagi... aku tak nak nages sebab lelaki lagi...

aku berdoa, dan harap dimakbulkan... supaya pintu hati aku tertutup... sampai satu tahap, aku rasa impian aku nak kawen, semua berkecai... hilang.. kosong... bahananya menghacurkan hati sendiri.... bodohkan? kalo dulu, tiap kali putus cinta, aku akan cakap kat diri sendiri, akan ada orang yang lebih baik tunggu aku...saat nih, aku rasa semua tuh dah tipu... sampai bila aku nak berharap wujudnya lelaki tuh? ntah ada, ntah tak... last-last hati jugak sakit...

aku pasang keinginan nak kawen dari umur 15 tahun lagi.. berharap wujudnya seorang laki yang boleh menjaga aku... hari nih, aku delete impian 7 tahun tuh... sama la dengan awak kan? masih terbelenggu kisah 7 tahun... bezanya, aku baru nak mula cerita baru...

sekarang, aku tak tau nak buat apa... masej dalam henpon 200+.. masej dia saja...itu baru inbox... save item? satu folder khas aku wujud untuk dia... sebak bila baca.. sakit... dalam laptop nih, gambar-gambar dia yang aku curik... aku nak buat apa? bakar laptop? bakar henpon? tak tengok kat fesbuk lagi.... lagi sakit bila dapat pandang orang yang kita sayang dari jauh ja....sakit.....

aku nak kuat... aku nak jadi orang baru... aku nak jadi matang... aku nak berubah jadi keras hati... aku dah cukup penat ngan semua nih....aku perlu diri yang baru.... aku tak nak lagi Siti Mashitah Saidin yang penuh angan-angan... tak kan ada lelaki sesuai untuk aku.... biar la aku mind set macam nih...supaya aku tak frust lagi...penat...penat dan putus asa....

aku masih ada iman walaupon sekeping kulit bawang... alhamdullilah, aku masih ingat aku sapa...aku takkan buat perkara bodoh... jangan risau, awak... semoga ini entry terakhir untuk hati yang kecewa.... aku harap, aku kembali menulis entry baru dan tiada lagi kekecewaan kepada lelaki..

aku berharap, tak da siapa akan blame dia dalam hal nih... aku yang salah... menyesal macam mana pon, dah tak guna... dah tak da benda dah boleh aku ubah keadaan nih... hati dah tawar... susah...

aku akan cuba berada dalam gelap.. berada dalam ketakutan sendiri... selama nih, aku bukak 'tv' untuk beri aku kekuatan... dan akhirnya, 'tv' tuh asyik ulang cerita yang sama... kisah aku yang berulang-ulang... aku akan hentikan kisah nih... aku akan tutup 'tv' tuh.

Doa ku agar kaulah pemilik hakiki,
Tapi jika takdir itu tersisi,
Kau bukanlah jodoh yang ku cari,
Izinkan aku berbisik ke dalam hati,
Terima kasih untuk peluang ini,
Telah kita berusaha menjayakan misi,
Usaha itu tidak cukup barangkali,
Kita manusia punya kelemahan diri,
Apatah lagi menongkah arus qada' dan qadar yang misteri,
Bersabarlah wahai hati ini,
Aku mungkin bersendiri lagi

Labels: ,

8 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)