TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Serupa Tapi Tak Sama


June 23, 2011 6:03:00 AM

musim pesen tengok diary lama. meluat aku rasa. banyak sedih dari hepi kat situ.. owh, aku!

sekali lagi, aku ukir nama 'bekas teman lelaki aku.'
perlukah panggil teman lelaki? atau 'bekas teman hidup?' damn! itu hanya perkataan!

"owh, dah ke duabelas rupanya..."


aku lihat balik nama-nama yang diatas sebelum tuh... teman lelaki yang ke - 8 dan yang ke - 11, adalah orang yang sama. aku lihat nama dibawah bekas teman lelaki yang ke-8, iaitu bekas teman lelaki yang ke sembilan.

aku seolah-olah dapat menyaksikan cerita sedih didalam kotak mata aku... macam yang hampa tengok wayang.

***

bekas teman lelaki yang ke sembilan - aku berkenalan dengan dia waktu beliau seminggu putus cinta. katanya sakit. ya, aku tahu sakit itu. aku betul-betul percaya, dan nak ubat kesedihan tuh.

beliau ada 2 akaun fesbuk sebenarnya. satu untuk game, dan satu untuk sosial. aku chat dengan beliau sambil study.betapa aku tak nak buang masa.

tapi setiap orang ada buat salah kan? aku seolah-olah mengabaikan dia, sampai la satu hari dia mintak putus. aku tak nak. tak nak putus...

"saya sanggup buat apa saja untuk awak..janji kita jangan putus.." - aku..

"delete akaun semua laman web sosial yang awak ada..dan saya akan delete akaun saya juga" dan aku yang bodoh nih, delete akaun yang aku ada.. fesbuk, myspace, friendster, tagged...

katanya : "stay dengan saya saja kalau awak betul-betul setia"

aku buktikan 'setia' aku dengan menutup semua akaun laman web sosial yang ada. sedangkan waktu tuh, fesbuk dan friendster aku kerap bukak. belog aku tak tau lagi. berlaku pada awal tahun 2010.

malam tersebut, gerak hati aku suruh aku bukak balik akaun fesbuk. dan bila aku bukak....


Farid ****** in relationship with Farah *****

jangan tanya aku macam mana. aku meraung satu bilik. (waktu tuh hostel-sem 1) sampai bilik sebelah ketuk-ketuk pintu bilik aku. ingat histeria tengah malam kot.


***

bekas teman lelaki yang ke dua belas - aku datang selepas 7 tahun hubungan beliau putus. aku boleh puji beliau, sangat baik. dan aku berharap beliau jumpa orang yang baik sepertinya. beliau layan aku, tak da sikit pon yang kurang. seperti layanan VVIP, tahu?

"sayang tak cantek bagi orang lain, tapi sayang bidadari bagi saya.."

aku dah delete masej-masej nih pon aku masih ingat. damn! ingat lah pelajaran oi!!

kami putus, akibat kesalahan aku sendiri. aku yang mintak putus. jangan tanya kenapa. aku jugak mencarik jawapan tuh sampai sekarang.

selepas beberapa hari kami berpisah, teman wanitanya yang 7 tahun kembali. aku sempat tanya semua nih, sebelum aku unfriend beliau. ternyata beliau masih belum melupai teman wanitanya. beliau masih sayang dengannya.

dan katanya, bakal merisik wanita tersebut pada hujung tahun ini.


jangan tanya aku macam mana. aku tak meraung lagi. cuma menagis.


***

boleh nampak tak situasi yang 'serupa tapi tak sama nih'. yang tak sama adalah siapa yang mintak putus... bekas teman lelaki ke sembilan, pergi ketika masih bersama aku. dan bekas teman lelaki yang ke duabelas pergi selepas aku tinggalkan beliau.

serupa. apabila hati masih pada bekas teman wanita mereka.


eh, ada note selepas list 'bekas teman lelaki'

andai cinta itu bukan milikku,
aku relakan kau pergi..
namun, jika sememangnya engkau untukku,
jangan biarkan aku ditinggalkan sepi...

huh! pegi mampus perasaan nih!




Labels:

19 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)