TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
10 Lagu Dalam Carta Hati Minggu Ini


July 2, 2011 11:43:00 AM


Tahukah anda? Habit aku, tido sambil dengar musik. Jadi lagu-lagu yang tersenarai kat bawah adalah lagu terbaik yang aku ulang-ulang minggu nih.


1. Lalala, It's Love! - Coffee Prince

Ost dari drama korea Coffee Prince. Aku suka bila penyanyi dia sebut perkataan, 'lalalalalala...'.. Sumpah, comel!
Dan disebabkan terlalu fanatik dengan lagu ini, aku cut lagu nih dan jadikan sebagai ringtone untuk fon. Sayangnya tak da orang nak kol... Hahahaha! [klik sini untuk download]


2. Kau kekasihku - Siti Nurhaliza

Lagu nih, bila tengah sedih nyayi memang berbaldi-baldi air mata aku.. Nyayi pulak waktu malam. Peh! Lagi la... Sayup ja rasa. [klik sini untuk download]


3. Grenade - Bruno Mars

Aku suka Bruno Mars! Tambah-tambah bila dia tuju lagu 'Just The Way You Are' kat aku... Lagi la aku tak boleh tido! *berangan* keh keh keh* Lagu nih ada kenangan sebenarnya. Aku cakap pada seseorang, cinta tuh 'Easy come, easy go ja'.... Sekarang boleh la tuju lagu balik kat dia. Boleh? [klik sini untuk download]


4. Kisah Hati - Aliyah

Kisah hati aku sebenarnya! cewah... hahahaha.. Lagu nih macam cerita segala-galanya. Sama macam lagu kedua. Bila feeling tuh datang, meleleh-leleh pulak. [klik sini untuk download]


5. I'm Loner - CNBlue

Lagu korea! Selain dari SNSD dengan Suju, aku minat gila ngan group nih... Diorang ada 3 orang ja.. Yang buat mereka-mereka nih tak femes sebab tak reti menari. Tapi lagu diorang besh siot! Tak caya, sila download! [klik sini untuk download]


6. E.T - Katy Perry

First aku dengan lagu nih, bulan 5 baru nih tak silap. Kat radio Hitz FM. Abang aku cakap lagu nih besh. Sekali dengar, terus jatuh cinta. Plus, aku sangat suka Katy Perry. Vokal beliau sangat bagus... Suka part ' kiss me..kkkkisss me' <---part tergagap tuh! hahaha! [klik sini untuk download]


7. Jar Of Heart - Christina Perry

Sebelum nih aku tak pernah kenal sapa Christina Perry. Lepas ja dengar lagu nih, "wow!" besh gila kot! Tapi bila tengok Maddi Jane nyanyi lagi besh! Pegi la search kat youtube! [klik sini untuk download]


8. Berganti Hati - Anggun

Lagu tema belog nih, oke! Hahaha! lagu nih sedih... Aku suka part 'aku ingin pergi, dan berganti hati'. Sangat-sangat bawa maksud. [klik sini untuk download]


9. Ramalanku Benar Belaka - Payung

keh keh keh... Aku nih layan gak pop 80an... hahaha... Dan mejoriti lagu-lagu dalam laptop aku versi 80an.. Mungkin sebab aku beranak area tahun tuh kot.... Lagu nih, kalo karoke besh nih... Jom karoke! Lama pulak tak mengasah bakat terpendam. [klik sini untuk download]


10. Mengapa Dirindu - Uji Rasyid

Kah kah kah! Lagu nih lagi tak boleh belah! Lagu saloma kot! Caya tak, aku boleh hafal lagu nih? hahaha! Faberet aku kot! tapi versi Uji rasyid yang nyanyi. Suka part 'barang lepas yang kenang, sudah jadi orang baru. Mengapa dirindu?' [klik sini untuk download]




p/s : Lusa aku praktikal.

Labels: ,

18 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)