TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Awek Psycho!


July 9, 2011 6:42:00 PM



Apa itu psycho? Kata dasar dari perkataan psychology. Selalunya, dalam bahasa pasar borong masyarakat malaysia selalu panggil perkataan tersebut mengambarkan keadaan mental seseorang. Contoh ayat :

"Awak nih psycho la!"

maksudnya :

"Awak nih gila la!"

Pernahkah kita terfikir, adakah orang gila memang nak jadi gila? Tak bukan? Dia pon tak mintak macam tuh. Lecture aku (Pn Azween) dia pernah cerita, pasal kisah kawan dia yang gila. Kawan dia ada keturunan gila. Gila nih ada keturunan, sebenarnya.

Tak semua orang boleh kawal emosi dengan baik. Aku salah seorang. Dan aku sangat bersetuju dengan kata-kata seseorang, yang aku nih Psycho. Bila aku pikir-pikir balik. Betul apa yang dia cakap. Kadang-kadang aku sendiri tak dapat kontrol emosi aku.

Keadaan yang buat aku macam nih. Mak ayah aku bercerai dalam tempoh umur aku yang terlalu muda. Sikit pon aku tak salahkan mereka. Itu hak mereka bercerai. Dan mereka lagi tahu cara terbaik selesaikan masalah mereka. Bila mak aku kawen lain, aku rasa sangat tersisih. Abang aku pon sama. (Kami hanya 2 orang adik beradik). Know what, aku sangat manja. Anak bongsu. Dari kecik lagi biasa tido ngan mak. Cabut uban mak. Mana mak pergi, aku akan ikot dia. Aku ibarat bayang-bayang mak.

Lepas mak kawen, dia lagi tumpu pada suami dan anak tiri dia. Aku dan abang aku buat hal masing-masing. Abang aku sangat baik tau. Dia selalu hadiahkan aku kotak pensil, kaler Luna bila dapat markah 100 dalam exam. Mak ayah aku tak bagi pon.

Pernah sekali, mak pergi mana ntah. Kami 2 orang lapar. Abang letih baru balik sekolah. Masa tuh aku umo 9 tahun. Abang aku suruh aku keluarkan duit dia. Dulu, mana ada pakai kad. Kalau ada pon aku tak reti. Berkedek-kedek la aku pergi sorang-sorang, bawak buku bank abang aku, ic abang aku (abang aku baru 13 tahun), dan surat beranak aku menyatakan bahawa aku adik abang aku.

Sampai bank, aku kena halau dengan kerani. Aku menagis kat situ. Depan orang ramai yang tengah beratur. Bank BSN, aku ingat lagi. Pengurus dia keluar. Dia tanya aku :

"Dik, jangan nagis... kenapa nih... Cakap ngan abang..."

"Saya nak keluarkan duit. Sepuluh ringgit ja..."

"Ini buku bank sapa? Mak mana?"

"Mak tak da.. Keluar.. Lapar... Nih abang punya...(sambil tunjuk buku bank)"

Pengurus tuh keluarkan Sepuluh ringgit dari kocek baju dia, dan beri kat aku...

"Adik ambek la duit nih...Abang sedekah.. Bagi tau abang adik, tak boleh sapa-sapa pon keluarkan duit selain orang tuh sendiri."


Aku menangis bila teringat cerita nih. Umo aku 9 tahun. Psycho kan?

Bila aku umor 10 tahun, aku pindah ke rumah ayah aku. Waktu tuh ayah aku dah lama kawen dengan makcik aku (mak tiri). So, that why la.. Aku tinggal dengan tok aku. Aku pernah cerita pasal tok aku dalam entri lepas.

Seorang perempuan normal, akan capai akil baligh nya. Macam tuh jugak aku. Malu nih nak bagi tau. Keh keh keh. Waktu aku tuuuttt, aku tak tahu apa benda. Nak pakai 'roti kering' pon aku tak tau. Aku pergi jumpa jiran aku tanya, macam mana nak pakai pad.

Sedih tau. Sampai aku pernah janji ngan diri aku. Kalau aku ada anak pompuan nati, aku tak nak bagi dia rasa, apa yang aku rasa. Bila umo dia dah 9-10 tahun, aku akan bagi tau akil baligh seorang perempuan. Macam mana nak pakai pad. Aku akan beli bra dan spender kat anak pompuan aku. Sebab aku tak pernah rasa semua tuh!

See, aku psycho kan? Menulis entri pon sambil nagis2... Tak lambat lagi, gila la!

Waktu aku umo 16 tahun, mak aku tinggal kat Sungai Buloh, Selangor waktu tuh. Mak aku balik untuk kawen sekali lagi. Selesai ja kawen pagi tuh, mak aku terus nak balik Selangor malam tuh. Mungkin aku tak paham kehendak pengantin baru. Apa yang aku paham, kehendak seorang anak perempuan terhadap ibunya.
Merayu-rayu aku waktu tuh. Pujuk mak aku jangan balik. Mak aku nak balik jugak. Itu la kali terakhir aku peluk mak aku, tau. So, dah 6 tahun aku tak peluk mak. Dasyat kan? Tak tau la nak cakap apa.

Ada sebab kenapa aku tak boleh peluk mak aku. Dia tak bagi. Aku tak boleh cerita kat sini. Tapi sikit pon aku tak salah mak aku. Cuma, aku terkilan. Dan sedih.

Ayah aku? Dia baik. Dia boleh boleh sembang apa saja. Hal pelajaran, hal agama, hal bissness, hal kereta. Semua dia tau. Sebab ayah aku banyak membaca. Tapi, ayah aku jenis, dia ja nak menang. Aku ikut perangai ayah aku. Aku pon nak menang. Kesannya, aku selalu melawan cakap ayah aku.

Hal -hal kecik pon. Contoh, pasal kasut. Ayah aku selalu marah aku sebab tak pakai kasut bertutup. Kaki aku jenis cepat melecet. Ayah aku tak pernah nak paham. Baru 5 hari praktikal, kaki aku dah berlubang-lubang. Berdarah semua. Kesan pakai kasut boat. Kasut biasa pon aku melecet, ini kan pulak kasut boat. Aku suka pakai benda yang aku selesa. Aku sangat selesa pakai selipar. Aku geram bila ayah aku jadikan isu tuh besar.

2 tahun lepas, waktu aku kerja di Pasaraya Pokok Sena (cawangan Kuala Kedah), aku start keja 1 Ramdhan. Selalunya ayah aku akan hantar lauk. Tapi tak pulak waktu first puasa tuh. Logik tak, orang tak masak untuk hari pertama puasa?. Aku tak boleh masak sebab shift aku sampai pukul 7 malam. Rehat satu jam (sampai pukul 8). Balik tak da lauk. Nak bukak puasa apa?

Buka la peti ais rumah aku sekarang. Apa yang ada? Kosong! Aku bukak puasa dengan maggi. Waktu tuh aku nages sambil makan. Bukan tak bersyukur, tapi berfikir bertapa untungnya 'anak-anak ayah aku yang satu lagi'...
Pukul 10, ayah aku datang, bagi lauk. Dia cakap :

"Kami pon tak masak apa..."

Rupanya lauk ayam masak merah. Beza sangat dengan meggi tadi.

Aku pyscho kan?!

Kadang- kadang aku sembang dengan abang aku pasal family. Dia pon sebak tau. Nih kan pulak aku. Waktu abang aku konvo Degree, aku pergi Shah Alam. Padahal waktu tuh, aku sangat penat kemas rumah. Apa lagi seorang graduate mengaharapkan di hari konvokesyennya, selain family datang?

Aku datang. Ayah aku pon datang. Tapi ayah aku balik awal. Dia datang sehari ja. Tak tido pon. Aku tido rumah kawan abang aku (pompuan). Sedangkan aku tak bawak baju langsung. Sebab abang aku mintak satu benda.

'Hang ada nih, boleh la abang tempah photo. Ayah balik cepat. Hang tangkap gambar ngan abang la... Family dah tak da..."

Aku tak tau la. Aku cepat sensitif benda-benda macam nih. Sama macam konvo aku dulu. Mana pernah tangkap gambar satu family. Mana ada family bagi bunga. Tapi abang aku siap beli bear Uitm tuh lagi. Aku nages tengok bear tuh bila sampai rumah sewa. Ntah la... Aku pon tak tahu kenapa aku nages. Habit kot.

*muka skema tangkap gambar*


Aku seorang yang manja. Tapi hanya manja dengan orang yang aku kenal saja. Kalau berjalan dengan kawan-kawan aku, secara automatik, aku akan rangkul lengan dia. Naseb la sapa-sapa kat sebelah kanan. Tapi kawan pompuan dan boifren je lah...

Kadang-kadang, aku jadi gila-gila. Hidup kena hepi, walaupon sakit. Tak semua apa yang kita nak kita dapat. Aku sangat bersyukur apa yang aku dapat sekarang. Tapi aku ada impian aku sendiri.

Aku mencari jodoh aku, bukan main-main. Aku memang perlukan ikatan. Aku nak seseorang yang kuat mentalnya. Hidup aku macam nih. Bukan aku yang mintak. Sebab tuh dah 12 orang aku kapel. Sama ada orang tuh tak tahan dengan mental aku, atau aku rasa orang tuh tak cukup kuat untuk mental aku.

Kadang-kadang aku terpikir, ada ka orang yang kuat mentalnya? Yang boleh terima aku seadanya. Terima masalah aku? Rasanya macam tak da. Lelaki, kadang-kadang dia tak suka perempuan yang banyak masalah. Baginya tuh serabut. Kan?

"Dan aku tak pernah salahkan dia. Maaflah aku penyebab darah tinggi,kamu. Aku tak da niat langsung. Aku memang bermasalah. Maaf sangat. Kalau aku tau benda macam nih nak jadi. Kau dapat darah tinggi, aku tak kan kapel dengan kau. Aku takkan pernah bagi ruang untuk kau.
Walau pon aku pyscho, tapi aku tak nak menginaya orang. Maaf sangat-sangat. Aku takkan terima kau lagi.
Itu pon kalau satu hari nati kau nak balik ngan aku. Aku tak reti nak hancur masa depan orang.
Maafkan aku. "


Aku psycho. Sekali lagi aku mengaku. Korang sedang baca entri pyscho. Di dalam belog seorang gadis psycho...

Sekian.


Labels: , ,

17 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)