TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Bagusnya Lelaki Matang!


July 22, 2011 5:55:00 PM


Antara salah satu dari beribu (rasanya dah berjuta) pengalaman aku adalah kapel dengan lelaki yang tua dari aku.
Ada tua setahun, ada tua 3 tahun, ada tua 10 tahun pon!

Salah seorangnya adalah AMR (yang tua 10 tahun dari aku). Dia nih matang. Tapi boleh jadi gila-gila. Dia layan ja aku nih macam mana. Keja dia agak masyuk jugak. Design stucture pelantar minyak. Keja bahagian nih memang gaji banyak. Dia pakai kereta Honda Walt. Dan dia ada kondo sendiri. (tak pernah pergi pulak). Tapi sikit pon tak berlagak! Kadang-kadang tuh baru ada Myvi dah poyo gila!

Walaupon bagi aku, taraf hidup dia dan dunia dia berbeza bagi aku, tapi dia tetap layan sama ja ngan semua orang. Aku ingat lagi dia pernah pesan.

"Bila kita jumpa seseorang, jangan sombong. One day bila kita susah, mana tau orang tuh tolong kita" - AMR-



Beza. Sangat beza kapel dengan lelaki yang sama umur dengan aku. Mungkin itu sebab kenapa perempuan sanggup bermadu kot. Lelaki matured lebih memahami wanita. Lebih kurang 70% bekas teman lelaki aku adalah tua dari aku.

Bila kapel sama umo, bukan men lagi! Masing-masing nak menang. Kalau salah sikit, tak da sapa nak mengalah. Gadoh la berhari-hari. Lama-lama benci! Tak macam lelaki matang. Bagi mereka, itu perkara remeh.

"Mintak maaf tak semestinya kita yang salah. " - AZR-


Begitu jugak hal-hal kawen. Lelaki matang TAKKAN cakap nak kawen selagi dia belom ready nak kawen. Bagi lelaki matang, kawen banyak benda nak pikir.

"Saya tak kesah kalau saya naik moto. Tapi saya taknak anak-anak saya naik moto. Saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga saya nanti. Sebab tuh saya perlu kerja kuat sekarang" -M.K.A-

Kalau budak-budak pulak, bila cakap pasal kawen semua orang dia boleh pelawa.


"nak kawen ngan saya?" -ANNOY

Bagi manusia jenis ini, itu hanya perkataan. Yang tak bermaksud apa-apa. Owh! patut la. Tak matured!



p/s : Maaf jika entri menguris hati. Ini adalah dari pengalaman sebenar penulis.

*mature tak bergantung pada umur, tapi bergantung pada cara, percakapan, dan sebagainya.*



Labels:

12 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)