TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Dairi Hari Ini


July 10, 2011 8:03:00 PM

3.00 pagi : Aku terjaga. Tiba-tiba mimpi dak setan (budak tuh budak kelas aku-aku menyampah gila kat dia.) Dalam mimpi, aku tersengeh-sengeh kat dia... Pekesss?? Kenapa mimpi dia? Owh, no! Aku tak rindu dia pon, oke?!

6.30 pagi : Bangun. Siap-siap pegi kerja.

8.00 pagi : Sampai di site. Sembang-sembang dengan kawan aku, Farah.

1.45 petang : Solat zuhur di surau belakang tuh. Oke, nih lawak! Masa rakaat ke 3, dalam satu baris tuh (saf) semua duduk, macam tak nak bangun untuk rakaat ke empat. Orang kanan aku pon sama. Orang kiri aku pon sama. Aku pon sama. Bila nampak ada orang bangun, semua bangun. Yelah. Semua tuh makcik-makcik kot. Lupa la tuh rakaat ke berapa. Aku pon lupa. Tengok, dah tak kusyuk dalam solat. Aku tersenyum-senyum lepas tuh.

2.30 petang : Melawat site Kuartes polis. Projek nih dah siap. Dalam tempoh liabiliti kecatatan (setahun). So, aku dengan sorang lagi budak praktikal, pegi check kawasan kuartes polis tuh. Kot-kot ada yang retak, apa-apa yang tak kena la.

Seriusly, cantek gila kuartes polis baru. Siap almari, kabinet, lampu, kipas, semua ada la. Ada balkoni, ada tempat letak peti ais, letak mesin basuh. Bagi aku, 5 kali ganda better dari umah aku. Menyesal pulak tak amek polis dulu.
*oke, aku tipu* Tak suka jadi polis sebenarnya... Kah kah kah

6.30 petang : Singgah ke Alor Star Mall untuk beli printer. Niat hati nak tolong orang melayu. Tapi aku geram betul dengan servis dia. Cara layanan dia, haish....

Aku tanya dia,

"ini 179 kan? Ink dia stye mana? yang kat luar atau catarage?"

"jenis catarage... oke, meh saya tunjuk. Ada model terbaru, bla bla bla...Rugi kalau beli yang 179 tuh. Sebab nati kena tambah 120 lagi..."

"Aik, kenapa kena tambah pulak?"

"Sebab dia bawak mai sini. Company lain."

Aku pandang dia. 'Sah, menipu!'

"Ini berapa nih?" Sambil tunjuk printer cam cantek sikit. Kaler hitam

"Tak payah sentuh la... 8ratus. Kak tak mampu beli. Tak yah la nak tunjuk. 8 Ratus nih..."

Hak eleh! Setakat 8 ratus ja kot! Macam tuh servis. Blah la weh! Sebab tuh tak maju. Terus aku blah, pegi both lain.

"Ya miss.. You carik printer aaar?" Amoi tanya aku

"Ha'ah... Ini 189? " Aku stye tanya harga dulu

"Yup..You mau macam mana? Printer saja ka? Atau 3 in 1 punya ma?"

"Saya nak printer, scan ngan photostape skali..."

"Ini ada..." Sambil tunjuk printer yang aku sebut 189 tadi.

"Erk, ini memang 189 atau kena tambah lagi seratus?"

"Tak.. memang 189. Skali dengan ink. Jenis catarage."

"Kedai depan tuh suruh tambah 120..."

"Tambah apa? Tak payah tambah apa lor!"


See? 120 tadi untuk apa? Masuk poket? Haish. Buat la keja dengan ikhlas. Maaf la... Aku memang semangat perkauman. Tapi kalau bab meniaga ni, seriusly chiness hebat. Apa kata kita belajar ngan diorang?


Labels: ,

10 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)