TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Diary Seorang Anak Perempuan


July 20, 2011 6:53:00 PM



19 Julai 2011

Pagi tadi aku dipanggil oleh Projek Manager. Bukan aku sorang, bersama 2 orang lagi.

"Saya nak serahkan site diary nih untuk mas (dia panggil aku mas), dan farah. Saya nak kamu record segala keja-keja yang berlaku di site. Selalu saya nampak kamu duduk kat site office ja. Sibuk betul menulis. Tulis apa tak tau la. Bla bla bla... Naik bangunan 2 kali. Pegi waktu pagi sekali, petang sekali. Sebelum balik, saya nak site diary nih lengkap letak kat meja saya. Pastuh pegi carik Encik Azmi (consultant) mintak tanda tangan dia."

Aku telan air liur. Biar betul puan nih? Setiap hari nak rabat (panjat) 16 tingkat menara dan 6 tingkat annex?
2 kali sehari plak tuh? Boleh lunyai aku macam nih.

"Saya pernah berkerja dengan abang awak. Dan saya nak prestasi awak macam dia."

Oke, fine! Benda nih aku rasa berat gila kot! Abang aku lelaki. Stamina kuat. Aku nih? Boleh ka? Keluar ja dari bilik puan, aku termenung.

*agak-agak kalau gambar diambil dari paras nih, korang boleh bayangkan tak berapa tingkat bangunan nih?
Hello, naik nih pakai tangga eh. Tak da nak pakai-pakai lift!*


Balik tuh, aku merugut dekat ayah. Last-last aku kena marah balik.

"adik tak boleh pikir negatif. Tak mati aih kalau buat keja. Kita cuba bagi yang terbaik. Tak pa.. Bla bla bla..."

Sampai aku menagis dalam keta. Rasa macam ayah tak paham aku ja. Last-last pelan-pelan aku cakap :

"dah la ayah..."




20 Julai 2011

Mengantuk gila hari nih. Malas pon tetap kena pegi keja jugak. Setiap pagi, macam biasa breakfirst ngan ayah dulu.

Waktu kat site, aku ada sembang dengan member-member. Owh! Aku terlupa pasal muet. Cis! Macam mana nak sambung degree kalau muet tak amek lagi nih.

Balik, dalam keta aku memulakan perbualan :

"Ayah, nak amek muet sem nih. Kena daftar awal. Nati sem 6 adik dah boleh apply degree."

Ayah pon sembang bla bla bla. Tiba-tiba ayah cerita topik lain. Dia ada bagi tau kat seseorang pasal kami (aku dan abang aku)

"Ayah bukan la nak kata apa. Tapi ayah rasa ayah dah ajar anak-anak ayah cukup dah. Masing-masing boleh paham. Kalau abang tak da duit, adik bagi duit PTPTN dia. Kalau adik tak da duit, abang beralah bagi ayah masuk duit kat adik dulu. Ayah rasa selesa. Anak-anak ayah tak membebankan ayah. Hampa dua dah matang."

Aku pulak balas..

"Ayah tau dak, bila adik umur 20 tahun, adik tak mau makan duit ayah. Seboleh-bolehnya, adik tak mau pakai duit ayah. Nak belajar hidup sendiri."

"Ayah bukan la nak kata apa. Kadang-kadang ada hikmah ayah bercerai ngan mak hampa. Sebabkan bercerai hampa boleh hidup macam nih. Boleh belajar bagus macam nih. Ayah tak payah nak paksa-paksa hampa nak belajar. Hampa dua yang mintak nak sambung belajar. Ayah rasa bangga la."

Seriusly, aku tahan ja air mata tuh. Kadang-kadang (rasanya selalu) aku melawan cakap ayah aku. Aku kadang-kadang tak paham perasaan orang tua. Sedih ar bila ayah aku cakap macam tuh.



p/s : Manusia diuji dengan kesusahan ataupun ujian nikmat yang datang bersilih ganti. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesukaran serta bersyukur menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya apa saja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat. Kesusahan atau nikmat. Hati manusia perlu menerima dengan betul iaitu bersabar jika ditimpa kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat. - masej ni dihantar oleh Siti (member praktikal)


Labels:

11 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)