TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Kecian Laptop Aku. :'(


July 25, 2011 7:20:00 PM


Entri ini mungkin memeningkan, jadi baca la dengan nada pe-la-han.


Terima kasih kepada saudara Fakhri yang tolong scan laptop aku dari jauh. Tolong check laptop aku ada virus ka tak. Beliau mengunakan software gak untuk connect 2 pc dari jauh. Hihihi.

Hari ini, awal-awal pagi aku pegi PC Depot dulu. Kira bukak ja kedai depa tuh, aku lah orang pertama. Tak banyak cakap dah, terus aku ngan muka masamnya cakap macam nih :

"Dah tiga kali ai datang sini.."

Kemudian apek tuh cakap,

"Ada masalah lagi aar?"

"First masa mula-mula ai datang ai dah kasi tau, laptop ai selalu terpadam. You punya orang cakap, laptop ai ada virus la, apa la. You suruh ai format. Oke, ai format. Lepas format, terpadam lagi. Takkan nak format lagi kot. Ai suruh orang you check kipas. Ai rasa ada masalah kipas!"

Dia belek-belek laptop aku, dengar angin kipas. Then, dia cakap,

"You ada warraty la ar??"

"Ada. Ai beli 3 tahun."

"Owh, kalau macam nih, you kena pegi Acer Centre. Satu tahun warranty you
boleh claim kat sini ja. Lagi 2 tahun, Acer punya warranty."

Dalam hati aku dah maki-maki. Haram betul! Waktu aku beli tak cakap pulak, lagi 2 tahun pegi repair kat Acer Centre!

"You pergi kedai Acer kat Jalan Sultanah. Situ agen Acer. Dia boleh tolong you. Ai boleh tolong you, tapi you kena charge ooo.. 70 hinggit."

Bangang tak? dah la aku format hari tuh amek sampai 50 hinggit.

Oke, tak pa. Aku pon blah dari kedai PC Depot *@#&*^@*#& tuh. Dan menuju ke arah Jalan Sultanah.

####

Sampai ja di kedai.

"Laptop saya ada problem. So, sy nak claim warranty Acer."

"Owh, kami dah tak jadi agen Acer dah. Adik kena pi kat Taman Kristal."

Bla bla bla, dia terang kat ayah aku. Aku memang tak tahu sangat jalan kat Kedah nih, walaupon aku membesar kat sini.

Dan berangkat lah aku menuju kedai di Taman Kristal Pulak.

#####

Di kedai tersebut.

"Yes, boleh ai tolong, miss?"

"Owh, laptop ai nih. Selalu shut down. Mula-mula ai ingat virus. Tapi lepas ai format pon stil shut down jugak. Tengah scan. Tengah print. Kadang-kadang laptop ai sampai 50 darjah celcius. Ai rasa something wrong dengan kipas, atau hardware dalam la."

"You ada warranty?"

"Ada. 3 tahun" Dengan yakinnya.

Then, dia pergi check kat komputer dia. Check warranty online. Dalam seminit kemudian, dia datang balik.

"You punya warranty dah expired."

"Hah? Tak. Ai beli 3 tahun. Resit pon ai ada lagi. Dalam buku nih pon tulis ai 3 tahun."

"Ai tahu lor. You beli kat mana laptop nih?"

"PC Depot."

"You pergi PC Depot balik, pastuh you tanya sama dia balik la. Kot-kot dia salah key in no siri you."


*(!&*^#&%!^#%!^&!*(@#&()!*#( !!!!


####

Patah balik, pergi PC Depot. Sampai ja kat kedai, aku lempar resit.

"Check balik warranty ai. Ai tak boleh claim, you tau ka?"

"Oke. You tunggu kejap."


Selepas sepuluh minit...


"Ini macam ar. You nak claim warranty kan? Ai dah kol sama itu Acer Centre. Dia cakap kalau you pergi sekarang, boleh claim lor."

"Ai nak pergi penang? Ai nak pergi naik apa? You ingat ai tak da keja eh?"

"You boleh kalau ai hantarkan. Tapi ai kenakan charge la."

"Sekarang nih, selesaikan warranty ai! Ai nak settle kan warranty ai ja!"

"Oke, oke. You tunggu kejap."


Selepas berapa minit.

"Oke, you punya warranty ai dah hantar ke Acer Centre arr.. You punya email betul ar?"

"No no. Ini email adresss lama." (sambil aku menulis email baru.)

"You kena selalu check email you. Nati dia akan bagi tau la you punya registion warranty you, arr.."

"Urm.. Oke."

"Sorri ar."

Aku diam sambil membelahkan diri.


####

Dalam kereta aku rasa nak nages. Apa la naseb laptop aku. Kecian kot. Sakit. Nak ubat. Doktor jauh. Penang nuh. Pastuh nurse tak nak tolong.

Padahal aku beli kat PC Depot. Patutnya layan terbaik. Sampai laptop nih suruh aku hantar sendiri.

"Ai beli laptop nih kedai you. Ai percaya kedai you boleh setle kan semuanya. tengok-tengok jangan kata nak tolong, warranty ai pon you buat cincai!"

####

Pukul 5 tadi, Acer Centre kol aku. dia cakap no siri tuh silap. Bodoh! Itu namanya wat keja cincai!



p/s : Jangan beli laptop kat PC Depot Alor Star!


UPDATE :


aku baru check tadi (8.30 pm), laptop aku dah dapat balik warranty 3 tahun.
Besok, aku hantar laptop aku ke ejen.
Hantar balik laptop nih ke kilang (Penang)
Jadi, aku tak tau beberapa hari. Tapi amek masa jugak.

Jaga diri baik-baik semua.

Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. =)
14 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)