TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Pelik [ Part II ]


July 1, 2011 1:27:00 AM

Ingat lagi, aku pernah cerita kisah pelik, ex-boifren aku miskol aku tuh? oke. Ini bukan sorang, tapi 2 orang. Ada jugak sampingan yang lain-lain. Tak payah dinyatakan kat sini! Hebat betul semua nih. Boleh hidu aku putus!! Wuaaaaa!!! Hahahahaha!

Aku masih rasa pelik, sebenarnya. Nak cerita pasai dia la! kah kah kah! Tu lah! Sapa suh kol aku... Kan aku dah wat entri. hahahaha!

Nama dia, dirahsiakan. Tapi orang panggil dia 'Bulat'. Sebab dia chubby. Know what, aku suka lelaki chubby. Mungkin sedap ditampar kot.. Hahaha! Dia antara boifren aku yang aku panggil panggilan 'abang'. Bila aku aku panggil seseorang tuh 'abang', means aku sangat sayang dia.. *Rasa nak muntah tak?* haha!

So far, hanya 3 orang aku panggil 'abang'.. First, cinta pertama aku. Second, bulat. And third, A.i.

Apa yang sweet tentang Bulat nih, dia nih layan ja karenah aku... Mula-mula biasa la, aku tak tunjuk la belang kuda belang aku lagi. Malu-malu kucing, tikus dan cicak... Tapi dah lepas kapel, bila keluar ja dengan dia mula la aku.

Aku pon tak tahu kenapa aku jadi cam tuh. Pernah kami keluar shopping complex. Aku rasa marah sangat kat dia. Tapi tak ingat dah sebab apa. Dia nih ada penyakit tau, paru-paru berair. Aku nages kat shopping complexs tuh. nak marah, tapi dia pulak sakit time tuh.... Kalau sapa tahu, kat Sungai Petani, kat Centre Square tuh la aku nages kot! hahaha! Aku banyak kali keluar dating berdua, balik sorang-sorang. *majok!*

Pernah kat kedai makan, aku nages gila! Pastuh, ada abang nih amek order. Dia cakap cam nih...

"dik, order dulu... pastuh, nak nages..nages la.. "

hahahahah! Sampai abang kedai makan tuh cam lah aku...
Bila boifren aku pegi kedai tuh sorang-sorang, dia tanya boifren aku,

"mana awek? tak datang ka?"

Benda yang aku rasa sweet sangat dia nih, bila part dia cuba nak tunaikan pemintaan aku. Tapi dia sendiri tak mampu. Dia bukanlah anak orang kaya. Kalau nak banding aku dengan dia, aku jauh lagi senang. Baju dia jarang bertukar. Tapi seboleh-bolehnya dia nak tunaikan jugak apa yang aku nak.

Ada sekali tuh, aku mintak kat dia...

"abang, ada 2 kupang (20sen) tak?"

"tak da sayang...."

"ala... takkan tak da langsung??? orang nak beli ais!"

*ais yang pop tuh, tahu?*

"sayang, kalo abang nih kaya, jangan setakat ais pop tuh.... sekali ngan koop-koop (koperasi) tuh pon abang beli!"

Dah la cakap kuat! Satu blok kos aku bantai tepuk tangan. Serius, malu!

Sweet kan? Macam mana dia pernah cakap kat aku, 'tak pernah rasa bahagia macam nih', macam tuh la aku rasa.
Perot dia agak buncit sikit.. Aku suka tampar perot dia... Jahat kan aku? Comel bila dia buat muka marah! Sumpah rindu!

Aku selalu balik rumah (Alor Star) naik ketapi. Walaupon ke Sungai Petani. Sejam ja pon. Malas nak naik bas, sebab berhimpit-himpit. Biasanya dia akan tunggu aku kat Stesen ketapi.. Satu hari tuh, dia cakap kat aku,

"abang tak sampai lagi, SP (sungai petani). nati ayang sampai dulu kot..."

So, turun ja ketapi terus jalan tak peduli apa dah.... Tiba-tiba aku dapat satu masej.

"Cantek bear kat beg tuh... bila beli?" - Sender, abang

Aku terus pandang belakang! Bayangkan berapa lama dia kat belakang aku? Jahat kan?


###

"mimpi apa kol aku nih? " -aku tanya dia

"ntah la.. tergerak hati..."


p/s : Pelik. Kadang-kadang hidup nih memang pelik!


Labels:

15 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)