TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Respon Lelaki Matang


July 23, 2011 7:31:00 AM

Banyak-banyak komen (sikit ja komen) yang diterima, ada ayat yang buat aku tersenyum.

"Memahami pun kalau tak jadi pun, nak buat macam mana kan?"

Aku mula-mula pikir negatif jugak. Mamat nih mengutuk aku ka? Atau dia tuju pada general? Kita pikir la positif. Hanya tuan badan yang tahu, kepada siapa yang dia tujukan.

Part "tak jadi". Dalam perhubungan, aku mengaku aku tak jadi. Tapi satu ja soalan aku nak tanya pada semua.

"Adakah orang yang berpasangan hari ini, target dia memang nak break selepas 4, 5tahun?"

atau

"Adakah orang yang berkahwin hari ini, targetnya akan bercerai selepas beberapa bulan?"


Ada kah manusia cam tuh? Kalau aku pon, dah target awal-awal nak break, aku tak jalinkan hubungan. Hoi, rugi masa! Rugi duit! Rugi kreadit!

Satu benda yang kita semua kena ingat. Apa yang berlaku dalam diri kita (tak yah amek pasal negara. Ambek contoh diri kita cukup), semuanya adalah Qada' dan Qadar. Termaktub dalam rukun iman ke 6. Kadang-kadang bila apa yang berlaku kat kita, kita salahkan Tuhan. Kita tak redha apa yang ditentukan untuk kita. Maknanya tak percaya pada rukun iman yang ke 6 la tuh ( Betulkan aku jika aku salah)
Dan aku percaya apa yang berlaku dalam diri aku, adalah Qada' dan Qadar untuk aku.


Aku rajin menyembang. Satu hari tuh, aku rasa jelos kat jiran aku. Pasangan suami isteri, Kak Shemah dan Abang Not. Keluarga diorang nih biasa ja. Tapi sangat sweet. Setiap pagi abang Not bawak Kak Shemah dengan anak dia yang kecik sekali (Aidil) pergi makan kat Kopitiam Alor Star. Naik moto oke! Jarak kalau membonceng moto, dari Kuala Kedah ke Alor Star dekat 20 minit cam tuh.

So, aku tanya Kak Shemah .

"Kak shemah, Tah (panggilan aku) nih macam tak lekat laki la... Asyik break ja. Frust arrr.. Frust!"

Lalu, Kak Shemah pun menjawab,

"Kak Shemah dulu bertunang 8 kali. Sampai mak Kak suruh Kak mandi bunga."

"Abes, Kak Shemah kawen ngan Abang Not tuh?"

"Abang Not hang tuh, yang ke -9. Kak Shemah tak kenal pon dia. Dulu cinta ngan orang lain."

Aku terdiam. Kemudian Kak Shemah sambung lagi,

"Dalam hidup kita, tak boleh putus asa. Kalau kita jatuh, kita bangun. Tapi, kalau usaha kita tuh tak berhasil kita kena ingat, jodoh, rezeki, ajal maut semua ditangan-Nya."


Arrasso?


p/s : Ingat aku suka ka nak kapel banyak-banyak? At least aku tak curang oke. Kata la apa nak kata.
I know my self very well.


Labels:

5 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)