TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Rojak


July 4, 2011 7:27:00 PM

AMARAN : ENTRY INI SANGAT PANJANG!



Kisah Satu : Praktikal

Hari ini adalah hari pertama praktikal. Hanya berbaju t-shrit pink dan berseluar jeans sudah cukup bagi aku. Malas nak bergaya lebih-lebih. Bukan nak pegi Pavillion! Kah Kah Kah!

Sampai ja di main office, aku ditegur oleh 3 lagi sahabat yang juga sama praktikal dengan aku hari ini. 2 dari UTHM dan seorang dari Politeknik Kulim. Setelah dibincang-bincang, member aku yang polytech Kulim tuh dapat site di Institut Kemahiran Belia Negara, Jitra (IKBN). Salah seorang dari member UTHM tuh dapat projek di Ibu Pejabat Daerah Yan, Kedah. Dan aku berserta seorang lagi member UTHM (nama dia farah) ditempatkan di site Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah.

Masalah mula-mula, adalah kakak di main office tuh suruh bergerak ke site terus. Aku tak da lesen! Even, kenderaan sendiri! Oke, aku akan cerita kisah nih dalam Kisah Kedua.

Sampai saja di site,ada 4 orang member yang sama praktikal disitu. Soalan pertama adalah :

"dari mana?"

Semua member-member aku tuh adalah dari universiti. USM, UTHM, UIA pon ada. Aku? Hanya la Politeknik Sultan Azlan Shah. Sangat rasa kedil, oke!

Waktu makan, Farah dan Siti (UIA) balik rumah. Sebab rumah diorang dekat ja disitu. Sangat-sangat terasa, bila yang lain-lain tak ajak aku join makan sekali. Padahal diorang tahu yang aku tak balik rumah. Sangat, sangat, sangat, sangat TERASA! Pompuan-pompuan tersebut tersangat la kerek. Ada yang oke. Tapi aku rasa sangat karek. Macam tuh ka layan budak praktikal? Awak tuh pon praktikal jugak. Beza masuk awal 2 bulan ja. Huh!

Kesannya, aku jalan kaki pegi makan gerai depan tuh sambil masej dengan lalink aku. Thanxs sayang!

Ini adalah kali kedua aku praktikal. Memang tak sama langsung dengan tempat dulu. Yelah, dulu company cikai ja. Kontraktor kelas C. Projek setakat 2 juta. Apa barang? Yang company sekarang kontraktor kelas A, projek 50 juta. So, sangat la beza!

Petang, selepas makan aku dan Farah, dibawa melawat ke site. Ada 2 bangunan sebenarnya. Satu menara, satu lagi annex (tak tau nak spell). Menara tuh ada 16 tingkat dan berkembar dengan annex, 6 tingkat. Kami naik dari satu-tingkat ke satu tingkat. Nama pon Ibu pejabat polis, jadi ada la lokap-lokap semua. Tak jauh beza pon dengan bangunan lain. Cuma, security lagi kuat la. Dan, akhirnya sampai la ketingkat 16..



Ini la pandangan seluruh Alor Star dari tingkat 16.
Know what, aku seorang yang gayat. Tapi, aku try jugak tak tunjuk takot tuh.. Hahaha

Menara Alor Star pon dah nampak sama tinggi. Nampak tak kren yang sebelah kiri tuh. Sempat jugak kami melawak dengan pakcik kren, suruh dia turunkan kami guna kren ke bawah. Kih Kih Kih

Fakta : Gaji orang yang mengendalikan kren adalah RM 150 = sejam. Setiap hari, paling kurang 8 jam berkerja. Jadi, kirakan lah. =)




Kisah Dua : Lesen

Waktu aku diberitahu oleh kakak di main office, 'pergi ke tempat site masing-masing', aku jadi gubra semacam. Aku tak da lesen! Motor tak da, keta pon tak da!

Aku mintak tolong Farah, supaya pergi dengan aku sekali. Malu sebenarnya. Seboleh-bolehnya, aku tak suka mintak tolong orang. Tapi keadaan sangat terpaksa. Kat main office aku tuh tak da bas lalu. (Jalan Putra, Alor Star)

Aku sebenarnya geram dengan ayah aku. Kenapa tak kasi aku buat lesen moto? Suka samakan aku dengan mat rempit. Ikot hati, nak ja buat lesen curik-curik. Tapi aku takot tak berkat pulak. Kang excident, tak naya?

Ingat lagi entri kasut? Sampai sekarang, ayah aku tak ajar lagi. Kecewa sebenarnya tapi dah agak dah!

Teringat waktu aku pegi kursus driving KKp, yang 5 jam tuh... Pengajar tuh tanya,

"sapa kat sini yang tak reti bawak moto?"

aku angkat tangan.

"awak, tak reti bawak moto langsung?"

"ha ah... saya tak reti langsung."

"kereta?" dia tanya lagi

"kereta pon tak reti."

"abes, awak amek lesen apa nih?"

"saya nak amek lesen D (kereta)"

"kenapa tak mau amek lesen moto?"

Dengan sedih dan pandang mata dia, aku cakap...



"ayah saya tak bagi..."

Lama dia tenung mata aku. Sampai aku tersenyum-senyum.. Cantek sangat kah aku nih? Tergodakah dia?
Keh keh keh

"Adik, jangan simpan dendam kat ayah ya. Ada sebab dia tak kasi amek lesen...."

Sumpah, aku sangat sebak waktu tuh. Lama weh aku tunggu. Nak dapat lesen. Susahnya. Kerja aku bukan jenis pergi satu tempat ja. Kalau projek dekat jauh, jauh la pergi. Kalau dekat, dekat la.. Bila tak da lesen dan kenderaan, sangat rasa...... Urm, paham kan??




Kisah Tiga : Cuti & Kerja

Aku bercadang nak pegi Key Ell minggu depan, berjumpa dengan seseorang. Baru dapat boleh pegi sebab duit PT baru masuk minggu nih. Tapi aku kerja sabtu dan ahad. Jumaat ja cuti. Kecian kan? Aku sangat serabut. Tak tau macam mana nak selesaikan masalah jiwa nih. Kalau tak jumpa, tak selesai masalah. Kan bagus kalau doremon bagi aku pintu suka hati. Senang ja keja aku.


Untuk awak, saya try untuk jumpa. Nati saya inform lain. Plus, saya baca belog awak.
Sudah-sudah la. Penat tau. Kita jumpa nanti, kita settle.

Saranghae!



Kisah Empat : Warna Kaseh

Semalam, aku dan lalink aku ada wujudkan satu belog baru. Warna Kaseh. Belog ini adalah berkisar tentang cerita-cerita pendek berkenaan dengan hati. Jadi sapa-sapa berminat untuk menghantar karya, boleh la emailkan pada aku - lautan.teh@gmail.com

Jangan lupa follow, dan like di fesbuk kami. =)


Sekian sahaja entri untuk hari ini. Rasa nak mandi, nak makan, dan nak tido. Maaf, sangat penat naik tingkat 16. Ini la kesan bila tak warming up dulu. Keh keh keh.






Labels: , ,

16 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)