TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Step Lelaki-Lelaki Yang Hadir Dalam Hidup Aku


July 15, 2011 7:30:00 PM

1. Kawan Biasa


Biasanya 'kawan biasa' adalah titik permulaan dari apa pon perhubungan. Macam tuh jugak aku. Dari tak kenal langsung, sehingga la kepada kawan. Dalam tempoh berkawan, aku akan lihat potensi dirinya. Adakah dia sesuai dengan aku untuk step yang seterusnya? Jika tak berjaya, kekal la dia dengan title, kawan biasa.

Dulu-dulu (sekarang malas nak buat dah), aku suka blind date. First time jumpa aku akan simpulkan macam mana lelaki tuh. Dari semua keadaan. Kalau lelaki blind date nih lain sikit. Sebab target dia perhubungan yang khusus. Jadi, segala-galanya aku akan pantau dia. So, far aku reject blind date atas sebab, bau badan, cara percakapan (terlalu cakap bagus), kedekut (first time jumpa suh aku belanja. Memang tak la!). Lepas blinde date, jangan harap boleh jumpa aku lagi. Kah kah kah

Lain pulak dengan lelaki yang aku kerap berjumpa. Hari-hari jumpa. Aku akan lihat jugak potensi dirinya. Selalunya kalau jenis ini aku reject untuk naik step seterusnya disebabkan, perangai (mungkin kuat maki, kuat marah), faktor umor (biasanya, aku lihat kematangan seseorang lelaki. Tak semestinya orang tuh berumur tapi beliau matang) dan lain-lain la.

Jika seseorang lelaki dari blind date dan kawan harian lepas dari 'ujian pemantauan diri', mereka naik ke step seterusnya.



2. Kawan Baik

Kawan baik biasanya aku akan cerita masalah aku. More kepada personal life. Waktu di step yang pertama tadi-kawan biasa, potensi diri seseorang tuh boleh menerima atau matang dengan masalah. Aku biasanya akan rujuk dengan orang-orang macam nih. Know what, aku lebih selesa menceritakan masalah aku kepada lelaki dari perempuan. Kepala hotak lelaki nih kadang-kadang lagi bagus dari pompuan. Tak dinafikan.

Kebiasaannya, bila seseorang lelaki yang pernah aku cerita masalah aku kat dia (sambil nages-nages) aku akan cepat 'suka' pada dia. Naluri manusia biasa, bila orang care kat kita, kita rasa macam selesa dengan orang tuh.

Seriusly, dalam banyak-banyak step lelaki dalam hidup aku, aku sangat suka lelaki di step ini. Rasa jadi diri sendiri tau. Waktu dalam step nih, lelaki macam tak kesah macam mana cara percakapan aku. Cara tingkah laku aku. Just the way you are! Tak macam di step yang seterusnya, kadang-kadang teman lelaki suruh ubah tingkah laku.

Biasanya kalau lelaki jenis kawan baik ini, hanya setakat step ini, mungkin disebabkan perhubungan. Samaada dia dalam perhubungan atau aku dalam perhubungan. Agak sedih sikit, sebab kadang-kadang tuh masing-masing dah ada 'perasaan'. Tapi disebabkan perhubungan dengan orang lain, maka kekal lah sebagai kawan baik.




3. Teman Lelaki

*gambar hanya 18 thn keatas.*


Aku bahagikan kepada dua.

a) Teman Lelaki Tak Jadi.

Lelaki jenis ini 'lulus' dalam step yang diatas. Tapi atas-atas sebab tertentu, kami tak boleh menjadi satu pasangan. Kenapa? Biasanya lelaki yang menjadi boifren aku akan diuji terlebih dahulu. Aku bukan perasan bagus. Tapi ini perlu sebab aku mencari suami sebenarnya. Suami aku perlu 'kuat'.

Kategori ini memang jenis lelaki tak kuat. Kadang-kadang beliau datang bukan dalam masa yang sesuai. Pernah aku tolak seseorang (ekceli bukan seseorang), sebab mintak kapel waktu aku tengah frust. Waktu aku frust, meme aku tak suka hubungan ngan sapa-sapa pon. Then, orang tuh terus kapel dengan orang lain, selang seminggu kemudian. Dalam hati, aku bersyukur tak dapat dia. Nampak dia bukan betul-betul ikhlas nak dapatkan aku.


b) Teman Lelaki (jadi)

Selepas 'in realationship' pon, lelaki ini tetap akan di uji. Aku akan uji sampai kawen. Beranak pinak pon. Mungkin pengalaman masa lalu buat aku hati-hati sikit.Jangan percaya 100 persen.

Wow, waktu nih memang tak lekang ayat LOVE. Macam tiap-tiap hari ungkapan ayat tuh. Masej setiap masa. Tangan tak lekang dari sms. Bibir tersenyum-senyum dapat masej dari si dia. Walaupon cinta yang hadir bukanlah cinta pertama.

Indahnya saat nih, Tuhan saja yang tahu. Kadang-kadang, bila sampai waktu macam nih aku harap masa dapat berhenti. Biar kami bersama macam tuh. Sebab aku tau, bahagia yang selalu kita dapat, takkan kekal.

Dalam tempoh nih, macam-macam halangan. Macam-macam ujian. Dari diri sendiri. Dari pihak luar. Dan biasanya, aku tak cukup kuat dengan halangan-halangan semua nih. Dan teruslah ke step berikutnya.




4. Bekas Teman Lelaki


Biasanya, waktu mula-mula break aku akan 'hilangkan diri' dari lelaki terbabit. Aku sebenarnya amek masa untuk pulihkan diri aku. Sampai aku rasa betul-betul kuat untuk hadapi lelaki tersebut.

Kebiasaanya, bekas teman lelaki aku yang selalu mencarik aku balik. Walaupon pada dasarnya, kadang-kadang silap aku sendiri. Aku sangat bersyukur yang tuh. Lelaki. Kawan lebih penting dari personal relationship.

Bila mereka balik tegur aku, alhamdullilah. Waktu tuh memang aku rasa better. Boleh gurau-gurau. Kadang-kadang ada yang melawak nak berhubungan balik. Kira waktu nih, aku boleh cerita masalah aku. Dan dia pon sama. Kadang-kadang ada yang cerita masalah gurlperen mereka. Aku open ja. Sebab aku kenal teman lelaki aku macam mana. Aku boleh bagi nasihat sikit-sikit.

Tapi, nak sampai situasi bergurau-gurau tuh cukup payah. Biasanya, 2,3 tahun baru kami boleh sembang rancak macam tuh. Kalau setakat break bulan lepas, bulan nih carik aku, memang kena maki. Serius!




Aku selalu set dalam kepala hotak aku, lelaki yang bergelar BEKAS TEMAN LELAKI, takkan boleh jadi teman lelaki lagi. Aku dah tau peragai dia. Dah tau kisah dia. Dah tau baik buruk dia. Agak susah sangat aku nak terima balik.

Dan aku pernah bagi tau pada salah seorang dari bekas teman lelaki aku,

"kalau hang masuk minang aku nati, aku takkan terima hang!"

Kenapa? Sebab dia dah failed peringkat teman lelaki. Ibarat macam nih. Kita belajar. Tapi failed ja memanjang. Agak-agak dapat ka graduate?

Tapi tak mustahil juga kalau aku terima orang yang sama balik. Bergantung dengan keihlasannya.

Tapi aku prefer lelaki baru. Iaitu dari step yang pertama, 'kawan biasa'.


p/s : dan bila semua step yang diatas berjaya, maka insyallah aku berdoa supaya dijabkabulkan =)


Labels: ,

13 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)