TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Surat Untuk Kekanda


July 5, 2011 7:26:00 PM


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Kehadapan kekanda yang dikasihi.
Apa khabar kanda disana? Sehat kah? Cukup makan kah? Ketahuilah wahai kekanda ku yang dicintai,
bahawasanya adinda di sini tersangat la sehat. Namun sedikit keletihan akibat berulang alik ke tingkat 16.
Setiap tingkat adinda kena check. Kecian pada ayang adinda bukan?

Jika kekanda ada disamping adinda sekarang, kanda la tempat adinda meluah segala cerita yang terpendam. Walaupon keletihan, adinda tidak pernah sesekali melupai kekanda.

Tahukah kanda, site engineer adinda agak kacak? Pekerja-pekerja myammar tidak kurang segaknya? Dan abang penjual nasik briani (lunch tengah hari tadi) boleh tahan macho? Ketahui lah kekanda, adinda sikit pon tidak goyang dengan semua itu. Kasihnya dinda pada kanda, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Maafkan adinda kerana membandingkan mereka dengan kanda. Sekelian alam tahu, kanda la yang paling macho,
paling comel, paling hensem, paling segak, paling kacak, dan segala paling lagi la (di hati dinda ini).

Sudah 2 purnama lebih kita berpisah jauh. Adinda di sini tersangat lah berharap agar ke-egoan kanda yang sebesar tembok besar china itu akan runtuh jua. Tidakkah kanda merindui dinda di sini? Walaupon kanda keberatan untuk memberitahu, dinda ingin berbicara jua. Dinda rindu kanda, tahu? Sangat!

Maafkan lah adinda, wahai kanda. Adinda tidak pandai berkarang pantun, berpuisi puitis. Apatah lagi bermadah berhelah. Namun, surat ini khas buat kanda. Kerana saat ini, dinda sangat sangat sangat sangat sangap merindui kanda. Ampunkan lah bahasa surat ini yang macam celaka sweet ini. Dinda menulis pakai hati. Jadi, kanda baca lah pakai hati. Agar, kekanda dapat merasai apa yang dinda rasai selama ini.

Salam sayang buat kanda yang jauh nun disana.

Kanda, saranghae!


Yang merindui mu selalu,

S.M.S


####


Sampai kan lah salam, cintaku padanya
Walaupon terluka, namunku merindu.....



p/s : Untuk awak : Saya harap awak senyum. Senyum ja, tak mintak apa pon! =)


UPDATE : Dia senyum weh!!! lalalala!

Labels:

14 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)