TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Tok Part V - Tikus dan Pizza


July 11, 2011 8:03:00 PM

Baca entri lepas : Part I, Part II, Part III, dan Part IV

Semalam, ayah aku bagi lauk. Biasanya macam tuh la. Tok aku hanya masak nasik. Lauk ayah aku bagi. Semalam lauk ikan sambal. Tok aku letak atas dapur. Dan tudung la lauk tuh. Then, bila aku nak makan tengok lauk tuh dah hilang. Kecik hati gila! Sampai hati tok aku makan lauk tuh! Aku lapar! terus aku pegi tanya dia.

"Tok makan semua lauk tuh? Tak tinggal kat adik pon!"

"Lauk mana? Aku tak makan lagi la..."

Then aku pergi check balik. Tak kan tikus?

Panjangkan leher.

Ya Allah, Lauk aku ada kat bawah. Tikus bawak lari. Kurang ajar betul.

"Urm.. tak pa lak tok... Tak da rezeki... Tikus bawak larik..."

"Ha...? Aku usaha tinggal lauk tuh kat hang. Jahatnya tikus nih. Aku pon tak makan lagi... bla bla bla"

*Tok aku beleter kat dapur sampai sejam. Besok tuh (hari nih la) ayah aku datang, dia beleter kat ayah aku pasal tikus tuh pulak... *


###


Semalam kan aku beli printer. Dapat kupon KFC/Ayamas/PizzaHut 20 hinggit. Bila aku pikir-pikir balik. Nak makan pizza la... dah lama tak makan. Aku kuno sikit. Pergi la petang tadi. Beli kecik ja. Aku pilih seafood (thai), yang 16" ja... Aku beli untuk adik aku sekali.

Sampai kat umah, tok aku nampak aku dok potong pizza tuh... Dia tanya :

"Apa benda tuh? Bagi aku sikit."

"Potong, nak bagi kat tok la nih... Pi amek pinggan."

Sambil mengunyah pizza tuh, dia tanya aku.

"Hampa suka beli benda mahal-mahal."

Jangan tak tau, tok aku pon makan Big Apple oke? Apa benda yang dia tak makan. Semua kami bagi dia rasa.

"Sedap dak tok?" Aku tanya dia

Dia geleng.

"Tok ni... Tak reti makan!"

Pastuh nampak dia jilat-jilat cheese.

"Ceh! kata tak sedap! Hahahaha"



#Seriusly, rasa seronok bagi family makan pakai duit sendiri. Aku tak boleh nak cakap rasa macam mana. Nampak tok aku makan ngan gelojoh tuh, nak nages pon ada. Nak tergelak pon ada. Harap-harapnya nati, dia ingat la aku.#


p/s : Lifeboy kaler oren wangi jugak kan? =p


Labels:

8 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)