TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Kejadian Diatas Bas


August 13, 2011 6:11:00 PM


Aku balik lambat sikit hari nih.. Hujan. Lebat pulak tuh. Setiap hari aku akan naik 2 bijik bas untuk sampai ke rumah. Total pegi balik ialah 4 bijik bas. Masa tunggu bas yang pertama tadi, punya la lambat. Sebab aku terlepas bas. Then ada bas lalu, tapi di sekat oleh barisan penunggang basikal. La Tour Di Langkawi kah?

Dalam hati, "Sabar mashitah. Akan ada bas lagi..." Sambil keling-keling jam tangan.

Akhirnya sampai jugak bas. Sebenarnya bukan nak cerita bas pertama, tapi bas kedua. Ha ha ha!

Waktu aku sampai, bas macam gaya-gaya nak jalan dah. Waktu aku nak naik bas tuh, tiba-tiba kawan sekerja aku dulu panggil.

"Shetah! Jangan naik bas tuh. Penuh..."

"Alah kak.. Shetah nak balik la.. Ni bas last... nanti nak bukak posa lagi..."

Last-last aku naik jugak. Berada di bahagian belakang bas dengan penuh budak-budak lelaki berumur lingkungan 13/14 tahun. Ada lebih kurang 2 geng nih. Aku pandang geng yang pertama. Peh, satu geng bertindik subang.
Adakah mereka tahu, jika seorang lelaki menindik subang selagi lubang tuh tak tertutup dia tak boleh mewalikan anak perempuannya. Ah! Budak-budak muda. Aku jadi takot kalau ada anak macam nih. Mula la aku bayang jika aku ada anak lelaki bertindik telinga. Memang kasi penerajang sedas dua!


Tiba-tiba bas brek mengejut! Aku terhoyong hanyang sedikit.

"Kak, duduk sini kak..." Salah seorang dari geng kedua.

"Eh, tak pa... Tak pa...." Sambil memandang ahli kumpulannya. Peh, isap rokok atas bas! Tak respect ramadhan!

"Kak... Walaupun kami jahat, hati kami baik, kak... Duduk la..." Kata budak tuh lagi.

Akhirnya aku duduk...


"Terima kasih. Lain kali puasa, eh..."

Si penerokok tadi tersenyum malu. Salah seorang kawan-kawan mereka mula menegur aku.

Budak : "Kak.. Asyik masej senyum-senyum ja..."

Aku : " =) (senyum)"

Kawan budak : "Ish... hang nih...! Tanya lagi... Kak tuh tengah masej ngan boiferen dia la... Betui dak,kak?"

Aku : "Ish.. pandai la hampa.. Umur berapa hampa nih?"

Kawan budak : "Kami umur 15."

Budak : "Kak umur berapa...?"

Aku : "Hampa agak-agak kak umur berapa..?"

Budak : "Urm... 16 tahun?"

Aku : "Hahahahahahahahahaha! 22 la!"

Budak : "Lor... Alah silap sikit ja tuh... "

Budak : "Urm, oke lah kak.. kami nak turun nih... Babai kak... Jaga diri..."

Aku : "Mengaji rajin-rajin tau! Besok puasa!"

Kawan budak : "Oke kak... Assalamualaikum."

Aku : "Waalaikummuasalam."


#banyak yang aku belajar dari budak-budak nih sebenarnya.
First, kita tak boleh judge orang berdasarkan pancaindera kita. Second, kita tak tau apa masalah budak tuh yang makin rosak. Mungkin hidup dia sangat tertekan. Third, budak-budak sekarang dia bukan suka mak bapak dia membebel tiap masa. Mak bapak sekarang patut tukar cara mendidik. Jadi kawan kepada anak-anak. Aku harap budak-budak nih berjaya dunia akhirat. Amin.

Memang tak boleh dinilai seseorang itu baik atau tidak berdasarkan hanya dengan bercakap dengan dia atau memberikan kita tempat duduk. Tapi, aku tak rasa budak-budak nih jahat. Masih dapat selamat lagi.


p/s : Suka bila dia kata muka aku cam budak umur 16 tahun. lalalalaa~

*macam budak umo 16 tak? ^__^*


Labels:

15 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)