TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Untuk Ko,Sabridah.


August 12, 2011 9:39:00 AM

Seingat aku, aku kenal ko waktu aku tengah mengalami kekacauan jiwa. Waktu tuh bila aku baca belog ko, aku rasa macam ko seorang yang sombong. Selalunya pompuan cantek nih sombong ja. Keh Keh Keh. Then, bila ko tau aku ada masalah jiwa, ko datang dan bagi nasihat kat aku. Walaupon dalam masej aku nages sambil cerita masalah aku kat ko. Dan ko macam tau aku sedang menagis...

"Nages la puas-puas mashe..."

Setiap hari ko akan masej aku. Kalau tak aku yang masej ko. Bulan-bulan posa nih lagi la. Kebetulan kita berdua berkerja, dan naik pengangkutan bas awam untuk ketempat keja. Kebetulan, cinta kita pada lelaki yang berumur 2# tahun. (tapi orang yang berasingan). Kebetulan, ahhh! Banyak nya kebetulan antara ko dan aku.


Sab, dulu aku ada seorang kawan. Macam ko. Bezanya aku memang kenal dia. Aku dulu satu dorm ngan dia. Tapi lepas aku keluar dari IKM, aku makin rapat dengan dia. Aku nama kan dia, A. Setiap hari A akan masej aku. Setiap masa. Macam aku masej ngan boifen dan masej ko sekarang.

Kami sangat rapat sampai mintak sambung diploma ditempat yang sama. Alhamdullilah, kami belajar satu tempat sekarang. First day aku disana, dia tunjukkan roomate barunya. Waktu tuh aku tak bercakap langsung dengan roomate aku, Fara. Aku tinggalkan Fara sorang-sorang. Tapi aku terus pegi ke bilik A. Aku tak nak A sorang-sorang. Sapa kata A sorang-sorang? Dia juga ada roomate, N.

Selepas A rapat dengan N, dia seolah-olah lupakan aku. Aku ditinggalkan sorang-sorang. Waktu tuh aku nampak A sangat bahagia berkawan ngan N. Aku jelos, sab. Tapi aku sabar lagi.

Naik sem 2, kami sama-sama pindah dirumah sewa. Aku satu bilik dengan A. N dia bilik sebelah. Aku pon ada wat silap. Aku panas baran. Ko tau kan, Sab? Satu hari, aku kecik hati dengan A. Sebab dia tengking aku. Aku lari ke toilet lepaskan air mata kat situ. Aku tak boleh, sebab sayang kan dia. Aku rasa macam saudara.

Lepas tuh, kami tak bercakap langsung. Sehinggalah aku keluar dari rumah tuh. Sem 3, aku tinggal dengan orang lain. Kawan kelas aku jugak, tapi tak berapa nak rapat sangat.



Aku pernah cakap kat diri aku. Aku tak nak kawan betul-betul dah. Aku takot kena frust lagi. Putus kawan pon sakit. Sehinggalah aku jumpa ko,Sab. Aku rasa macam cermin. Aku nampak ko dalam diri aku.

Aku harap hubungan nih kekallah selamanya. Kalau aku buat salah, satu hari nanti maafkanlah aku, Sab. Aku harap kita boleh berjumpa, walaupon jarak kita terpisah selat melaka.

Terima kasih,Sab. Sentiasa ada disisi aku. Ada waktu tangis dan gembiranya aku. Aku tak ramai kawan. Walaupon nampak ja macam aku nih peramah.

Aku sayang ko, Sabridah!



Labels:

11 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)