TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Anak Derhaka


September 28, 2011 6:51:00 PM
Mood tak stabil 2,3 hari nih. Pegi keja boleh gelak-gelak ngan orang-orang site. Ada ja bangla, konsultant, pakcik-pakcik dengan karenah masing-masing yang buat aku ketawa.

Balik ja rumah, aku jadi tak da mood. Bukan dekat rumah. Dalam perjalanan balik rumah. Aku sebenarnya tak suka ayah aku datang dan ambil kerja. Aku rasa benda tuh membebankan ayah aku. Tambah-tambah ayah aku suka bising bila aku lambat sikit. Uih, pantang! Pagi-pagi kalau lambat, terus kol! Risau sangat anak buah dia lambat pegi kerja.

Aku ada masalah ngan anak buah ayah aku tuh. Pompuan yang jenis tak rasa bersalah menyusahkan ayah aku. Dah umur 25 tahun. Dah bekerja cekgu pun, tapi masih menumpang ayah aku pegi hantar dan balik. Oh, dia anak yatim. Sori la, aku bukan tak simpati. Cuma apa yang aku paham, tak kira lah dia tuh anak yatim atau tidak, dah umur 25 tahun, takkan tak boleh berdikari lagi?

Bila anak buah ayah aku tinggal serumah dengan ayah aku (aku tak tinggal serumah dengan ayah), segalanya ayah aku jaga. Hati anak mana tak terusik kalau ayah lebihkan anak buah dari anak sendiri? Aku nih rapat dengan ayah. Dan aku mengaku aku jelos tengok ayah aku care gila kat budak tuh!

Sampai aku merayu-rayu mintak buat lesen kereta waktu aku cuti sem (bulan 5 hari tuh). Ayah aku beri alasan, anak buah dia ada kursus. Tunggu anak buah dia abes kursus dulu. Buat sekali.  Sampai nak buat lesen pon tunggu?

Oke, fine.. Aku tunggu. 2 bulan cuti aku kosong tanpa ada apa saja. Then, selepas 2 bulan aku start praktikal. Keja 6 hari seminggu, waktu bila nak belajar? Lagi menyakitkan hati, anak buah ayah aku failed ujian komputer (first test).  Seriusly, aku rasa tak percaya bila seorang cekgu failed ujian komputer driving. Bukan susah sangat pon! Dua kali ujian, 2 kali failed!

Bulan puasa, aku gadoh ngan ayah aku sebab nih. Aku suarakan rasa tak puas hati aku. Sebab aku geram! Disebabkan anak buah aku, aku lambat buat lesen. Kacau dengan praktikal aku. Aku terpaksa mintak cuti, dan cuti aku melebihi 5 hari (aku kena topup hari praktikal pulak). Ayah aku tak paham!

Aku tunjuk protes, naik bas hari-hari pegi kerja. Dua biji bas. Boleh ja. Siap turun bas, jalan kaki lagi. Tapi aku rasa puas. Kenapa? Sebab aku berdikari. Tak da orang nak kejan-kejan (gesa-gesa) aku. 

Oke, itu pasal anak buah ayah aku. Anak-anak ayah aku yang lain pon. Aku nih, kalau orang tanya, ada adik tak?

"Ada.. Adik tiri."

-Aku tak mengaku budak-budak tuh adik aku.

"Dia boleh walikan hang nanti." -- Abang aku.

Aku dah terasa hati dari dulu. Waktu diorang kecik-kecik pon, selalu tanya kenapa panggil 'ayah' diorang 'ayah'?

"Pi la kat ayah hampa. Nih ayah kami."

Dan aku jugak terasa bila duduk dirumah tok aku. Tak pa la, jaga tok satu. Hal-hal dalam rumah. Macam sabun mandi, ubat gigi, syampoo, dan paling penting, baju hari-hari. Semua tuh aku beli pakai duit sendiri. Dari mana duit? Dari kerja. Dari pinjaman PTPTN. Sebab tuh, jangan tanya kenapa duit aku cepat abes. Aku dah cukup jimat cermat. 

Bila semua benda-benda nih aku pendam. Aku jadi dendam. Aku rasa tak puas hati. Jadi jiwa aku memberontak. Dulu, waktu aku umur 15/14 tahun, ayah aku larang aku pakai seluar jeans. Katanya, pakai jeans tuh sosial! Tau apa aku buat?

-Aku beli seluar jeans yang ketat dan aku pakai depan ayah aku. 

Memang. Aku memang anak derhaka. Nak ajar aku waktu-waktu dah 'buluh' nih? Waktu aku 'rebung', kenapa tak ajar?

Dulu la, aku lawan dengan perbuatan. Sekarang aku pikir jugak, tak da faedahnya untuk aku. Tapi sekarang, terus terang , aku tak rasa keserasian langsung dengan mak bapak aku. Aku tak boleh lupa apa yang diorang buat pada aku. Orang cakap maaf. Aku dah maaf kesalahan diorang. Aku sayang. Tapi aku tak boleh lupa. Parut tuh, buat aku jadi tak puas hati sampai sekarang.

Dan sebab tuh, bila ayah aku cuba nak betulkan pendapat dia, aku melawan. Aku akan pertikaikan. Kenapa dari dulu tak pernah buat? Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang nak paham? Sebab baru cakap? Tak cakap, selagi tuh tak paham.

Bila sepanjang hidup aku, tak da orang amek tau hidup atau mati, bila sekali care kat aku, aku tak selesa! Sumpah tak selesa!

# Aku cuba jauhkan diri dengan mak bapak aku. Itu cara terbaik supaya aku tak melawan diorang lagi. Aku lupa, rupanya  dan 12 tahun aku tak tinggal dengan diorang. 

Maaf mak, ayah. Adik anak derhaka.




Labels:

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)