TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Emosi


September 27, 2011 7:39:00 PM

Sapa-sapa yang kenal aku, mesti tahu aku seorang manusia yang jenis menagis. Hati aku rapuh. Cepat rapuh. Atapatah lagi bila dalam keadaan 'bulan penuh' di tambah dengan penat bekerja dan ditambah lagi dengan beleter ayah aku, dan lagi teruris bila balik rumah melihat hanya ada nasik basi.

Korang tau tak, tok aku yang dalam entry aku lepas-lepas, dah tak boleh jalan. Sebelum nih, kadang-kadang dia yang masak nasik. Dan selalunya aku beli luar ja. Penat weh. Keluar 7 pagi, sampai rumah 7 malam. Kerja kalau duduk bertenggek kat opiz, tak da la letih sangat. Ini keja, kejap pegi sana-sini. Dan sekarang nih, maklong aku yang masak nasik semua kat rumah. Dia lah dok menjaga tok aku.

Aku rasa ringgan beban aku sikit. Selama nih biar aku sorang-sorang jaga. Sedang-kan tok aku ada anak menantu. Pi mana habih?

Kadang-kadang, aku jelos ngan kawan-kawan aku. Balik sekolah/kerja, mak siap kan makanan. Baju mak basuhkan. Sepender pon mak basuhkan. Rumah mak dah kemaskan. 

Aku start darjah satu (7 tahun), basuh baju sendiri, ion sendiri. Makanan? Dulu aku tak reti masak. Aku harap tok aku ja masak. Waktu tuh dia sehat dan kuat lagi. Bila aku dah dewasa, aku masak sendiri. Rumah aku kemas, itu pun setiap hujung minggu. 

Waktu duduk asrama dulu, tiap-tiap minggu aku tunggu jugak kalau-kalau pakcik guard buat annocement, "kepada Siti Mashitah kelas perdangangan, diminta ke hadapan sekarang. Ada waris ingin berjumpa."

2 tahun kat teknik. Sekali pon tak pernah. 2 tahun kat ikm. Pon tak da sapa jeguk. Ayah aku tolong hantar barang, awal tahun. Macam tuh jugak kat poli. Tak pa la, sekarang dah besar. Aku tak kesah sangat.

Aku bukan apa, terasa tengok nasik basi tuh. Sambil menitik air mata aku, sambil tuh aku cakap kat diri,

"kan bagus aku ada mak..."


*****

Seminggu sebelum raya aidilfitri.

Satu SMS yang berbunyi.

'Adik, hang dengan abg tak payah balik raya nih. Mak tak larat nak masak makan untuk hampa lagi. Hampa besar dah. Pandai-pandai la nak raya mana pon.......'




Nota kaki kudis # Kawan aku boleh nages baca masej tuh. Tapi aku boleh senyum waktu tuh. Sekarang, memang aku nages. Sebab aku rasa ada ka mak aku, ada ka ayah aku, macam tak da.

Terpulanglah nak kata apa kat aku, macam dalam fesbuk tuh atau apa saja korang boleh kata. Aku dah penat dah. Orang cakap, 'pikir la,sekurang-kurangnya kau ada mak bapak.' Apa guna ada mak bapak, tapi tak da kasih sayang?
Cakap la apa saja nak cakap, korang kan pandai menilai!


Tak semua anak itu jahat. dan tak semua mak bapak itu baik. 


4 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)