TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
BFF


October 11, 2011 9:33:00 PM

Dulu, aku ada BFF (BFF#1). Sangat rapat sampai setiap masa masej. Bangun tido, masej gud morning. Tido masej gud nite. Bila BFF#1 belajar sama tempat dengan aku, mula berjumpa kawan-kawan lain yang lebih HOT dan lebih awesome dari aku, pelahan-lahan tinggalkan aku. Aku takkan lupa apa yang dia buat. Sampai aku dipulaukan satu rumah sewa dan lebih dasyat, dipulaukan didalam kelas.

Disaat aku sorang-sorang makan di kafe. Sorang-sorang pindah rumah lain. Sorang-sorang study, seorang lagi BFF#2 datang tegur aku. Sama seperti BFF#1, sentiasa masej. Walaupun BFF#2 nih di beri amaran supaya jangan berkawan dengan aku, BFF#2 nih, buat derk ja...

Tapi, BFF#2 nih ada boifren. Mula-mula aku ingat kalau kawan antara perempuan pon, si pakwe takkan jelos. Nope! Lelaki nih lain. Sebab tuh aku tak paham lelaki. Boifren si BFF#2 aku nih, jelos sebab BFF#2 selalu masej aku. Ada ja topik. Dan lebih banyak masej dengan aku berbanding boifrennya sendiri.

Aku terasa.

Beberapa bulan lepas, aku jumpa lagi BFF#3. Seperti BFF sebelum nih. Bila boifren dia tahu yang kami kerap masej dan, awal pagi pon dah bergosip sakan, mungkin kena tegur. 

Aku makin terasa.

2 Kali dah macam nih. Mungkin tak da apa-apa dari pihak BFF atau pon boifren BFF. Tapi, aku terasa. Aku adalah punca jelos boifren BFF.


Nota kaki kudis : Bila aku dah sayang BFF, aku lebih sayang dari boifren aku sendiri. 
Ya, ex boifren aku jugak pernah jelos.


Labels:

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)