TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Bos


October 4, 2011 7:41:00 PM

Kalau dikira pengalaman aku secetek ini, hanyalah 2x sahaja berkerja. dan 2x menjalani latihan industri (praktikal). Macam-macam gaya bos aku jumpa.

Pernah bekerja di bawah bos lelaki. Bos muda dan tua (Anak dan ayah). Si ayah oke la. Slow. Maksud aku, slow tuh, tak reti nak manage company. So, dia bagi isteri dia handle. So, aku pernah la kerja ngan bos perempuan. BTW, bos yang dulu tuh sangat la tak cerewet walaupon perempuan.

Tak nak cerita tentang bos lelaki, sebab biasanya lelaki tak banyak songeh sangat. Perempuan nih. Lebih-lebih lagi kalau bos perempuan yang cerewet.

Oh, ya. Bos aku sedang pregnant sekarang. Jadi banyak la benda yang tak kena di mata dia. Kadang-kadang tuh, rasa nak jerit ja dalam opiz tuh. Geram. Bayangkan selama nih, ada 2 orang staf kerja, dan 2,3 orang praktikal (Total = 7 orang), sekarang tinggal aku sorang-sorang nak handle semua tuh. Cerita kenapa aku sorang-sorang, selanjutnya klik sini.

Sebulan. Aku sorang-sorang kat opiz tuh. Segala benda kena buat. Aku sabar dan cuba tenangkan hati sambil berkata. 

"Tak pa.. Aku kan praktikal. Aku kena belajar semua nih."

Jadi segala benda yang aku buat adalah ikhlas. Sanggup balik lambat. Bawak balik kerja opiz sampai rumah. Padahal, aku nih praktikal ja. Elaun seciput tuh jugak. Lain la kalau kerja, ada OT.

2, hari lepas. Masuk kerani baru. Bos aku terus suruh aku dengan kerani baru tuh susun barang (angkat rak dan meja---suruh bangla buat. aku bukkannya Incredible Hulk!) Kata bos aku, kerani baru komplen, boring tak da kerja. Nak kerja. Peh! Berani betei cakap cam tuh. Dia tak tau lagi kerja betapa banyakknya kat situ.

Then, aku tanya bos, oke tak susun macam nih. Aku rasa macam tak selesa. Sebab meja dah makan ruang. Jadi, aku cakap dengan bos macam nih.

"Puan, nanti meja nih kalau penuh ngan budak-budak praktikal,jadi sempit."

--- "Tak da isu sebenarnya budak praktikal. Budak praktikal tak penting pon! budak praktikal boleh duduk bilik mesyuarat. Budak praktikal tak patut duduk opiz sebenarnya."


Peh! Aku sangat-sangat la terguris hati waktu tuh. Owh. Budak praktikal tak penting?

-Bukan kah budak praktikal nih yang buat site diary, naik sampai 16 tingkat even bulan puasa? Ada bos (Project Manager) naik? Tak!
-Bukankah budak praktikal yang selalu hantar surat? Kalau tak da budak praktikal, Project Manager nak pegi hantar surat? Tak!
-Bukankah budak praktikal nih yang kena buat presentation untuk Site Meeting? Project Manager sanggup buat?
-Bukkankah budak praktikal nih yang buat report proggress setebal 100+ muka surat dengan 15 jilid sorang-sorang? Project manager sanggup ka photostape semua?

Kalau aku nak berkira, dari A sampai Z pon boleh. Setakat satu cawan pon, sanggup biar berkulat, semata-mata nak suruh orang basuh, pastuh boleh cakap budak-budak praktikal tak guna! 

Aku jadi benci kat bos aku! Dan kerja, aku makin buat halai balai (nak tak nak ja).

"Yelah, budak praktikal kan tak penting?"


Nota Kaki Kudis : Seorang bos, dia tak tau perkataan 'buat takat kemampuan'. Yang dia tahu, 'buat ini. Lepas nih, ini dan ini. Kemudian ini. Saya nak siap hari nih jugak!'




Labels:

5 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)