TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Kisah Kerani Bodoh


October 18, 2011 8:56:00 PM
1 Oktober 2011 (Sabtu) : Aku dimaklumkan yang kerani baru akan masuk. Sesungguhnya aku sangat-sangat la berdoa supaya kerani yang bakal masuk dapat ringankan kerja aku. Yelah, sebulan aku buat kerja sorang-sorang

***

3 Oktober 2011 (Isnin) : Kerani baru masuk. Umur 26. Dan banyak cakap. Erk, aku jenis manusia yang susah nak cakap dengan manusia yang baru aku kenal. Jadi aku kekok. Hari pertama aku ingat lagi dia pernah cakap macam nih kat aku ;

"Erk, nanti bagi tau la keja apa yang kak kena buat."


Lalu, aku balas.

"Urm, mula-mula nih mungkin banyak sikit. Sebab kita tak cukup staf. Oke, hari nih kami (aku bahasa kan diri kami - sebab 'aku' mungkin kurang hajar bagi orang yang lebih tua) ajar kak buat DO (delievey order).
Setiap hari, akan ada barang sampai ke site. So, setiap barang sampai tuh kita kena rekod. Kak isi borang nih ikut tarikh. Contoh, kalau 1 oktober, kak tulis setiap barang tuh sampai hari itu."

"satu hari, satu kertas?"

"ye.. satu hari satu kertas. setiap resit-resit DO nih, akak kena photostape, sebagai simpanan kita. Yang ori kak tulih nih, nanti kena bagi kat main ofiz bila ujung bulan nanti. Sebab ini semua nak buat bayaran balik. Ah, lagi satu.. Konkrit kena letak fail lain. Jangan campur dengan barang-barang hardware."


Panjang lebar aku terang, tau apa dia balas? 


"Urm, besok-besok la akak buat."


Aku tersentak disitu. Peh. Hari pertama dah macam tuh. Aku caba bayang macam mana hari seterusnya.


"Ikut kak la. Tapi, setiap hari kena rekod barang sampai. Kalau tangguh nanti jadi banyak. Lepas kak buat, kami nak amek sebab nak tulis dalam Site Diary"


***


5 Oktober 2011 (Rabu) : Aku separuh hari kerja hari nih. Sebab ada kelas memandu. Jadi, aku jumpa bos aku untuk remind dia yang aku half day.

"Puan, saya half day hari nih tau..."

"Owh, awak pegi belajar kereta? Erk, mas jap lagi buat ini pastuh ini, ini dan ini."

-Disebabkan nak selesaikan kerja tuh sebelum tengah hari, aku tak sempat makan tengah hari. Aku bagi tau kakak kerani tuh pegi la makan.

"takkan akak nak keluar makan sorang-sorang kot?"

"selama nih saya sorang-sorang keluar makan, boleh ja.. kenapa kak tak boleh pulak?"

Terus dia amek henfon dan mendail no khairul (Site Engineer) Tau apa dia buat? Siap order makan kat site engineer. Peh. Sapa buli sapa nih? Ha ha ha


***


6 Oktober 2011 (Khamis) : Aku tengah kalut buat kerja, kakak kerani tuh asyik panggil-panggil aku.

"Kak bosan la!"

"Kalau kak bosan, cuba buat DO tuh. Bosan la sebab tak buat kerja."  direct ja aku. 

***


11 Oktober 2011 (Selasa) : Bos aku tiba-tiba datang ke tempat kerani dan cakap sesuatu pada dia.


"Ain**, nanti kol kelvin. Cakap suruh datang site ofiz."


"No dia puan?"  , dia tanya balik.


"Jangan tanya saya mana nak carik nombor. Itu bukan kerja saya. Pandai-pandai awak la."


Lalu aku menyampuk.


"Kak, tepi dinding sebelah kak tuh, segala no telepon ada."


***


13 September 2011 (Khamis) : Tiba-tiba kakak kerani tuh panggil aku. 

"Mas, akak ada good news"

"Apa benda?"

"Akak dapat interview. Kerja cekgu."

"Bila interview?"

"Isnin depan"

"Owh, akak bukan nak cuti hari Sabtu nih? Bukan ke kak nak pegi exam insurans kak tuh?"

"Ha ah.. Akak nak lajak hari la.. Sabtu, Ahad ngan Isnin. Kak nak bagi alasan apa ar?"

*Disebabkan aku agak kelurusan bendol, aku ajar dia berbohong.

"Kak ada pak mertua?"

"Tak da dah meninggal"

"Dia stay mana?"

"Kat perak. Kenapa?"

"Akak cakap pak mertua akak sakit. Akak urgent kena balik Perak, sebab suami akak outstation. Nak hasil terbaik, akak kol puan tengah malam, atau subuh."

Ekcekeli, aku tak tau mana idea gila nih aku dapat. Kemain dia terima kasih kat aku. Katanya idea aku bernas gila.

*Khamis aku juga separuh hari. Sebab aku masih belajar kereta.



Part Klimaxs

15 Oktober 2011 (Sabtu) : Aku datang ofiz. Bos aku cuti sabtu (minggu pertama dan ketiga). Kakak kerani sudah aku sedia maklum yang dia tak datang. Aku tengok atas meja dia, ada lebih kurang 6-7 surat berserta note-note diatasnya. 

Aku hanya baca, dan bila aku pikir balik  - Kenapa aku nak buat kerja kerani plak? Kang, memandai-mandai pulak. Ntah-ntah dia dah settle ka apa ka?

***

16 Oktober 2011 (Ahad) : Bos aku datang dan bertanya kan pasal surat Gondola. 

"Erk, bukan Mas buat..." puan aku sendiri yang cakap

Then, puan aku pegi ke tempat kak kerani dan terus terkejut tengok banyak surat atas meja dia.

"Ini kenapa tak pos nih? Nih, kenapa tak settle? Nih semua dah boleh hantar!"

"Puan, saya half day khamis lepas. Semua nih Kak Ain** yang buat. Kang kalau saya buat, salah nanti dia marah saya."

"Tak da, nih ikut dari note yang dia buat nih. Urgent. Hantar sekarang! "

*****

Selepas settle surat2 tuh, aku settle kan claim. (Kena rujuk DO - Delievey Order). Bila aku tengok atas tray meja kerani tuh, aku bengang gila. Kenapa tak update?

Aku tau apa kerja dia. Setakat buat DO dan surat ja. Main fesbuk ja banyak. Nak banding ngan aku? Huh, aku main fesbuk pon, aku buat kerja!

Lalu, aku hantar sepotong masej khas buat kak Ain** tuh.

"Kak, maaf eh. Nak cakap sikit. Nanti DO tuh kak update la. Nak buat claim susah. DO tuh kena update tiap2 hari, bukannya seminggu sekali. Kalau bz, 2 hari sekali pon tak pa. kami takkan suruh kak buat kerja tuh kalau benda tuh bukan tugas kak. mana nak buat kerja yang kak tinggal lagi. kerja kami pon tak settle."

Tau apa dia balas?

"aku tak suruh pon hang buat pon DO tuh. Kerja aku, aku tau la apa nak buat. Bukan susah pon aku nak buat. Claim hang kena buat ka? Bukan kak yana(main ofiz) kena buat?"

Panas je hati aku baca masej tuh. Aku nak cakap bodoh pon ada. Nih la padahnya, companny amek orang yang bukan dari bidang awam nih. 

*Setiap bulan akan ada claim untuk kerja-kerja di site.

Aku tak balas masej tuh. Membiarkan perempuan yang bodoh sombong tuh!

****

8.15pm - Henfon aku berdendang lagu Bruno Mars. Masej sampai. Dari kak bodoh tuh;

"kak tanya puan, dia kata dia suruh hang carik DO untuk claim. Bukan suruh hang buat DO pon."

wah wah wah... Kemain... Nampak silap aku? Peh... Silap sendiri tak nampak pulak, ye kak?


Last aku reply masej dia ;

"Kak, DO tuh kita buat claim. Yelah, kak betui. Kak kan kerja lama. Dah 2 minggu. Kami nih baru 3 bulan ja. Tak pa, terima kasih banyak-banyak"


Waktu tuh aku menitis air mata. Nages teresak-esak. Rasanya last aku nages meraung macam tuh, waktu aku putus cinta beberapa bulan lepas. Hanya satu aku terpikir, kenapa dia sanggup call bos aku? Untuk apa? Nak mengadu pasal aku? Padahal aku tau apa sebab dia cuti. Tak boleh settle keja sebelum cuti? Kenapa tinggal macam tuh ja? 

Memang aku geram. Dan mak long aku cakap, aku jerit macam orang gila malam tuh.

***

17 Oktober 2011 (Isnin) : Aku datang ja pagi tuh, terus dipanggil oleh bos. 

"Awak marah Ain** ka? Dia bagi tau awak masej dia marah-marah"

"Puan, boleh saya cakap sikit?"  terus amek kerusi duduk. Padahal bos aku belom duduk lagi pon. Pedulik hapa!

"Saya hantar masej, siap mintak maaf pada awal masej nya. Saya cakap benda yang betul. Puan tau mana saya cari DO semalam? Tuh dalam tray dia tuh. Puan tau bila dia last update? 4 Oktober. Hari nih berapa haribulan dah puan? 17 hblan dah. 

Oke, macam nih la puan. Saya bagi situasi dalam ofiz nih. Ada kita 3 orang. Puan, kak Ain** ngan saya. Puan leader, puan bagi kerja kat kak Ain**, then puan rasa sapa kena buat kalau kak Ain** tak nak buat? Saya kan puan?

Puan, saya nih penat tau. Site diary lagi saya pengang. Kerja pak berahim (M&E - *mekanikal and electical) lagi saya buat, kerja Khairul (Site Engineer) lagi saya buat, puan lagi bagi kerja. Saya nih sampai balik pukul 7. Bawak balik lagi kerja tuh kat rumah. Saya nak praktikal ja puan. Bukannya kerja. "

*kerja pak berahim dengan khairul tak banyak sangat ekcekeli*

Then, bos aku mencelah.

"Saya tak suruh awak balik pukul 7"

"Ye puan, saya buat dengan kerelaan hati. Sebab puan bagi saya kerja hari tuh. Dan seboleh-bolehnya saya nak selesaikan hari tuh jugak. Kita tak tau apa nak jadi besok. Ntah-ntah MC ka, tak boleh datang, sapa yang nak selesai kan keja kita yang tertangguh tuh?

Saya, walaupun half day, saya buat kerja saya bagi setlle. Baru saya pegi belajar memandu. Sebab saya tak nak Kak Ain** tuh buat kerja saya. Pastuh dia pulak marah-marah saya sebab usik kerja dia. Apa dia puan?"

Bos aku terdiam. Mungkin tak menyangka aku yang selama nih diam, akhirnya bersuara.

"Urm.. besok, dia dah datang saya akan panggil awak berdua. Saya kena clearkan kerja Ain** tuh. Dia staf yang dibayar gaji. Dan awak, budak praktikal yang dibayar elaun. Saya dah paham keadaan sekarang."


Huh, puas hati aku! Sekali ngan bos aku pon aku brain wash. Silap banyak la perempuan bodoh tuh nak mengadu pasal aku. Aku ada banyak point lagi nak hentam dia. 

***

18 Oktober 2011 (Selasa) : Hari nih mesyuarat dengan subcon (Sub-kontraktor), Aku paling awal. Dan kak Ain** paling lambat. Waktu dia datang, aku dah siap masukkan kueh dalam piring, balut plastik, bancuh air, susun cawan di bilik mesyuarat. Owh, ya. siap print minit mesyuarat yang aku masuk bulan lepas lagi.

Dia? Aku rasa dia tak tau pon mesyuarat hari nih. Erk, lupa pula nak bagi tau. Konsultant pon tak tau yang mensyuarat hari nih. Subkon pon tak tau. Bila semua tanya aku, hanya satu jawapan aku bagi.

"Entah la.. Bukan saya yang buat surat. Saya tgok kat note tuh tulis, semua dah call. Kerja tuh bukan kerja saya. Kerja kerani"



Nota kaki kudis 1# kadang-kadang manusia nih bila kita buat baik, orang pijak kepala. Huh, silap kepala la hang pijak, kakak bodoh!

Nota kaki kudis 2# Thanxs to Siti Fadzilah Hashim. Dengan aku nages macam orang gila. Cuba naikkan semangat aku balik.

Nota kaki kudis 3# Lagi 1 bulan 2 minggu aku praktikal. Huh, sabarlah!



Labels:

11 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)