TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Selamat Ulang Tahun


December 5, 2011 12:01:00 AM

CHAPTER I : LIFE


Orang-orang tua selalu pesan, langit tak begitu cerah. Means akan ada 'ribut' atau 'taufan' melanda. Sepanjang tahun nih, entah beribu-ribu kali rasanya aku menagis. Hidup, kadang-kadang tak kuat juga. 

Sepanjang tahun ini, hanya satu sem bergelut dengan buku-buku, test, kuiz dan assigment. Sem seterusnya, ingatkan lebih releks, lagi tension adalah. Praktikal paling memenatkan jiwa raga. Dapat ngan bos cerewet gila bab#, buat aku mencarut hari-hari. 

Hah, peduli apa? Arkitek pon aku sound direct. Peduli apa dia ada status 'IR' sekali pon? Peduli apa dia gaji 300 sehari pun? Dia tak da hak nak buat orang lain macam kuli. Owh, nama ja 'budak praktikal' untuk buat kerja-kerja kuli? 

Aku menjadi benci dengan segelintir manusia yang ego bila berada diatas nih. Makin berpangkat besar, makin bongkak. Tahu,ada yang tak sebegitu. 

*********************

CHAPTER 2 : FRIENDS

 
"Kawan menagis sukar dicarik" - yups, memang susah mencari. Awal tahun, membawa diri ke rumah sewa baru. Yang aku sendiri tak rapat dengan budak-budak sewa. Bukan dihalau, tapi dibenci berada dirumah lama. Kenapa perlu hipokrit kalau dah benci? Pindah jelah.

Suasana baru, orang pon baru. Allhamdullilah, se-tension macam mana pon aku di rumah sewa baru, banyak kenangan manis aku bersama manusia-manusia disitu. 

Berjumpa kawan-kawan praktikal memang la sangat menyeronokkan. Happening gila budak-budak tuh. Siap sebelum diorang semua tamat LI, macam-macam hadiah yang aku dapat. Tak dapat bayangkan macam mana. Rasa nak nages bila sorang demi sorang tinggalkan aku. Yelah, aku sorang ja praktikal 5 bulan kat situ.

Dua bulan bersendirian. Dua bulan makan berseorangan. Nages tak payah cerita la. Terpaksa telefon member-member yang jauh, sebab tak da member terdekat nak berkongsi cerita. 
Alhamdullilah, rintihan hamba ini dedegangari juga. Aku terima kawan baru yang satu kepala disaat aku hampir tamat praktikal.

*************

CHAPTER 3 : LOVE


Cinta - Azam tahun lepas, aku nak bina sebuah 'realationship' baru. Konunnya, aku suda masuk umo 22, sudah boleh pikir soal kawen. 

Aku rasa, beratus lelaki aku kenal tahun nih. Awal tahun berbaik semula dengan kekasih lama. Dan cinta putus pada tengah tahun. Waktu tengah final exam lagi. Waktu tuh, sangat la malu dengan member-member. Asyik nak nages ja. Aku lari masuk toilet. Member tanya, aku cakap sakit perot. 

Kemudian, berjumpa dengan seorang yang aku ibarat 'prince charming'. Ayat sentiasa berbunga-bunga. Sampaikan setiap saat aku tersenyum-senyum. Bahagianya, tak payah cakap la. Macam cinta pertama.

Ntah kat mana silapnya, aku buat satu kesilapan yang buat dia tak boleh terima aku. Keterlanjuran kata buat dia rasa jemu dengan aku. Dunia aku kelam waktu tuh. Tekanan darah turun secara mendadak.

Aku cuba berlagak normal. Konunnya nak tunjuk aku pon boleh hidup. Boleh, walaupon kadang-kadang tuh rindu sangat. Kalau boleh nak ja hantar masej. Kang kena maki percuma. Erk... Tak nak la aku.

Wujud dua lelaki serentak. Dua-dua menyatakan suka pada aku. Hati yang dah penah sakit, tak mudah terima orang macam tuh ja. Jadi aku beri tempoh untuk diri sendiri. Aku nak  kenal hati budi dengan lebih lama lagi.

Seorang sudah berkejaya. Tapi, aku tak boleh terima dia. Ntah. Mungkin disebabkan banyak kali aku tertipu, susah aku nak percaya lelaki.

Lelaki kedua, tak jauh mana pon dengan tempat aku. Kami lebih rapat bila dia selalu cerita masalah dia pada aku. Katanya diganggu seorang perempuan. Akhir sekali, perempuan yang dibenci tuh juga dia kapel.

Macam mana aku nak cakap kat diri sendiri lagi? Konunnya, masih ada lelaki baik. Setiap kali aku jumpa, semuanya sama.   

Aku serah ja pada ALLAH Taala. Kalau ada, ada la.

********************


05 December 1989 - 05 December 2011

SELAMAT ULANG TAHUN. 22 TAHUN (2011)


Nota kaki kudis : Setengah benda aku dah dapat capai untuk tahun nih. Cuma sedikit terkilan dengan hubungan yang selalu tak jadi. Owh, mashe... Bertabahlah!

Labels: , ,

9 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)