TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
i want to active my blog back!


March 9, 2012 1:49:00 PM

Assalamulaikum =)

Rasanya, dah lama aku diam dan tak menulis apa-apa entry. Tak tahu la ada yang masih ingat atau tak. Mula-mula aku ubah URL, dan menyepi rasanya bermula November 2011. Ada jugak aku update. Sebulan sekali. Tak macam dulu. Setiap hari. Bajet #retis nak update hari-hari? hahaha

Bukan ja belog nih aku menyepi, juga dari belog aku yang satu lagi, Warna Kaseh. Aku remove diri jadi admin kat situ. Maafkan aku sab. Aku terpaksa. <---- Macam drama petang-petang. 



Aku betoi-betoi agak bizi sepanjang 3,4 bulan ni. Dengan broadband yang tak berbayar, lagi menyusahkan aku nak update entry. Kadang-kadang tuh melepak kedai mamak. Tapi segan kalo sorang-sorang. Jadi aku ajak bapak aku teman. Orang-orang tua bukannya suka main-main fesbuk, update belog semua. Lepas 5 minit pertama, cabut lari la bapak aku tuh.

Awal tahun, aku dah start buat FYP (final year project). Macam orang gila jugak la. Tapi still tido lena. Hey, tido tuh wajib. Bulan 2, aku bizi dengan MUET. Takda lak bizi study pon. Bizi ulang alik dari Tg Malim ke Alor Star.

Aku baru 4 bulan dengan lesen P. Sekali aku mintak keta kat bapak aku, terus dia bagi. Padahal dalam hati takot nak bawak highway walaupon aku dah pernah bawak dengan bapak aku. Ini aku bawak sorang-sorang. Perasaan dia lain macam sikit. Macam, ah ah... 



Banyak-banyak jalan sepanjang highway tuh, bapak aku paling risau dengan jalan ni. Almaklumlah banyak kes kontrol histeria berlaku kat jalan ni. Kalau tak silap aku, yang kes Bas Sani Experess yang penumpang terputus kepala sebab langgar divider jalan tuh, dekat jalan ni jugak kot.

Bapak aku suruh bawak 60km/h ja? Memang tak la. Aku paham maksud bapak aku tuh. Kancil tak boleh bawak lelaju, kang terbalik. So, aku up sikit, 80-100km/h.  Aku ni bagus kan? Ikut cakap orang tua-tua... Hahahaha


****

Bukan main panjang ja mukadimah aku nak bukak entry kan? hahah. Naseb ko la. Sapa suh baca. Wakakaka.


NotaKakiKudis : aku benci hujung minggu. selalunya makan sorang-sorang, tido sorang-sorang! akh!

Labels:

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)