TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Inilah Puncanya


March 28, 2012 6:30:00 PM
Assalamualaikum  =)

Pertama sekali, aku nak mohon seribu kali kemaafan kalau-kalau ada yang terguris pasal entry lepas. 
My fault. Dah la tulis lelaki jahat lak tuh. Kejam betoi.

No, no. Ada lelaki tak jahat. Den mengaku tuh.
Sekali lagi maaf. Melampau lak rasa suka suki pegi tulis cam tuh. 
Tulis dalam keadaan marah, memang cam tuh
#Lain kali istifar dulu sebelum tulih entry#

Lelaki yang terbaik dalam hidup aku adalah :

 Ayah
Aku tak boleh hidup kalau dia tak da. Dulu, masa umor aku dalam 7,8 tahun (masih dalam hak penjagaan mak), aku memang benci gila kat ayah. Kalau ayah datang ja sekolah, aku lari-lari.
Lari pulak kat dalam toilet. (Toilet lelaki lak tuh - Gila busuk!).
Ayah aku ketuk la pintu bilik air tuh. Sampai sejam. Aku tak nak tengok muka ayah waktu tuh.
Balik lah ayah, tanpa lihat anak dia. 
#Nak nages dah#

Bila hak penjagaan bertukar pada ayah, bila umor aku 10 tahun, aku nages hari-hari. Masa tuh dalam hidup hanya ada mak. Ayah, kami tak kenal. Ayah bawak jalan-jalan. Tengok wayang. Supaya kami tak nages lagi. Cian ayah, tak pandai pujuk, tapi nak pujuk jugak.

Bila ayah lebihkan anak dia yang lain, aku jadi cemburu. Kalau takda adik-adik tuh, aku yang bongsu. Rasa tak adil. 
Sebab tuh, aku mula jauhkan diri ngan ayah. Sampai beria-ia nak pindah sekolah teknik. 
Ayah tak kasi pon, still melawan.
#Ayah cakap aku keras kepala#

Aku tak boleh belajar naik moto. Abang pon sama. Alasannnya, moto tuh bahaya. Aku selalu memberontak. Sikit-sikit tak bole. Kalau nak mati tuh, kat mana pon boleh. Padahal, ayah cukup sayangkan kami. Tapi, since dah dapat lesen kereta, ayah pulak offer, 

"Tak nak keluar jalan ka? Bosan kan kat umah.."


Masa kali pertama aku keja,aku merajuk ngan ayah. Ekceli, aku banyak gaduh dengan ayah. Kadang-kadang sampai sebulan. Diam ja. Keja pon bapak bagi duit lagi setiap pagi. Hari tuh gadoh, so tak nak la ambik duit. Merajuk punya pasal. Tapi ayah tetap bagi duit. Ayah panggil aku, aku buat-buat tak dengar.
Then, dia kirim kat kerani ofiz aku waktu aku dah masuk dalam ofiz. 
Bodohnya aku buat bapak aku cam tuh. Padahal, andai kata waktu lintas jalan, apa-apa jadi kat dia? Menyesal tak sudah aku. 

Ekceli, apa yang buat aku taching 2,2 hari ni adalah disebabkan aku rindu gila kata ayah aku. Bila aku rindu, aku cerita kat kawan-kawan aku pasal ayah. Aku rasa, kalo someday, aku jumpa Mr. Right aku, mesti dia banyak topik boleh sembang ngan ayah aku. 

Rindu boifren ngan gurlfren lain. Rindu mak ayah, lagi sedih. Rasa cam tak leh nafas langsung. Padahal, aku bukan lama sangat pon tak balik. Awal bulan dah balik pon. Tak sampai sebulan pon. 
Macam anak manja. 

Yelah, even aku ada adik (3 orang lagi), ayah aku tetap panggil aku adik. Dia tak pernah buat aku rasa macam kakak. Kalau balik umah, macam-macam dia belikan. Dia akan cakap cam ni, 

"Adik suka makan ketam kan? Adik suka makan udang besar kan? Ayah cari merata tadi. Sekilo 50 ringgit!"

Paling aku rasa sedih bila lihat ayah aku jaga tok aku yang sakit. Tok aku dah tak boleh jalan dah. Griss(tak tahu nak eja) dalam sendi dia dah berkurangan. Dan menyebabkan dia tak boleh berdiri. Setiap pagi, ayah aku bangun solat subuh, masak air, basuh baju dalam mesin (mesin basuk manual), Then pergi keja. Dalam pukul 8, balik rumah, sedia kan makanan untuk tok aku, bilas baju, sidai baju, mop lantai, sapu sampah, basuh pinggan. Then pegi balik buat keja dia.

Itu baru setengah hari. Dan bila aku balik kat umah, ayah aku mengharapkan aku yang buat semua tuh. Erk, aku tak se-perfect ayah aku.
Bangun pukul 8 pagi (ayah aku yg kejut kan-hantar nasik lemak), buatkan air untuk tok aku, sediakan breakfirst, masa tok aku makan, aku membuta balik. Bangun balik dalam pukul 10 /11 pagi, mandi, kalau rajin masak, kalo tak rajin tunggu ayah hantar lauk. So, masak nasik jelah. Tengok tivi. kalau rajin sapu sampah. Tak rajin, biar berhabuk. Tok aku mandi sendiri, so tak da la susah sangat. Petang aku tido lagi. Sampai asar. Pastuh keluar. Kalau tak keluar, tengok tv lagi. Lepas magrib, aku bising-bising kat tok aku, suruh dia pegi kencing dulu.
Then baru pakaikan pampes dia. 

Aku memang tak seperfect macam ayah. Buat keja bising-bising. Sambil marah-marah. Ayah, letih macam mana pon diam ja. Sampai bila aku tengok cara ayah jaga tok, aku terpikir, mampukah aku jaga ayah bila ayah sakit satu hari nanti?

Dan, aku sedar, wujudnya lelaki baik kat dunia ni. Yang macam ayah aku. Kan?




"Kadang-kadang sayang tak perlu diucap dengan kata-kata. Tapi tunjukkan dengan perbuatan"




NotaKakiKudis : Ayah ada pesan kat aku, bila nanti bakal menantu dia jumpa dia, dia akan tanya soalan macam ni,

"Sanggup kah jaga anak pakcik yang keras kepala ni?"


Labels: ,

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)