TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
What Actually You Thinking,Man?


March 21, 2012 1:42:00 AM

Assalamualaikum. Entry mungkin menyinggung mana-mana pihak. Dan mungkin cilake# bagi sesetengah individu. Jadi, aku mohon maaf atas penulisan kali ini.

Jumaat lepas, aku rasa hari paling bosan diantara paling bosan. Sepanjang hari aku hanya mengurung diri dalam bilik. Aku dah macam orang gila. Kusut masai aku rasa. Heh. 

Aku on YM (Yahoo Messengger), terasa nak join chat room. Dan seperti biasa, aku dapat 'seorang kawan.' Lelaki. Waktu tuh aku tukar gambar. Aku segaja letak gambar karton. Then, macam biasa ayat lelaki - mintak no fon. 

Aku bagi syarat. Syarat yang mana hubungan kami tak lebih dari dari seorang kawan. Agak celaka tak syarat aku tuh?Agak la.  =.="

Setelah bertukar fon, seperti biasa, beliau cuba call aku. Tapi, aku tak kasi. Aku bukan nak puji, tapi ramai sangat orang cakap suara aku manja, walaupon tengah marah!. Erk, apakah?!  =.=" again. 

Mula-mula terdetik hati aku nak uji mamat ni. Aku nak bagi tau diri aku yang sebalikknya. Contoh, aku real, kurus. So, jadi gemuk la. Kalau dia mintak gambar, aku google ja la. Satu-satu planning dalam kepala hotak aku ni. Tapi, bila aku pikir balik, dah la... Malas nak uji. Penat. 

Rupanya, aku yang nak menguji orang ni, diuji dulu oleh dia. Dia bagi tau yang dia hanya keja 'mat despect'. Tapi, terkantoi ngan aku, satu malam,

"Saya nak isi minyak KETA jap".  Then, aku terpikir, mat despect mampu pakai kereta ka? Baik pakai moto ja kan? 

Petang semalam, kami sembang panjang. Beliau tanya aku, "awak pernah kapel dengan suami orang"

"pernah. tapi, sy tak tahu itu suami org. "

"then, lpas dpt tau, wat apa?"

"putus la. x kan nak rampas hak orang kot?"

Satu prinsip aku, kalau kita rampas hak orang, one day, orang akan rampas hak kita. *Sila angguk-angguk kepala sekarang*

Dan, akhirnya petang ni dia berterus terang yang sebenarnya dia sedang menipu aku. Firstly, bila beliau bagi tau yang beliau dah kawen, aku takda la terkejut sangat. Sebab dah boleh tangkap soalan beliau petang semalam. Tapi, yang buat aku sikit terkilan bila beliau ajak aku kapel! Hah!

Lebih parah, beliau ada anak. Umur setahun lagi. Sempat aku bagi ceramah dua tiga das. 

"Kalau awak tak sayang isteri awak, awk kena sayang isteri awk jugak. kalau awak benci dia pon, awk kena sayang dia jugak. Awak ada anak."

Then aku tanya lagi, "Sebelum ni awak ada perempuan lain macam ni jugak ka?"

"Tak. ini first time. Awak yang pertama"

Perh, jawapan. Nak gugur jantung aku. 

"Kenapa saya, awak? Kenapa?"

"Sebab awak cantik!"

"Hah?!"

What the.....  =.="  Tak da jawapan lebih bagus dari tuh ka? Seriusly, seumur hidup aku, aku tak pernah meletakkan diri aku dikalangan wanita-wanita cantik. Mulut ni sentiasa cakap tak cantik. Kalau ada yang sebut cantik, ah perli la tuh. 
bagi aku, tak layak lagi nak cakap aku cantik kalau nak banding dengan TiQ Zakiah ka, Lisa Surihani ka, aku ni , macam bumi dengan planet pluto!  =.="



Bulan lepas, aku mengadapi masalah yang sama. Aku jumpa ex-boifen aku. Sempat kami lepak-lepak walaupun 4 jam. Kat  KL lak tuh. Then, aku balik ke Tanjung Malim, sampai kat umah, aku nak tido. Ex aku call. Aku cakap dia, aku tak larat.

Know what, dia majok sampai 2 hari. Aku ni tak tahu pon dia merajok. Masej ja macam biasa. Tapi pelik, 2 hari masej ngan call aku tak disambut. Bila aku baca kat facebook baru aku faham. 

What the nonsense la! Benda remeh pon nak touching ka? Bukannya kapel pon! Dah ex dah. Kawan ja pon.. Aku tak boleh nak bagitahu betapa penatnya aku waktu tuh. Hari jumaat drive balik kedah (6jam). Helo, drive sorang-sorang, ok! Macam nak patah pinggang aku! Sabtu, aku ambik test Muet. Petang sabtu, aku pegi UUM, dekar 2 jam gak masuk highway dari tempat aku. Ahad, dah balik KL.  Itu pon, aku jumpa dengan keadaan mata sembam. Tak boleh faham ka?

Kata dia, "Walaupon dulu, awek aku tak cantik, tapi bila aku call, dia angkat"

Sekarang ni, hang nak cakap, aku cantik tapi tak memahami. Eh, jap! Aku cantik ka?  =.="



Tak paham sebenarnya, apa lelaki-lelaki jenis ni fikir. Dan tolong la bagi aku faham. Owh, my Mr. Right, bila aku nak jumpa ni? 


NotaKakiKudis : Fitrah manusia nak sesuatu yang menarik dan cantik. Tapi, kalau dapat yang tak seberapa, terima lak seadanya. Cantik luar, tak semestinya cantik dalam. Dah tua nanti, kedut sejuta jugak. 

Labels: ,

6 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)