TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
I Learn From Mistake


May 30, 2012 2:55:00 PM
Mungkin aku patut dengar nasihat kawan-kawan aku. Once ex, is always ex. Tapi aku ni degil. Mungkin jugak ada sedikit lagi perasaan sayang. Tipu kalau aku cakap aku tak sayang. 

Setahun. Dan aku rasa hampir berjaya nak lupakan dia. Tiba-tiba dia muncul balik. Aku biar dia tunggu sebulan. Dia seolah-olah menanti. Aku pujuk hati, "mungkin dia dah berubah" "mungkin dia ikhlas". Harapan? Aku masih belum letak harapan. Mungkin sebab takut sekali lagi jatuh. 

Terus terang, dalam hidup aku jumpa banyak lelaki. Baik yang hensem, tak hensem, kaya, miskin, dah keja, masih study, tak da sorang pun yang sama macam yang ini. Aku tak tau ilmu guna-guna apa yang di pakaikan kat aku. Sampaikan aku betul-betul angau kat dia. Betul la orang cakap, cinta tuh kan buta?

Sampaikan aku tolak lelaki yang nak kenal aku. Sebab aku fikir dia. Sebab dia. Setahun aku tak punya sapa. Dan selepas setahun, aku was-was pada mulanya. Perlu kah aku jumpa dia?

"Saya pernah niat, nak jumpa awak sekali ja"

Dalam fikiran aku, hanya pikir dia nak tunaikan janji. "Tak apa la. Jumpa sekali ja. Bukan kapel balik pun". Tapi sangkaan aku meleset. Ucapan sayang di bibir. Sekaligus beri harapan.

Hubungan makin rapat selepas jumpa. Selepas seminggu, mula hilang. Sampailah sebulan. Bila aku call tak angkat. Masej tak di jawab. Jawab kalau dia rasa itu penting. Aku hanya masej setiap malam, dengan satu masej "Selamat Malam". Itu pun tak di balas. Kedekut sangat ka dengan satu masej kau? 

Setiap hari aku call pukul 8pm. Bukannya nak gayut lama-lama pun. Cukup dengar suara, 2,3 minit. Pun tak angkat. Bila lama-lama, aku sedar aku ni cam terhegeh-hegeh dekat orang yang tak nak kat aku pun.

"Saya tak approve awak kat facebook. Sebab ada orang yang suka saya kat facebook. Jadi awak faham kan?"

See? Itu baru isu facebook? Tak nak approve. Sebab orang lain. Nampak sangat sebenarnya kau lebih sayangkan orang tuh dari aku. Kat mana kau letak diri aku? 

"Saya tak nak ada hubungan relationship! Saya belum stabil. Bla bla bla..."

Tak nak hubungan. Tapi bagi aku harapan. Lepas bagi harapan, tinggal aku terkontang kanting dengan harapan tuh. Apa jenis lelaki kau ni? Carik aku bila rasa sunyi. Buang aku bila kau rasa aku tak guna. 

Aku patut sedar yang kau ni takkan berubah sampai bila-bila pun! Aku patut tak terima kau even kau datang selepas setahun. 

Tolong bagi aku ruang. Aku dah tak nak fikir pasal kau. Aku penat nagis pasal kau. Aku penat. Bagi aku bahagia ngan orang lain pulak. Jangan sesekali datang. Walau sekali pun. 

Aku percaya, kalau kita sayangkan seseorang, kita akan berusaha untuk dapatkan dia. Hati aku bukan untuk disakiti oleh lelaki macam kau!


Labels:

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)