TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Palace # Lock Heart (Chiness Drama)


June 11, 2012 3:57:00 PM
Aku baru habes menonton drama 35 episod ni. Cerita ni bersiaran kat 8tv pukul 7pm-8pm sekarang ini. Aku sekarang makin jarang layan drama. Tambah-tambah drama chiness. Tapi disebabkan nak tau apa jadi seterusnya, aku tak sabar-sabar pegi tengok on9. Sampai slow intenet aku. Dah la pakai broadband. Tau-tau la macam mana ciput nya line.


Bestkan naik kuda. huhu. Bestnya!


Cerita Palace ni mengisahkan, Qing Chuan yang dari dunia pergi ke zaman pemerintahan Empior Kang Xi (Desnasti Qing). So bayangkan la kalau kita sendiri pegi kedunia lampau? Mesti kita jadi genius padahal kat dunia sekarang kita la manusia paling bangang kan? =="

Dalam cerita ni, Qing Chuan bercinta dengan putera ke -8, Yinzi. Oke, ni la sebab kenapa aku tengok cita ni sampai habes. Bukan nak tau sejarah sangat. Tapi suka kisah cinta 2 orang ni. Sumpah sweet. Asalnya, Qing Chuan ni tak da hati pun kat putera ke 8. Tapi putera ke-8 tak pernah give up walaupun telah di dump berkali-kali. Hah, nampak? Kalau kita betul-betul sayangkan orang tuh, kita akan cuba untuk dapatkan dia. 




Episod 17, aku telah skip ke episod 25. Sebab tak sanggup tengok Qing Chuan dump putera ke -8. Sebab putera ke-8 hensem sangat ==". Lepas episod ke 25, Qing Chuan mula bukak hati, dan terima putera ke-8. 

Macam-macam la jugak halangan yang jadi. Misalnya, ada muka seiras Qing Chuan yang cuba nak rampas Putera ke-8. Tapi putera ke -8 tahu tuh bukan Qing Chuan dia. 




"Bila kita jatuh cinta dengan seseorang, setiap tingkah laku dia, kita akan sedar segala perwatakan dia. Kita dapat sedar walaupun orang tuh seriras"

Macam tuh la lebih kurang ayat dia yang aku translate dalam bahasa melayu. Keh keh keh.

Then, waktu dah sampai untuk Qing Chuan kembali ke masa sekarang. Qing Chuan of coz la rasa serba salah. Pastuh ada la  babak yang buat aku nages.

Qing Chuan : "Putera ke-8, saya nak tanya. Kalau, kalau saya hilang dari sisi putera, apa putera akan buat?"
Putera ke 8 : "Saya akan carik awak."
Qing Chuan : "Macam mana kalau tak jumpa?"
Putera ke 8 : "Saya akan terus cari. Terus cari. Sampai tua. Sampai mati"

Peh. Menagis aku kat situ. See how sweetnya putera ke 8? =="


Part sini jugak Qing Chuan tanya, sekarang bukan musim summer. Kenapa ada bunga? Putera ke-8 suruh Qing Chuan pengang bunga tuh. Bunga tuh adalah dari kertas dan putera ke -8 buat siang dan malam semata-mata nak bagi Qing Chuan tersenyum. 


Qing Chuan pun tak membatalkan hasratnya yang untuk kembali. Untuk kembali ke masa sekarang perlukan 14 tahun. Dan selepas 14 tahun, diorang pun hidup dengan aman. Then, maharaja (Putera ke-4 jadi maharaja) nak Qing Chuan jadi gundik dia. Tapi Qing Chuan tetap ngan Putera ke 8. Maharaja kurung putera ke-8. Jadi Qing Chuan buat perjanjian. Lepaskan buah hati pengarang jantung si Putera ke-8.

Qing Chuan rela jadi gundik maharaja, asalkan cinta hari dia tak diseksa. Putera ke 8 tahu Qing chuan buat perjanjian. Owh, sedih part ni. Sedih!

Sedih tau, bila Qing Chuan pesan. Jaga makan. Hidup baik-baik. Aku pun tak tau kenapa emo gila. damn! damn! =="

Maharaja masih tak puas hati. Even jasad Qing Chuan dia dapat, tapi dia tak dapat hati Qing Chuan.Then, Qing Chuan buat keputusan, dia akan tinggalkan dunia tuh, dan kembali kemasa sekarang. Pada waktu dia nak kembali tuh, dia pesan kat maharaja, supaya jaga putera ke 8 baik-baik. Lepas Qing Chuan hilang, baru lah dia menyesal.

Lepas Qing Chuan pergi, ada satu cahaya menarik putera ke-8. Means, putera ke-8 ke dunia sekarang.

Saat Qing Chuan nampak Putera ke -8 dengan berpakaian cam tuh, macam tak caya. Masing-masing menagis. Ya, aku pun. =="


Ini la saat diorang berjumpa balik. Nampak pakaian masing-masing dari demensi masa yang berlainan? 


****************

Mungkin ada yang cakap, "apa mashe ni. cita tak logik pun sampai emo-emo". Kadang-kadang cinta itu memang tak logik. Buat kita hilang kewarasan. Kan?  Pusing la mana pun, kalau dah tertulis jodoh, akan berjumpa jugak, kan? 

Untuk menonton cerita ini boleh klik sini.


Labels:

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)