TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Kucing Jalanan


August 21, 2012 7:42:00 PM
Nasib aku sebagai kucing terbiar dan sering diabaikan adalah 'rutin' seharianku. Tapi, kadang-kadang aku pelik dengan sikapku. Sering berusaha mencari tuan baru. Mungkin aku setiasa rasa yang aku akan jumpa tuan yang akan menjagaku sebaik mungkin.

Pernah aku jumpa tuan yang baik. Tapi aku telah mengkhianati perasaan tuan ku itu. Setahun aku menatap di hadapan rumahnya. Berharap pintu rumah tuan aku itu kembali menerima aku. Ternyata tuan aku tidak dapat lagi menerima aku.
Aku diburu rasa bersalah. Rasa sedih sehingga detik ini pun, aku rasakan saat itu paling sedih pernah aku alami dalam hidup. 

Ntah dari mana kekuatan datang. Aku berjalan sehingga berjumpa semua rumah yang sederhana. Pada mulanya aku hanya memerhati masalah tuan itu yang sering bermasalah dengan hubungannya. Jadi aku menjadi pendengar. Lama kelamaan aku rasa selesa berada di rumah itu. 

Sehinggalah aku rasa sukar untuk aku 'melepaskan' diri dari rumah itu. Aku seorang yang tamak, dan berharap hanya aku jadi kesayangan tuan ku itu. Namun, hatinya tetap bukan untuk aku.

Aku pergi. Aku cuma kucing jalanan. Yang tak mampu nak berikan apa-apa pun. Ya, aku kecewa. Tapi aku tak mati. 

Labels:

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)