TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Entry Rojak 2012


December 29, 2012 4:51:00 PM

Hola!

Lama betul tak update blog. Lama tak update, dah hilang idea-idea gila cam dulu. Nampak lain dak belog aku yang comel nomel ni? Ada rasa cam kekanak dak? Memang pun! Banyak unsur karton yang konunnya jiwa aku makin muda sentiasa. Gitewww...

Ah lupakan kemudaan aku tu. Semua dah sedia maklum. ==". Btw, aku baru ja habes final sem untuk Diploma ni. Kalo orang tanya aku, kerja atau belajar? Ikut rezeki. Kalo dapat rezeki sambung belajar, insyaALLAH aku sambung sampai ke degree. 

So, dalam 3,4 minggu takda keja ni (ekceli keja gak sebenarnya- kerja tido, kerja makan dll), aku lepak kat umah sorang-sorang. Member-member nak ajak keluar pun, masing-masing sibuk dengan final exam. Bila stay ja kat umah, aku sedar satu perkara - kucing makin banyak datang umah aku. 

Orang cakap, kalo kita selalu bagi makan kat kucing, memang dia angkat geng. Meh aku nak kenalkan kucing-kucing comel aku. 
 Ini nama dia 'NyawNyaw' atau Dong Fei atau Tong. Dong Fei dan Tong tu ekceli nama kucing kazen aku. Kucing aku ni sebijik cam kucing dia. Jadi, secara tak langsung nama dia terlekat la sekali. NyawNyaw ni dulu nya sangat-sangat penakut. Tak bagi sesiapa pengang dia. Pantang orang jalan, sebatu dia dia dah lari. Macam la orang nak makan dia. =="

Lama-lama, aku cuba pujuk bagi makan.Macam-macam jugak la aku buat. Cakap dengan dia. Even aku sendiri tak tau sama ada dia paham ke idak bahasa melayu. Ntah-ntah kucing sesat dari siam ka. Tak paham bahasa melayu la katakan. (Bajet!) Puii... =="



Dok sebulan dia, dia dah mula mengedik nampak aku. Walaupun aku lalu tepi dia (kadang-kadang tak pandang dia pun) dia dah golek-golek ke kanan kiri mintak belaian jiwa la , konun. Lama-lama dia dah mau kat aku. Tapi masih ada penakut dia jugak. Cuma dah kurang la macam dulu. Dia punya la takot ngan aku, sampai habes aku kena cakar. Ingat aku hantu ke hapa? =="


Ni nama dia 'Citam' sebab seluruh badan dia ni hitam. Tapi sangat-sangat la comel. Bulu dia lawa, even ada kutu. Errr. Dia ni, kuat makan. (Before sakit la). Pastu perot dia tu boroi semacam. Bila aku panggil nama dia, terkedek-kedek la lari dengan keboroian dia tu. Ha, buleh bayang kecomelan dia ni? 

Pastu, minggu lepas dia macam sakit. Aku bagi makanan pun tak nak. Ni dah 2,3 hari tak nampak dia. Harap-harap hidup la lagi. Aku risau betul takot dia kena langgar. Dia dah la anak yatim piatu. Dia selalu berkawan ngan NyawNyaw tu. Aku rasa dia anggap NyawNyaw tu dah macam abang kandung dia. (Eh, aku rasa melalut dah aku ni) :P


Tapi dia ni comot sikit la. Waktu sebelum dia sakit tu, aku tengok dia kemain cergas. Gigit orang. Masa dia sakit pun macam demam. Macam tak larat. Asyik tido ja.  Sebelum ni, dia ngan NyawNyaw la selalu tido depan pintu umah aku. 


Ha, tengok gambar pun dah tau poyo kan?! Aku panggil dia, 'Oyen'. Comel gila kot. Jenis jantina, of coz la jantan, gedik nak mampus. Tua dah ni. Tapi buas dia, rasa nak baling kasut sejam 2kali. Dia ni kira second kesayangan aku la. NyawNyaw tu aku sayang sebab paham aku cakap bahasa melayu lagi. Kalo aku tak bagi makanan atau tak bagi masuk rumah, dia ikut.

Tapi si Oyen ni dak! Peduli apa, dia main masuk umah aku curi ikan. Even aku dah bagi dia makan 5 minit sebelum tu. Kuatnya makan, tak yah cakap la. Kucing lain tak dapat peluang. Otai la katakan. Kena la makan lebih. Nu, nak mencari si kucing betina kejap lagi, tenaga mesti mantop. Errr.


Poyo! 


Habes comel dah ni.. =="



Dia punya la manja ngan aku, nak duduk atas riba ja. Siap tido. ==" Ingat kusyen ka hapa? Kadang-kadang disebabkan aku geram dengan kecomelan Oyen ni, maka aku selalu mencetuskan perang buli terhadap dia. Seronok main ngan kucing gemuk ni. Hahahaha.

Dah la, besok-besok aku cerita lagi pasal kecomelan kucing-kucing aku ni. Tak cukup muka surat nak cerita. :P


p/s : Nampak tak aku dah takda modal nak bercerita? :P 




Labels: ,

3 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)