TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Plan A


January 30, 2013 12:26:00 AM

Hai. Apa khabar? Aku? Tak berapa khabar baik. Mungkin mood tak stabil. Hujung bulan, al-maklum lah. Mungkin jugak sebab Plan A dah sangkut. Urm. Mula-mula dulu, lepas aku habes ja final exam, yang betul-betul final untuk dip aku, aku cuma planning nak keja. Waktu tu, aku terpikir malas nak belajar bagai. Penat. Letih nak belajar, ekceli. Seronok kejap ja. Time duit masuk. Dekat-dekat hujung semester, tau-tau la macam mana kan?

Dalam bulan November tu, hari-hari aku apply job. Sampaikan aku download application 'Job Street' kat henpon andriod aku. Buleh la check keja-keja kosong. Email tu tak yah la cakap, banyak aku hantar. Last-last kawan aku whatapps, hujung December lepas.

Farah bagi satu email ni. Dia suruh aku emailkan resume. Aku ni pun email la. Dan memang dapat. Rupanya, kita perlu ada 'kabel' elektrik di zaman kurun ke 23 ini. Sigh. Aku pegi temuduga. Bos agak baik. Balik dari temuduga, 50% aku macam dah dapat kerja. Bos mintak aku buatkan plan. Nak test aku buleh pakai autocad atau tak. 



Aku buat, 3 dari 10 pelan siap. Tapi lepas tu, ada sesuatu yang ubah plan aku. 

Kadang-kadang, kalau kita terlalu baik, orang akan pijak kepala. Niat nak menolong, tapi diri sendiri yang terjatuh. Aku dengar sendiri dari mulut seseorang yang dah berumur pun (mak sedara), mengharapkan aku menjaga tok aku yang dah 'lumpuh' ingatannya. Terus terang, aku macam nak bangun sepak muka dia. Tangan aku mengigil. Tapi, ada ramai adik beradik aku kat situ. Kazen-kazen aku. Aku cuba urut-urut dada.

Ya, balik tu, aku nages sepuas-puasnya. Tau macam mana seksanya aku waktu last sem. Terkinja-kinja dari Tanjung Malim ke Kuala Kedah hujung minggu. Terpaksa balik sebab nak jaga tok aku. Aku kesian sebab ayah aku jaga sorang-sorang. Dengan final projek ja. Tak payah cakap la macam mana tension. Kalau tak aku tak nages sambil drive waktu kena langgar kat Bangsar (waktu nak buat test produk). 

Selepas tu, aku mula terfikir. Aku perlu keluar dari semua ni. Aku tak punya duit. Kalau keja, aku perlukan rumah, perlukan duit advance. Jadi, aku pilih untuk sambung belajar. Setelah disarankan oleh mak ngah aku, maka aku mohon UniKL. 

Dapat. Ini entrynya. Tapi lepas tu, ayah aku hanya buleh cakap, 
'Anggap ja takda rezeki. Ayah tak dapat kumpul duit dalam seminggu'
Balik tu, aku menagis meraung lagi. Ntah, niat sangat kuat nak pegi. Sampai berminggu-minggu aku mimpi yang aku pegi sambung belajar. Mimpi belajar dalam kelas. Mimpi kan penipu. Penipu fantasi!

Selepas tu, result UTHM pulak keluar. Seperti yang dijangka, aku tak dapat. HaHaHaHa. Did i look happy? 



Bila niat kita baik, mesti kita diuji kan? Jangan risau. Aku masih stay cool. Aku masih ada plan B. Bila dah tak da rezeki ni, aku terfikir, mungkin bukan rezeki aku untuk sambung belajar. Mungkin aku perlu bekerja. Aku start apply keja balik setelah sebulan aku tinggalkan.

Kadang-kadang, bila aku baca status-status kawan-kawan aku yang dah berkawen, gembiranya diorang. Nak sambut baby. Sambut anak kedua. Ada sorang tu, dah nak masuk anak ketiga pun. Diorang, dalam usia 24 tahun, cukup segalanya. 

Aku, di usia 24 tahun, hidup masih terumbang ambing. Sedih tahu?





Labels:

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)