TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Should i? (MICET UniKL)


January 8, 2013 1:19:00 AM

Asssalamualaikum! And hola!

Petang yang hening aka panas nak mampus tadi tiba-tiba henpon aku bunyi. Jenis henfon aku ni, kalau ada masej masuk ia akan dipaparkan numbernya di skrin. Tapi masej tak di show-kan lah. Mula-mula pelik jugak, number tak kenal. 017 tu. Hahaha.
Then, dengan excitednya bukak masej dan berharap masej tu berbunyi begini,

"Mashe, ada mana? Jom pegi makan!"

=="

Tapi... Tapi.. Bukan itu masejnya.

"Anda telah ditawarkan ke kemasukan sesi... bla bla bla..."

Disebabkan aku macam mamai semacam, aku buat derk ja. Sampai la malam tadi, aku check internet dan baru la sedar dari mamai. Haish.



Errr.. Tak nampak kan? (Klik gambar)


Sebenarnya jauh disudut hati agak ke-frust-an jugak sebab tak dapat pure kejuruteraan awam. Yelah, aku dah Diploma pun yang tu. Dan lepas tu, apa lagi, mula la meng-google sakan pasal MICET ni. Cari akreditasi bagai. 




Cari skop kerja. Subjek-subjek yang aku kena belajar. Then apa lagi, aku tanya la abg aku merangkap orang yang paling memahami. 
Dia cakap,



  

Dan aku jugak sempat tanya ex-student Unikl pasal yuran yang agak mahal la bagi aku. (Waktu poli dulu yuran 200 hinggit ja) :P



Urm. Sebenarnya ada banyak benda yang buat aku fikir sampai nak demam aku malam ni. (Aku memang, pantang terkejut sikit ==")

1. Konfom kah dapat loan mara? Aku dah taknak ambik PTPTN lagi. Kalau ambik PTPTN pun dari IPTA.(sebab yuran murah)
2. Buleh kah aku bawak subjek kimia ni? (Ada satu subjek yang aku belajar waktu Dip dulu untuk kos ni). Tapi ni pure kimia. Heh, kimia aku masa SPM pun terkontang kanting.
3. Aku sebenarnya tak yakin sebenarnya. SPM aku tak macam orang lain. Banyak A. Aku punya SPM haprak ja.. Aku start dari Sijil (2 tahun) then naik ke Dip (3 tahun) dan sekarang Degree? Sangat rasa tak yakin. Rasa nak tergelak bila aku dapat offer Degree tau. Mungkin bagi orang lain biasa, tapi ntah la... Aku nak cakap pun tak tau cam mana.




 Unisel ni ada call aku hujung Desember lepas. Tapi memang konfom-konfom aku tak nak pegi. Cuma aku tersenyum tengok program yang dia tawarkan tu, "Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam".
Kalau buleh, aku nak sambung dalam bidang yang sama. Tapi nak mengharapkan UiTM dan UTHM yang aku mohon sem akhir lepas?
Heh!

Abang aku yang master UiTM tu pun tak galakkan aku masuk UiTM . Sebab dia tau adik dia ni memang tak suka teori. Sebab tu, bila aku dapat UniKL ni, dia macam bagi green light. Dia suruh terima ja. Sebab, katanya silibus tu yang dia buat waktu master. 

Cuma, UniKL ni takdapat BEM (Board of Engineer). So, aku dapat Degree pun takdapat la title "Engineer". Tapi abang aku cakap, bukan UniKL taknak apply BEM, tapi tak buleh. Sebab, UniKL ni Engineering Technology. 

Hey, perlu ka title engineer semua? Bagi aku, kalau industri suka dengan cara kita buat kerja, no matter what certificate you have, kan?
Dan kalau aku sambung UniKL, peluang untuk aku TAK jumpa budak Poly lagi, sangat sangat la cerah!!! Yeay!!! 
Errrk.. Hehehe

So, so... Kalau anda sedang membaca belog aku yang comel lotey ni, dan tahu apa-apa mengenai Micet atau UniKL atau ingin beri pendapat, sila la klik button comment yang comel macam tuan punya belog ni. Hikhik
Aku perlukan pandangan blogger setelah seharian aku dapat pandangan dari Facebook.

Dan aku harap, kata-kata yang bakal di tulis adalah kata-kata semangat supaya aku lebih yakin. Sesungguhnya, aku sangat-sangat tak yakin. How come aku nak yakinkan bapak aku lagi? Hurm :(

***************

Update : Bapak aku kemain suka bila aku cakap aku dapat UniKL. Ingatkan anti IPTS. Hahahaha.  Cuma, bapak aku terus terang yang dia sangat tak da duit. dia mintak aku tunggu beberapa hari lagi. Katanya,

"Solat hajat banyak-banyak. Doa-doa duit tanah tu lulus. Buleh la dalam 2,3 hari lagi. Tunggu. Mana tau rezeki."


Aku percaya, kalau kita berkehendakkan sesuatu, dan mungkin ini jalannya, maka Allah akan permudahkan segala urusan.

Labels:

3 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)