TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Penat menyalahkan diri


February 2, 2013 8:48:00 PM


Salam. Entry ini aku taip dalam keadaan sedih. Jadi aku tak peduli ngan susunan bahasa mahupun 'kekasaran' bahasa. Bagi yang nak melabelkan aku, silakan. Bagi aku, aku sendiri tak pernah jumpa kisah hidup family macam ni. Dan sedih untuk dikatakan, ia berlaku di depan mata aku sendiri.

Sejak dari umur aku 10 tahun, aku pindah dan tinggal dengan tok aku (tok kalau sebelah utara merujuk kepada tok perempuan). Mak ayah aku bercerai waktu aku umur 7 tahun. Sebelum tu aku dijaga oleh mak sebelum diserahkan kat ayah. Disebabkan ayah ada keluarga sendiri, jadi ayah letak aku dan abang aku dirumah tok aku.

Mula-mula aku jejakkan kaki kat umah tok, tok peluk abang dulu. Tok memang sayang abang. Aku ni tak tahu kenapa, dia benci. Sebab mak aku. Kisah dulu-dulu, dia tak suka dengan menantu - iaitu mak aku. Jadi, aku ni terkena terpias kebencian terhadap tok aku.

Aku tak buleh buat salah langsung. Nak tanya, ada ka budak kecik tak buat salah? Aku cuba jadi budak baik yang langsung tak buat salah. Tapi salah aku tetap nampak. Orang kalau dah benci kita, apa pun kita buat semua tak kena.

Disebabkan semua tu, aku mula mohon asrama. Dan sekarang, aku dah 24 tahun pun. Aku tak tau macam mana nak gambar kesedihan aku sebenarnya. Tok aku dah tak boleh berjalan sebab griss lutut dia dah kering. Jadi yang pakaikan pampes, yang masakkan nasik dan yang membasuh baju dia adalah aku.

Ayah aku hanya datang waktu pagi. Selepas tengahari sampai ke malam, aku la yang menguruskan orang tua ni. Mengeluh aku, bila orang yang di jaga bukannya nak berterima kasih. Tapi maki mencarut aku lagi.

Aku ni pun jenis baran. Memang aku lawan balik. Mana tahan. Mak Long aku buleh senang lenang kat umah dia, padahal dekat ja ngan umah, tapi tak nak jenguk. Alasan dia, sebab aku buleh jaga tok aku. Aku heran. Sangat heran. Tanggungjawab untuk jaga mak sendiri, bukan kah anak? Kenapa cucu yang perlu jaga.

Lagi-lagi aku cucu yang dibenci. Dihina macam-macam. Pantang ada kawan-kawan tok, aku ni dikutuk macam-macam. Aku penat. Serius! Penat bertanya apa salah aku? Kenapa aku di blame kan dalam hal ni?
Aku teringat ramadhan 2011. Aku praktikal di Kedah. Aku 'cuti puasa' hari tu. Tapi, penat nya tak payah cakap. Setiap hari aku akan panjat tangga-tangga bangunan 16 tingkat. Keja site kan?

Balik dari umah, aku nampak keaw teaw goreng. Aku ceduk sikit dalam pinggan. Dalam hati, 'rezeki aku ni'. Tapi tak. Tok aku waktu tu terus rampas dari tangan aku. Aku menagis waktu tu jugak. Sampainya hati tok. Walaupun aku tau yang selama ni, banyak kali dah aku kena macam tu. Tapi, aku penat. Lapar. Darah period keluar lagi. Aku tak makan satu hari kot. Nak makan kat mana? Ramadhan.

Hari yang sama, aku cetuskan peperangan aku kat ayah. Dengan marah, aku hantar masej, "bagi balik kad bank". Sepanjang aku dapat PTPTN, semua duit tuh ayah yang pengang. Tau macam mana aku malunya bila pinjam kat kawan? Banyak kali aku berbohong yang aku dah makan. Padahal takda duit.

Apa yang diorang buat kat aku, akhirnya aku tutup mata. Takpala. Kesian kat ayah. Ayah takda duit. Padahal puluh ribu ada dalam bank dan habeskan kat keluarga sana.

Ya, takpa la. Sekarang kot tok benci, nati lama-lama dia akan sedar.

Sekarang dia dah sakit. Dah dekat setahun pun? Aku tak rasa dia akan sedar sampai bila-bila. Tok takkan berubah benci aku. Sampai mati pun. Sampai mati.

***********

Orang tanya aku. "Kenapa hang tak duduk ngan mak hang?".

Aku sebenarnya tak tahu sapa yang salah soal perceraian mak dengan ayah. Sampai sekarang pun masing-masing menyalahkan sama-sama sendiri. Tapi ayah, selalu suruh aku balik umah mak.

Tau kenapa aku tak suka balik umah mak? Sebab mak akan sentiasa cerita buruk ayah. Kadang-kadang aku sedih. Aku dah 24. Abang aku dah 27. Kami buleh nilai sapa yang salah. Sapa yang betul. Tak perlu cerita. Dah berpuluh-puluh tahun, asyik cerita ayah tu jahat bla bla bla.

Raya Aidilfitri 2012, aku balik setelah ayah cakap, 'Tengok muka mak dapat pahala tau'. Aku rela tak dapat pahala tu, dari aku sakit hati ngan mak. Macam biasa, mak cerita benda yang sama.

Dia nampak angkuh sikit. Sebab tanah dia terjual dan dia dapat 100 ribu dari kerajaan. Dia buat rumah. Dia cita konunnya buat rumah habes sampai 100 ribu. Mak silap besar. Mak tipu anak-anak yang belajar kejuruteraan awam. Abang aku tu dah master awam lagi. Kami hanya buleh senyum bila mak tipu.

Sebenarnya niat mak, tak nak kami mintak duit dari dia. Demi Allah, sejak umur aku 10 tahun sampai sekarang, aku tak pernah mintak langsung duit. Bahkan  bagi lagi duit sedangkan, masing-masing tengah study.

Balik dari rumah mak, ayah bagi tahu, mak aku hantar masej. "Sebenarnya aku tak suka anak-anak hampa ni balik umah aku".

Mungkin aku dah lali. Aku dah tak rasa kesedihan tu lagi.

Krismas 2012. Aku balik sekali lagi dengan abang. Kali ni, mak ia-ia cakap nak kawen lagi. Indon mana ntah. Sama umo dengan abang lagi. Aku tak menghalang mak aku nak kawen, tapi aku sebenarnya sangat tak suka dengan taste mak aku ni.
Lelaki pesen mengikis duit pompuan! Muda lagi lak tu. Sama umo ngan abang aku. Aku terdiam. Tanda aku tak setuju. Mak macam tak puas hati. Akhirnya keluar cerita pasal ayah jahat la. Bla bla bla bla.

Aku tengah period lagi sekali, jadi aku keluar mengamuk aku. Sebab mak cakap, 'jangan pengang tok sangat. Nati dosa berjangkit'.
Aku terangkan kat mak, dosa atau pahala, tak berjangkit. Makin lama, aku rasa makin mak dah syirik dan kemana hala ntah dia belajar semua tu.

Mak marah dengan apa yang aku cakap, dia masuk bilik dan keluar dengan Al Quran. Malam itu, dia junjung AlQuran dan mengaku yang aku ni, bukan anak dia lagi.

Aku menagis kat situ. Lagi sekali. Bukan sebab dia tak mengaku aku anak. Ya, tak mengaku anak tu selalu sangat dia sebut. tak halal air susu la. Tapi mengunakan AlQuran. Tau kah dia benda macam gitu tak buleh bawak main?

Malam tu jugak aku dengan nages nages nak berambus balik. Abang tak bagi aku bawak keta. Takot. Emosi hampir gila.
Sampai kat umah jam 12.30 malam. Ayah tersenyum. "Ayah dah agak dah". "Mak hampa tu marah kat ayah. Dia blame hampa ni"

*************

Sebenarnya, aku sangat penat pikir apa salah aku. Kenapa tak dibunuh ja aku waktu kecik-kecik dulu. Supaya diorang tak benci tengok aku..

Orang luar benci, tak sakit macam mana mak kandung dan tok kandung benci. Sakit tu, tak dapat diubati sampai bila-bila.. 

Agaknya dah mati nati baru masing-masing puas hati.
1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)