TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Hamster Gemuk!


October 14, 2013 2:58:00 PM
Hai. Assalamualaikum!
Hari ni nak cerita pasal hamster. Alkisah nya bermula bila aku dok mengadu bosan. Bosan dok umah. Lagi-lagi keta kancil yang aku guna hari-hari tu aku bagi abang aku guna sementara waktu atas sebab-sebab peribadi. 

Lepas mengadu bosan kat Encik N, dia pun bagi cadangan suruh bela hamster. Dia setuju nak support beli semua barang-barang hamster. Asalnya nak cari sangkar dulu. Ada sangkar baru leh beli hamster. Cari punya cari, terjumpa kat mudah.my. 

Sorang ni nak jual 2 ekor hamster jenis roborovski. Dah usia 8 bulan pun. Lily (owner asal ni) jual sekali ngan sangkar, wheel, makanan hamster yang balance-balance tu. Kira memang dia bagi semua. Pakej set. Dengan harga RM 50 kot!. 

Masa whatapps Lily ni, perasan gak, dia agak was-was ngan aku. Lagi pun aku pestime bela hamster. Insyallah aku cuba bela sebaik mungkin. So tiba hari yang dijanjikan, 2 hamster gemuk ni bertukar tangan.


Tara!!! Main cak cak lak tu kat tepi rumah dia tu. Ingat comel ka? (Memang comel pun T_T)


Ni dia dah tido sebenarnya, tapi dia suka letak hidung cam gitu. Feeling sikit tido tu. Muahahaha


Sekarang ni, wheel cuma ada satu. Aku dah order 1 lagi wheel, dijangka hujung minggu ni sampai la wheel lagi satu tu.. Kecian kot. Diorang berebut-rebut nak naik wheel yang satu ni.



Hah, nampak? Si gemuk ni, tolak si gemuk yang lagi satu. "Aku pun nak naik jugak! Dush!"



Ni la rupa diorang. Geram betul. Rasa nak picit-picit ja...



Ni habit yang paling gemuk (nama belum diberi). Dia suka gila duduk belakang wheel cam gini tau.. Pastu tangan cam terkeluar dari sangkar. Bapak comel!



Ni gambar zoom sikit! Ha, comel kan?? +_+



Setelah kepenatan bermain, membuta la keja... hahaha

Sekarang ni dua ekor budak gemuk ni still tak biasa lagi ngan aku. Tapi aku tengah usaha kan supaya diorg leh terima aku. Cara-cara yang aku buat sekarang, bukak sangkar, letak tangan. Bagi diorg hidu, ni bau aku. Bukan bau penjenayah. Hahaha. 

Aku da google gak pasal hamster roborovski ni. Hamster ni paling-paling-paling susah nak jinak. Hopefully la, dia jinak ngan aku. Amin.



Labels:

0 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)