TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
One Of Step Love


October 26, 2013 6:33:00 PM
Perh tajuk tak nak kalah. Hehehe. Al maklum, ati bunga-bunga... Hehehe. Dah lama rasa nak share rasa hati ni...

Minggu lepas, i pegi Johor u ollls. Jakun gila pegi johor, sebab pestime kan. Hahahaha. Aku diundang oleh Keluarga Naz untuk perjumpaan antara mertua dan bakal menantu tau! Heh, so banyangkan macam mana perasan dup dap dup dap tu...

Dah la perjalanan 5 jam dari KL ke Johor. Naik bas. Almaklum nak save bajet. Muahahaha. Then, sampai ja kat Stesen Bas Larkin, Encik Naz la datang ambik. (dia tunggu 2 jam kat stesen bas tu) Hahahaha.

Pastu kitaorg gerak terus pergi Mersing. Family Naz dah tempah challet tepi laut untuk BBQ semua. Kira ni perjumpaan yang santai la...

Aku ni, ntah la, jadi diri sendiri je kot. Sebab tu lepas interview mertua. Hahaha (Ayat tak nak kalah).

Terus terang, bapak best gila gila gila kat pantai Mersing ni. Dah la pagi-pagi dah start dating. Haha.

Then, sepatutnya aku balik hari ahad tu. Sebab isnin dah keleja. Then mak dia yang smalam tu diam ja, suruh ambik cuti hari isnin. Stay dulu. Aku rasa serba salah jugak. Sebab baru keja tak sampai sebulan kot!
(Aku dah behenti keja dari companny gila tu)

Then, aku pun ambik cuti pada hari isnin. So, balik ja dari Mersing, terus gi Skudai (rumah Naz), tapi kitaorang terus keluar.

Mula-mula gi Tesco. Mak Naz nak beli kasut, then Naz bisik, "mak suruh ayang pilih kasut. Mak nak hadiah."

Aku dah, 'hah?'

Then banyak kali gak aku cakap, tak payah la. Tak payah la... Tapi aku ambik jugak! Muahahaha


Owh ini la mak mertua ai... Huhuhuhu... Seronok ai dapat mertua tahu?



Ni gambar kaki yang snap dari adik Naz (Yan). Tengok la betapa spotingnya family ni boleh tangkap gambar kaki bagai. Owh ya, aku dengan pakai kasut baru hadiah mertua (Seluar kelabu).

Lepas pegi tesco kitaorg pegi makan dulu, sebelum pegi ke satu tempat ni. Pegi tengok cincin, okeh... Bunga-bunga hati ai tau! Tau!


Nampak muka orang eksited? Muahahaha


Terkena plak taste aku sama ngan taste mak mertua, lagi senyum lebar la dia.. Tapi kata mertua aku, suruh cari yang lain, sebab kat Poh Kong tu, cincin yang aku minat saiz besar, pastu nak potong tak boleh sbb cincin jenis nipis. So nanti cari yang memang muat2 jari dengan patten yang aku nak. Tak yah potong-potong..


Masa nak balik ni rasa sedih kot. Sempat menagis sebelum sampai KL. Muahahaha


Semoga Allah permudahkan jalan ni.. Amin.



p/s ; Hari selasa, masa aku dah masuk opiz, Naz bagi gambar. Nampak hantaran dah siap kot! Aaaaa Tak tau bunga ke akar dah kat hati ni. Hahahaha







Labels: , ,

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)