TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Kenapa Saya Tidak Menyokong Kerajaan.


February 27, 2014 11:35:00 AM

Sebelum saya menulis lebih lanjut, segala yang saya tulis ini adalah dari pengalaman sendiri. Ini adalah bentuk suara hati rakyat yang berada di sebuah negara demokrasi. Saya bukanlah menyokong mana-mana pihak, dan apa yang saya tulis hanya la dari pengalaman sendiri dan takda hasutan dari mana-mana pihak.

Saya menenali POLITIK sewaktu PRU ke 13. Sedangkan waktu tu saya tak tau pun, PKR dirangkumi oleh politik mana.

Sebulan  sebelum pilihanraya, kawasan saya (kuala kedah), kerap betul dicatu air. Bagi yang mengetahui, ini adalah mainan politik. Sedihnya, kes isu air ini berlarutan sehingga Aidilfitri 2013. Dalam sebulan dua, saya cuba bersabar, dan menghantar email tentang isu air ke SADA. Seperti biasa, tidak satu pun maklumbalas dari SADA.


*Saya syak yang SADA tak pernah check email pun* =='

Dua, tiga hari sebelum pilihanraya, ayah saya katakan sesuatu pada saya. Waktu itu saya telah pun berkerja di Kuala Lumpur. Nanti saya ceritakan kenapa saya pindah ke Kuala Lumpur.

"Undilah kerajaan. Kerajaan bagi BR1M. Pembangkang tak bagi apa-apa pun"

Ya, saya sikit termakan hasutan tu. Walaupun tidak 100% saya 'termakan', sikit sebanyak buat saya berfikir, 'ah, sebelum ni pas pengang pun tak buat apa'. Sebab itu saya agak marah dengan politik-politik ni semua.

Tapi, the end of pilihanraya, saya memilih kedua-dua politik ini. Pembangkang dan kerajaan. Kenapa? Saya nak tengok pembangkang mentadbir. Dan pada masa yang sama, nak perubahan dari kerajaan.

Selesai saya pangkah undi, saya pegi ke booth Umno untuk tuntut 'duit undi', yang konunnya rm200. Ayah saya beri kedua-dua nama, saya dan abang saya. Agak pelik tiba-tiba nama saya tak da dalam senarai, tapi abang saya ada. Itu pun abang dapat rm150. Rm50 lagi masuk mana? Wallaualam.

Lagi membengangkan saya, bila saya suruh makcik tu check betul-betul. Beliau hanya selak-selak dan cakap pada kawan sebelahnya, "aku bagi kat adik beradik aku ja".

Sedangkan orang yang depan rumah pegi mengundi, dapat duit, saya balik mengundi dari Kuala Lumpur ke Kedah, saya dapat apa? Panas saya waktu tu.

Ayah tarik tangan, dan hulur rm150, duit dia. (Bagi mengelakkan saya mengamuk di booth Umno tu). Waktu tu, hanya Allah tau betapa menyesalnya saya menyokong kerajaan. Tapi kata abang saya , 'takpa, hang bagi peluang untuk 2-2 politik. Tak kena, kita tak tau.'

Petang itu diumumkan keputusan. Alhamdullilah, undi saya untuk Kuala Kedah, menang pada Dr Azman (PKR). Saya pilih DR Azman disebabkan kredibiliti beliau. Beliau ada sebuah klinik di Kuala Kedah. Dari kecik lagi selalu pegi klinik dia.

Selepas berberapa bulan dari pilihanraya, minyak ron 95 naik. Waktu itu, kawan-kawan saya yang bahlul (di facebook), perli-perli di status saya, 'Naik 20 sen pun kecoh!'.

Bukan itu yang dibimbangkan, hanga barang naik. Dan berapa hari kemudian, harga barang mendadak naik. Gaji yang dulu, 1.5k cukup-cukup makan kat kl ni, terus jadi tak cukup. Banyak benda yang saya terpaksa potong.

Ada perkara yang saya perasan dirumah sewa saya. Sebelum pilihanraya, takda seorang pun yang memilih untuk makan dirumah (masak sendiri). Setelah harga barang naik, kami berebut-rebut nak masak sendiri. 

Sebelum ini, minyak kereta saya tak pernah sampai merah lebih dari 2 hari. Biasanya, saya tambah full tank. Tapi lepas minyak naik, saya biarkan merah sehingga 4-5 hari. Kalau isi pun, paling banyak 20ringgit. Banyak lagi saya pikir nak bayar dari topup minyak full tank.

Saya tau isu ni dah lama. Orang yang nak marah tentang isu naik harga barang ni pun dah diamkan diri.

Saya tau, yang menteri takkan baca blog ni. Tak kan paham macammana susahnya rakyat nak tanggung dengan perbelanjaan jika gaji hanya rm 1400 di kl? Dulu kita di gemburkan tentang seorang engineer yang berpendapatan rm 3000 yang tak mampu hidup di kl. Bagaimana pula ngan gaji dibawah itu? Dengan bagi BR1M, cukup kah?

Menteri tak pernah tahu, yang gaji rakyat walaupon float cheque sampai 2 hari, seksa yang amat. Menteri tak pernah rasa, bila di mesin ATM, nak keluarkan duit, tapi 'baki anda tidak mencukupi'.

Menteri tak pernah tahu, yang rakyat buat part time untuk tanggung perbelanjaan hari-hari. Ini bukan masalah 'tak pernah puas.'. Ini masalah, nak makan apa? nak tido kat mana?

Mari kita buat calculator. Saya faham kalau menteri diluar sana yang tak pernah nak paham.

*ada kawan saya mintak saya menyimpan. Saya dah tak tau sumber mana lagi saya nak menyimpan. =='

Saya tak keluarkan bajet untuk kesihatan. Pernah saya demam dan hanya ambik ubat demam yang berharga rm70.00. Bapak mahal! Pikir la. Kalau saya tak mampu, kesian lagi pakcik-pakcik yang tak mampu nak sara hidup anak2.

Saya tak boleh terima ini sebagai ketentuan. Atau mungkin anda fikir, yang saya merungut. Hanya orang yang mengalami ja rasa apa yang saya rasa. Itu ja yang boleh saya cakap.

Disaat saya berlapar, terlihat pulak menteri-menteri sibuk post gambar di instagram, makan besar, shopping oversea. Ya, menteri pakai duit sendiri kan? 

Disaat rakyat-rakyat kebuluran, menteri sikit pun tak rela hati elaun disekat. Lagi tragis bila pemimpin Malaysia dilabel pemboros. Sadis.

Saya tak mintak apa-apa. Cukup nak lihat pemimpin-pemimpin ini disoal di akhirat kelak. Berapa ramai rakyat Malaysia yang tak halal sesen pun duit yang dimakan oleh pemimpin. Tak takutkah? 

 Sekian.

p/s : Saya tak berkerja di Kedah disebabkan gaji yang rendah. Diploma hanya gaji rm700. Memang kos hidup rendah. Tapi bukankah harga petrol sama ja kat seluruh Malaysia? =='

Labels:

0 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)