TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Saya Bakal Isteri Orang


February 7, 2014 3:27:00 PM

Sebenarnya, sebelum ni, rasanya aku masih 'tak sedar' yang diri ni bakal jadi isteri. Mungkin selama ni hanya mulut je cakap, 'nak kawennnnn!'. Rupanya alam perkahwinan tu, bukan la sesenang yang dijangka.

Baru 2 hari lepas aku buat satu kesilapan yang besar sampai tunang datang dari Johor ke Kl, untuk selesaikan masalah ni. Sepanjang aku kenal tunang, tak pernah nampak muka dia sekusut tu. Tak da senyuman langsung. 2 jam, asyik menagis.

Lelaki menagis untuk pompuan, susah kot nak jumpa! Huda pernah cakap yang tunang aku ni, "Dia manja dan nak dimanjakan". Benda yang buat aku rasa menyesal sangat sebab hilang kewarasan akal untuk berfikir. Aku main sebut je time marah. Ntah apa2... Sampai tahap, last2 aku yang tersedu-sedu nages. Mana mungkin aku jumpa lelaki sebaik tunang aku tu.

Mana ada lelaki yang sanggup tahan mata. Hanya Naz sorang yang check last seen aku (kat whatapss) tu. Kalau aku tido, baru dia tido. Dia takkan tido kalo aku tak tido. Itu part tido je kot. Berapa banyak lagi yang sanggup dia buat untuk aku, yang aku senang-senang cakap dia tak hargai aku? Bodohnya mashe?!

Kak Nur pesan, 'dah nak jad isteri ni awak kena ingat yang awak kawen selama-lamanya. Kat akhirat nati, tu la suami awak yang awak nak jumpa'. Aku dah rasa nak nages kat kedai mamak tu jugak waktu kak Nur cakap cam gitu.

'Lepas kawen takda istilah "Give and Take". Kita kena ada "Give" ja. Teruskan "bagi" dan "bagi" tanpa mintak apa-apa pun. Bila kita mengharapkan sesuatu balasan, akan wujud perasaan tak senang' - Huda.

Tu salah satu kesilapan aku yang konunnya rasa aku berkorban banyak sangat. Berkorban pasal keja la kot. Mungkin aku sebelum ni belum betul-betul redha nak lepaskan kerja dalam companny oil and gas. Lagi sedih bila dengar yang gaji after confirm naik dekat 4ratus. Sikit menyesal sebab hantar resign awal. Tapi bila jadi macam ni, aku sedar banyak kot.

Kalau suami tak redha nak keja lepas kawen nati, memang aku tak leh keja pun. Sanggup ke nak berjauhan ngan suami? Tak redha suami, tak bau syurga aku!

Berubah lah, mashe!
0 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)