TheMasheStoryLand™


The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



Talk Here


Jerit Kat sini, oi!
Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.

Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2015
Dah Tiga Bulan Dah Tawen!


June 15, 2014 2:05:00 PM

Kadang-kadang rasa tak percaya pulak, dah kawen ghupanya aku ni. Dulu, selalu rasa, mampu ke jadi sorang isteri. Hehehe. Apa pun kena cuba dulu la, ye dok?

Tak nak cita sal kawen dah, nak cita pasal orang baru yang dalam perut ni. Hari ni genap-genap usia si baby 8 weeks (2 bulan dah okeh). Sangat excited, masa mula-mula dapat tau tu. 

Lepas sebulan kawen, aku kena kencing kotor. Sebelum aku gi klinik, awal-awal lagi dah buat UPT (urine pregnacy test). Memang negetip habes! Line samar-samar pun takda.

Tapi waktu tu, banyak sangat tanda pregnant, macam mual-mual. Encik husband muntah sikit, demam dll. Tak percaya ngan test pertama, buat lagi test kedua. Result menghampakan jugak! :(

Lepas tu, hubby suruh gi klinik, check. Ah, kat klinik pun kena UPT gak! =='. Waktu tu nak ja cakap kat doktor, 'tak yah buat la, dah tau result.'. 

Doktor memang sahkah TAK PREGNANT. dan suspek kencing kotor. Katanya normal kalo baru-baru kawen. 'Honeymoon sick' katanya. 

Balik tu, hubby google lagi, dia bagi semangat ; "ntah-ntah dah pregnant. Maybe ayang punya Hcg low. So tak leh baca lagi".

Masa tu, tak nak dengar la... Hahaha, Sakit hati punya pasal. Berapa hari kemudian, datang la period. wuaaa :'(

Waktu period tu la, macam-macam apps yang aku install dalam phone. Kira waktu subur bila. Bila waktu ovalation apa kebenda ntah tu. Sampai hubby siap tegur, 'eh esok kan hari subur'. Kira betul-betul planning baik punya. 

Waktu dekat-dekat nak habes period tu jugak, ada terbaca petua dalam group mom to be (facebook), yang makan nenas untuk cepatkan hamil. Makan nenas tu waktu last-last period. Apa lagi, terus gi kedai malam tu jugak. Separuh makan, separuh lagi buat air nenas. 

Selepas sebulan, (esok sepatutnya tarikh due period), aku secara tiba-tiba gedik, pegi menghabiskan UPT. Konunnya, memang sah la tak pregnant sebab jerawat, segugut semua dah keluar. 

Waktu tengok double line tu, MashaAllah! Kejip-kejip mata. Betul ke ni? Terus lari-lari tunjuk kat hubby (waktu tu dia kat depan). Dia pun cam tak caya. 
Apa lagi, esok tu terus pegi beli UPT jenama clear blue. Selagi tak nampak ayat 'PREGNANT' tu, selagi tu tak percaya. Muahahaha.


Punya la tak sabar, lepas beli UPT clear blue kat watson, terus buat urine test kat petronas. Ha, nampak? =='
Kalau ikut maksud clear blue ni, Pregnant 3+ bermakna, usia kandungan dah 5+ weeks keatas. Wuaa.... Lagi la excited!!! 


Dan hari ni, memang appoitment untuk buat buku pink. Ekceli, bapak budak ni yang sangat-sangat ekcited. Hari-hari dok kira bila leh buat buku pink ni. Klinik kesihatan kat sini, kena buat appoitment dlu, sebelum buat buku. 

Cerita sikit la pasal buat buku pink ni. Kalau anak first, make sure jangan lupa bawak surat nikah (ori ye). Biasanya nurse akan tanya, bila hari pertama last period. Soalan nurse masa tu, 

Nurse : "Ni 21 April ni, darah keluar ke tak? Baru keluar atau dah nak habes"
Aku : "Darah keluar. Baru keluar"

Nurse akan tanya, kitaran haid selama ni berapa hari, normalkah setiap bulan, suami merokok atau tak, ada penyakit darah tinggi atau family. (Soalan biasa lettew).

Lepas dia buat buku, dia suruh masuk bilik 5. Dalam bilik tu, dia tanya, "awak ada buat scan kat klinik tak?" Hehehe, memang takda pun. Cuma bagi tahu dia, buat UPT sendiri. Dia bagi kauseling sendiri, penerangan pasal buku pink dan kegunaaan. Bagi ubat lagi, check perut. Ambik tekanan darah dan berat. 

Last sekali dia suruh pegi bilik lagi satu untuk ambik darah. Banyak ooooo! Darah satu jarum tu! Balik tu rasa pening jap, sebab tak pernah tengok darah. Hehehehe


Oke la, lenguh dah tangan nak menaip (dah la kena cucuk tadi). Nah belanja gambar kawen lagi sekeping. Btw, sapa-sapa yang rasa perkhidmatan photografy ni cantik boleh la contact DJati Photografy. Rasanya, sekarang dia dah cover satu malaysia. Tak terhad kawasan Kedah ja. gambar dia cantik-cantik and yang paling penting murah. 


Chaw Chin Chaw!

Labels:

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)