TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
6 Bulan Preggy : Edisi Baby Jangan Keluar Lagi!


October 14, 2014 3:54:00 PM

Haish. Bila start pregnant ni, setiap bulan akan risau macam-macam. Kalau awal-awal pregnant dulu, risau kalau-kalau gugur ke apa. Selalu cakap-cakap sambil usap perut, "Baby kuat tau! Mummy sayang baby. Keluar sehat dan kuat eh..." Husbank pun selalu cakap ngan baby supaya kuat.

Alkisahnya, hujung-hujung 24 week, tiba-tiba sakit segugut selama tiga hari. I cuak, oke! Plus, dah lama tak rasa sakit segugut. Mula-mula tu tak tahu nak describe kan sakit macam mana bila mertua tanya. Gugel-gugel, terjumpa la yang rupanya contraction palsu atau broxton hicks.

Serius meh? Takkan nak beranak dah?! Baru 6 bulan kot! Cuak, Husband lagi cuak. Ha, mertua lagi cuak sampai sanggup datang dari Johor. Mula-mula cam decide nak pegi hospital. Tapi sakit tu on-off. Ada baca, kalau turun lendir atau darah baru pegi hospital. Kalo tak, kang tak dilayan nya....

So, kitaorang ambik alternatif mengurut. Sebab bagi aku, kalau bidan tu memang pakar urut orang mengandung, memang takda masalah la! Yang takotnya, sebarangan orang yang tiba-tiba nak pengang perut kita. Husband sendiri pun tak berani nak urut perut kot!

So, kisahnya semalam pegi la rumah bidan tu. Mula-mula dia tekan-tekan kat tapak kaki. (Bila balik rumah tanya husband, kenapa eh dia tekan kat tapak kaki - kata husband dia nak check kot-kot ada makhluk halus ke apa... ooooo baru den tau....) Pastu dia start pengang-pengang perut. Hampir menjerit makcik bidan bila dia cakap, "Baby dah kat bawah ni! Bawah sangat!"

"Patut la sakit.... Baby dah masuk laluan. Boleh bersalin bila-bila ja ni.." 6 bulan kot. Baby mana kuat lagi. Tak sanggup kot baby masuk incabator... sobbbb :'(

"Tak pa, kita cuba naikkan ye. Sakit sikit eh..." Makcik bidan tu pesan. Tapi, takda sakit mana pun. Lembut gila ja.... Dengan bacaan bismilah, dia mulakan la urut-urut perut tu. Sambil urut-urut tu sempat jugak dia bagi tau yang kemungkinan ni baby lelaki. Berat dah hampir 1kg. Sukanya aku! Tau tak mummy makan banyak untuk baby? Muahahahaa! =='

Makcik tu bebel jugak, angin banyak. Siap dia ketuk-ketuk perut (bunyi perut angin). Dia pesan, kalau air ketuban pecah, cepat-cepat pegi hospital. Sebab baby kepala dah kat bawah. Tapi boleh pusing lagi. "Tapi kita harap la baby lahir 9 bulan. 9 bulan 1 hari pun tak pa, Janji baby tu cukup bulan."

Masa proses 'menaikkan baby' tu, budak ni marah la jugak. Kuat marah betul. (ikut mak dia =='). Sampai bidan pun cakap, "Budak ni marah ni....". Ekceli sepanjang mengandung setakat ni, si baby memang tak suka orang kacau dia (rasanya semua baby macam tu) . Nurse nak check jantung pun lari. Haish la baby. Perangai macam mummy.

Alhamdullilah la, dah rasa baby kat atas sikit. Rasa lain kot. Kalo tak, rasa nak jatuh je budak ni. Bidan cakap maybe banyak jalan. Atau ada angkat barang ke apa. Aku cerita la, masa pindah rumah ada seret barang berat, and turun tangga (16 tingkat ) sebab lift rosak. Bidan geleng kepala, dan pesan jangan macam tu dah. Dekat-dekat nak bersalin bagus banyak berjalan. Cuma sekarang dia suruh bangun duduk je untuk senaman aku.

Jadinya, pegi keja en husband yang hantar. Aku lak jenis tak tahan jem. Adoi la. 2 Jam dari Sungai Buloh ke Ampang. Naik tren cepat sikit. Cuma tren pun rakyat Malaysia bukannya ada kesedaran sivik pun. Piorty seat yang sepatutnya tempat ibu mengandung semua dikebasnya. Dah la kebas tempat tu, siap pandang aku atas bawah tu. Sungguh tak bertimbang rasa! Kadang-kadang nak nages dalam tren tu sebab tak dapat seat. Lenguh tau tak?

Nota kaki : Makcik bidan cakap, baby besar, mak dia techik je. Hehehehe. Siap tahu, lagi 2 minggu baby nak masuk 7 bulan. Terror, terror.  Aku dah siap booking dah untuk tahun depan bersalin. Dah la nak jumpa bidan kat Kl ni susah.

Nota kaki lagi : Harapnya baby tak lahir pra-matang la. Bila contraction tu muncul, aku takot jugak terberanak. Set bersalin tak beli lagi. Storage untuk susu belom beli. Setakat pam ngan dua tiga botol je. Baby, keluar ikut due eh sayang. Mummy belom cukup duit lagi. T_T



Baby masa 20 weeks. Doktor cakap kemungkinan tak cubby lagi. Sebab tak banyak lemak lagi time ni. Tapi, dagu dah dua tu apa cita? =='
Btw yang sebelah muka dia tu kaki dia okey! Hahaha

Labels:

0 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)